Menu Thailand memang dekat dengan kita rakyat Malaysia sejak dulu kala lagi. Tak hairanlah di ceruk mana sekalipun, pasti ada restoran yang menghidangkan masakan siam sebagai menu utama. Antara yang popular ialah tomyam, kerabu mangga, ikan tiga rasa dan somtam. Tapi pernahkah anda menikmati udang masam manis berempah? Macam susah nak jumpa kan? Kalau ada pun di restoran mewah. Disebabkan itu, ada netizen yang baik hati berkongsi resipi untuk menyediakan menu lazat yang mendapat hampir 2,000 perkongsian di Facebook. Resepi Udang Spicy Sweet Sour -Isi udang yang di celur(kopek tinggal janggut dan ekor sahaja) -Boleh juga guna aneka makanan laut lain yang dah dicelur
Bahan sos - Cili padi (jumlah terpulang citarasa - tumbuk hingga lumat) - 2 biji limau nipis (ambil jusnya) - Serbuk cili kering kasar (boleh dibeli dikedai) - Halia muda cincang halus - Bawang putih cincang halus - Daun ketumbar cincang halus. - Gula perang (gula putih pun boleh) Cara membuatnya 1) Gaul sebati semua bahan sos dan perasakan dengan garam. 2) Jika ada sos ikan pun boleh letak, lagi sedap. 3) Gaul dengan udang/makanan laut lain (sos tadi akan meresap ke dalam udang tersebut). 4) Jika mahukan tambahan seperti parutan lobak merah, bawang besar cincang pun boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing. Jadi, bagaimana? Ada yang sudah menahan air liur nampak? Jom ke dapur. - CARI Kredit : Qema Fazri menerusi #mahn
|
10
Bagus |
19
Marah |
8
Terkejut |
12
Sedih |
6
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rospinki replied at 27-2-2018 04:42 PM
aku banyak kumpul resepi chili paste thailand ni..ada yg utk instant sambal recipe..ada yg sekadar t ...
syue86 replied at 27-2-2018 06:09 PM
knp tinggal janggut?
candybatik replied at 28-2-2018 11:04 PM
Hr tu tgk yg martin yan .. rasanya tinggal ekor je... pastu dia susun dlm bulatan...tgh2 sos. Jd n ...
Cari-Azza replied at 27-2-2018 05:49 PM
susah tak buat cili paste ni? Ni soalan betul ya.
ADVERTISEMENT