CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Brek, Warga Emas Rempuh Kaunter Hospital

26-2-2018 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2784| Komen: 13

Lelaki warga emas merempuh kaunter Hospital Kuala Kangsar dipercayai tersilap menekan pedal minyak yang disangkakan brek.

BH Online melaporkan, kejadian jam 8 malam tadi menyebabkan kaunter saringan penyakit Jabatan Pesakit Luar di hospital berkenaan mengalami kerosakan serius.




Sebelum kejadian, lelaki lingkungan usia 70-an itu baru selesai menerima rawatan di Jabatan Trauma dan Kecemasan (JTK) dan mahu mengalihkan kenderaannya yang diletakkan dalam petak parkir orang kurang upaya (OKU) di situ.

Difahamkan, warga emas itu tidak sengaja terundur PROTON Exoranya yang diparkir bersebelahan kaunter berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan berikutan kaunter berkenaan ditutup ketika kejadian kerana hari minggu.


Menurut pengawal keselamatan bertugas Abdul Hamid Ali, 60, lelaki terbabit yang dipercayai datang ke hospital sendirian kelihatan trauma selepas kejadian.


Foto: BH Online

"Saya rasa beliau mungkin tersilap tekan pedal minyak yang disangkakan brek kerana rempuhan berlaku sekelip mata sehingga mengakibatkan kerosakan serius pada dinding kaunter diperbuat daripada gentian aluminium dan kaca itu.

"Kereta terbabit juga didapati memasuki separuh daripada bahagian kaunter itu yang lantainya lebih tinggi," katanya. - CARI
9

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
11

Sedih
17

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Changa 26-2-2018 10:34 AM
bimbo nya dek. kenapa tak mati jah terus heshe?
Quote prettyuglybabe 26-2-2018 10:44 AM
dah 70 tu tak yah la drive lagi..
melainkan betul-betul fit dan ada peneman..
dah la parking kat parking OKU..
Quote shernazz 26-2-2018 10:56 AM
Nk maki..org tua
Huhu
Org tua begini la dok rempuh petronas time puasa dolu..
Agakmya lapar bebenor time tu..haha
Quote jazaa100 26-2-2018 11:03 AM
Dah umor 70an....berani lg drive mlm....

Aku ni lepas asar je aku tanak pegang stereng dah.....
Quote MarryPottet 26-2-2018 11:16 AM
Alhamdulillah takde orang awam yg jadi mangsa akibat kecuaian atok ni. atok takde anak cucu ke yg boleh tolong drive utk bawak atok ke mana-mana? ker atok antertu poreber?
Quote namr 26-2-2018 11:18 AM
Korang ni jgn la kecam atuk ni..dia pn trauma agaknya
Quote kelip2_07 26-2-2018 11:20 AM
klu keta auto xkira tua ke muda..bnda dh nk jd..jd jgk
Quote gaara_X 26-2-2018 11:23 AM
ermmm...jadikan iktiber untuk semua...
Quote ~boolean 26-2-2018 12:09 PM
Umur 70 baru lepas terima rawatan.....kemudian memandu..

Umur begitu lebih afdal kalau diteman...

Quote haryatie 27-2-2018 12:25 PM
sian atok....
da tua2 gitu bwk diri sendri gi hospital
jd mcam ni pulak..
Quote chinta89 27-2-2018 04:28 PM
mgkin isteri dia pun x larat teman. anak2 jauh2.

dh tu takkan nk biarkan sehari2 sakit tanpa ubat?

mujur jugak xde org, dibuatnya ketika hari biasa2 yg penuh org lagi haru.

doakan yg baik2. kte x tau ape mslh pakcik ni hingga terpaksa dtg sendirian mcm ni.
Quote tombong 28-2-2018 01:13 PM
bawak kereta auto guna 2 kaki ke?
Quote Artemesiaa 28-2-2018 01:17 PM
Dah tahu tak sihat elok ler bawak teman kang pening ke hapa silap pijak padel cam ni ler jadinya

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.299924 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top