CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Tahan 'Bayar Tambang' Kepada Suami Sendiri, Wanita Minta Cerai!

23-2-2018 03:05 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 5620| Komen: 23|Original author: Oleh: Ain

Kalau sebelum ini, seorang suami terlajak kedekut dituntut menceraikan isterinya, terbaru seorang wanita memutuskan untuk menamatkan perkahwinan mereka kerana suaminya memaksa dia membayar 'tambang' setiap kali menaiki kereta lelaki itu.


Foto: lifestyle.americaeconomia.com

BACA JUGA: Nekad Cerai Kerana Shawarma

Amboi, berkira betul walaupun dengan isteri! Menurut media tempatan Al Bayan, lelaki terbabit meminta 500 dirham (RM532) setiap kali isterinya meminta dia membawanya ke mana-mana.


Kenapa kena bayar?

Difahamkan, lelaki itu mendakwa dia sepatutnya dibayar berikutan tak dapat meluangkan masa dengan kawan-kawannya kerana terpaksa menjadi pemandu isterinya.

Menurut wanita itu, suaminya juga seorang penganggur dan bergantung hidup pada dirinya untuk mencari nafkah. Malah, dia sering bertukar pekerjaan dan biasanya hanya boleh bertahan selama beberapa bulan sahaja.

Memandangkan wanita berkenaan masih belum berkereta, jadi dia mengharapkan suaminya untuk menghantarnya ke mana-mana.



Foto: Shutterstock

Kejadian itu pertama kali berlaku beberapa bulan lalu apabila wanita berkenaan meminta suaminya untuk menghantarkannya ke suatu tempat dan terkejut apabila dia disuruh membayar tambang.

Mula-mula, memanglah dia layankan sahaja sikap suaminya itu. Tetapi, kalau dah berlarutan sampai setiap kali naik kereta 'dikenakan bayaran', siapa yang sanggup, kan?


Foto: Tenor GIF Keyboard

Tersinggung dengan sikap suaminya itu, wanita terbabit memutuskan untuk tidak akan menaiki kereta suminya buat selama-lamanya sebelum memfailkan permohonan cerai kerana sudah tidak sanggup hidup bersama.

Alamak, seriuslah pak Arab berperangai kedekut macam ni? Dengan suami isteri, janganlah berkira sampai macam itu sekali. Dahlah isteri dia yang menanggung hidup, dia pula boleh melebihkan kawan-kawan berbanding isteri sendiri. Macam mana tu? - CARI
9

Bagus
12

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damian_lee 23-2-2018 03:18 PM
Ayat paragraph tu feeling innesen tak jadiii .. LOL
Quote multinicky 23-2-2018 03:52 PM
hahaha..haritu pasal roti pon berkira...hari ni tambang plak
Quote senahitam 23-2-2018 04:14 PM
pe susah...kalo jd gitu...next time..tiap kalo ko masak...then laki ko makan..so soh dia bayar. pastu..tiap kalo ko basuh baju dia...ko mtk bayaran...apa saja keje rumah yg ko buat...ko soh dia bayar....atas alasan ko pun x sempat nak bersosial ngan kawan2 n family lepas kawen. ha....baru tau pas tu sape lg byk kena byr.
Quote dinopower2 23-2-2018 04:30 PM
senahitam replied at 23-2-2018 04:14 PM
pe susah...kalo jd gitu...next time..tiap kalo ko masak...then laki ko makan..so soh dia bayar. past ...

nak main mintak 600 dirham.... dah untung n dpt balik duit tuh
Quote CardiGans85 23-2-2018 04:41 PM
Kt Malaysia, kaum wanita sanggup byr segala pjlnan tp x tuntut cerai pun. Asalkan duit aku x keluar kekdahnya..ni keluar dr mulut lelaki tsebut.
Quote beeeee 23-2-2018 04:45 PM
boleh ek ahaha adoii
Quote prettyuglybabe 23-2-2018 05:30 PM
selayaknya la..
lain kali kawin pompuan melayu je..
kena terajang jadi biawak pun sanggup ditatang..
asalkan berlaki bukan andartu..
Quote swimswim 23-2-2018 07:23 PM
Loh byr betul2 ke.bkn byr dlm bilik
Quote salmon-suki 23-2-2018 07:26 PM
CardiGans85: Kt Malaysia, kaum wanita sanggup byr segala pjlnan tp x tuntut cerai pun. Asalkan duit aku x keluar kekdahnya..ni keluar dr mulut lelaki tsebut.

ada jgk ke kes camni kt melsia??ape ke peliknye gitu...
Quote CardiGans85 23-2-2018 11:38 PM
salmon-suki: ada jgk ke kes camni kt melsia??ape ke peliknye gitu...


Ada. X de yg pelik kt Malaysia ni, sy yg dgr pun mcm x percaya sbb isteri dia kwn sy. Mmg sy husnuzon habis2an. Lgpun bkn rumahtangga sy, dah kwn sy sanggup. Siapa sy nk halang.
Quote Victorioussss 24-2-2018 05:53 AM
Kat arab pun ade lelaki biawak hidup
Quote MarryPottet 25-2-2018 01:46 AM
Unta kat fadang fasir pon tak malas lagi kudukut serupa ini jantan. Lebih baik ko tunggang unta jelah untuk ke mana mana
Quote MarryPottet 25-2-2018 01:51 AM
Victorioussss replied at 24-2-2018 05:53 AM
Kat arab pun ade lelaki biawak hidup

Kat fadang fasir sana mungkin gelarannya bukan biawak hidup, tapi dhab hidup
Quote ariean 25-2-2018 07:09 AM
MarryPottet replied at 25-2-2018 01:51 AM
Kat fadang fasir sana mungkin gelarannya bukan biawak hidup, tapi dhab hidup


xleh tahan ayat ko...
Quote yangsemb 25-2-2018 07:42 AM
Peliknya jejantz  nih, da lahh xbekerja
Quote Burong_Hantuk 25-2-2018 04:29 PM
suami istri usa kedekut
Quote Lolalala 26-2-2018 12:12 AM
Confident sangat mintak bini bayar. Memang mintak femes la kan kena cerai satu dunia tahu. Respect bini arab sana. Terus fail cerai bila rasa dipersia-siakan.
Quote haryatie 26-2-2018 07:38 AM
bagus la mintak cerai
jgn asal berlaki...
Quote mieymiey 26-2-2018 09:11 AM
Menurut wanita itu, suaminya juga seorang penganggur dan bergantung hidup pada dirinya untuk mencari nafkah


Binawe punya biawak. Lepas dah cerai, boleh la si biawak tu jadi driver (dibayar) sepanjang masa.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.059567 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top