CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Buka Semula Kes, Watie Dianiaya Kawan Baik Sendiri,"-Joey

26-2-2018 04:46 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 23245| Komen: 132|Original author: Oleh: Saiful

Joey mendakwa isterinya, Watie Elite telah dianiaya oleh kawan baik sendiri.

Disebabkan itu dia menyokong keputusan isterinya untuk membuka semula kes tuntutan saman yang membabitkan Hana Elite.

Foto: Malaysian Digest
“Isteri saya teraniaya oleh kawan baiknya sendiri. Sebagai suami, saya akan berada di belakangnya dan sentiasa di sisinya ketika susah dan senang.

"Watie sudah membuat permohonan untuk membuka semula kes itu dan pendaftaran kes sudah dibuat di Mahkamah Selayang baru-baru ini.

"Ia membabitkan kadar bayaran yang sudah diputuskan pihak mahkamah sebelum ini.

"Alhamdulillah, ada peguam yang sanggup membantu kami secara sukarela dalam kes ini," katanya kepada Harian Metro.

Foto: IG Tie_Joey

Sementara itu, Joey atau nama sebenarnya,  Zulkifli Daud mengaku yang Watie tidak mampu membuat pembayaran seperti yang ditetapkan oleh mahkamah.

"Maklumlah, sebagai artis, kami tidak ada pendapatan tetap dan ia juga menyukarkan isteri untuk membuat pembayaran mengikut kadar ditetapkan pihak mahkamah itu."

Foto: IG Tie_Joey
Dia juga sedang berusaha untuk menyelesaikan kemelut ini secara baik dan hanya menyerahkan kepada Allah, siapa yang betul dan salah dalam kes ini.

Oktober tahun lepas, Hana menang kes tersebut dan Watie diperintah untuk membayar sebanyak RM112,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang.

Hana menang saman berhubung kegagalan Watie menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli Toyota Wish pada 10 Mac 2015.

Hana Elite, Foto: thesundaily.my
Watie juga diperintah untuk membuat bayaran permulaan sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November tahun lepas dan baki sebanyak RM2,500 sebulan, bermula Januari sehingga Mei 2018 perlu dibayar secara berperingkat.  -CARI

9

Bagus
11

Marah
25

Terkejut
12

Sedih
15

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 26-2-2018 04:50 PM
ni mesti nak set aside judgement yg hana dapat ni
aiyooo sampai kiamat la tak habis gini
Quote sukacactus 26-2-2018 04:51 PM
Pulak dah!
Sapa kenakan sapa ni
Quote MarissaMiller88 26-2-2018 04:52 PM
kwn mana pula aniaya watie ni?  berkaitan kes hana ni jg ke?
Quote awanearisu 26-2-2018 04:53 PM
Masa aniaya kawan tu, tak nampak. Bila dah tersepit baru melatah. Kawan tu sampai tak dapat jumpa anak suatu maaa dahulu.
Quote ainie_1008 26-2-2018 04:54 PM
dah tak ada duit tp nak berlagak..
terimalah padahnya..
Quote Parit.Hilton 26-2-2018 04:55 PM
eh yang kau aniaya orang tu sampai muflis tak nampak pulak kan?
gila sungguh.
Quote sungaiseram 26-2-2018 05:08 PM
buka kes lagi, hold bayar lg. turun naik mahkamah kos baru berapa je banding dgn 100k hana tadi.
Quote namieamuro 26-2-2018 05:14 PM
sje nk lambatkan payment ke watie

part mane yg die teraniaye ni..knp bru nk skrg nk ckp ko dianiaye..mase ko naye die..xde pulak ko tlg die..smpi org tu lgsg xley jmpe anak..
Quote brown_pupil 26-2-2018 05:16 PM
Masa ko naya Hana ko x pikir?

Jenis biar papa kedana, asal bergaya kekdahnya.. set2 manusia mcm ni memang xde reti malu punya.
Quote mizruncing 26-2-2018 05:20 PM
dah x blh nk byr dia blh nk saman org tu pulak. mahkamah dah putuskan kot ada jgk lawyer yg nk bekap kes dia ni
Quote missDollie 26-2-2018 05:24 PM
Eh macam berita kt CI tadi pulak, penyewa acah teraniaya bila tuan umah kunci rumah padahal sendiri tak bayar sewa..wtf
Quote CiliPadiSedap 26-2-2018 05:25 PM
moga laknat menimpa golongan makan duit orang tak bayar aniaya orang lain. ya Allah makbulkan doa2 hamba teraniaya. ( general statement)
Quote krustykrab 26-2-2018 05:25 PM
laki dia mcm dah lembu kena cocok hidong
Quote paz 26-2-2018 05:29 PM
Adoi dia anaiya kawan tu sampai muflis tak dapat jumpa anak macam mana pula.
Quote prettyuglybabe 26-2-2018 05:39 PM
sialnya perangai laki bini..
korang yang berhutang, yang bagi hutang pulak dikata menganiaya..
Quote bottombikini 26-2-2018 05:39 PM
sape la gaknye loyer yg sukarela tu
Quote giyomi 26-2-2018 05:42 PM
aniaya tengkorak kau, abis org yg betul2 teraniaya tu ko tak kesian, bak kata pepatah, ukur baju atas badan sendiri, beria2 nak beli wish bagai apa jaadah, klu artis sendu, wat cara artis sendu, tak payah nak tunjuk ko tu artis internasional.
Quote Allthatnana 26-2-2018 05:44 PM
Jahatnya...
Quote Allthatnana 26-2-2018 05:45 PM
Jahatnya..

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.065649 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top