Wah, memang seronok sangat dapat merasa makanan sedap dengan harga yang paling murah! Sesiapa sahaja pasti suka tambahan lagi mereka yang berstatus pelajar.
Kali ini, Dato’ Fazley Yaakob pengusaha SukaSucre Bistro bercadang untuk menyediakan menu bajet yang istimewa khas untuk pelajar dengan harga RM5 sahaja setiap hari Khamis. Niat murni Fazley untuk meringankan beban pelajar dengan merasa makanan yang sedap disambut baik oleh netizen. Hanya dengan RM5 sahaja pelajar dapat menikmati hidangan pasta daging salai lemak cili api, signature moist chocolate cake, aiskrim potong dan air. Memang menyelerakan! Namun ada juga netizen yang mengharapkan menu seperti ini dapat dijual dengan harga murah untuk mereka yang berpendapatan kecil dan sederhana bagi merasa hidangan istimewa ini. Netizen memuji tindakan baik Fazley ini dan mendoakan kemurahan rezeki buat dirinya. Banyak juga yang ingin merasa air tangan Fazley menyediakan hidangan dan bercadang suatu hari nanti Fazley juga mempunyai ‘food truck’ sendiri. Bagi golongan pelajar pula ada yang bertanyakan sama ada perlu menunjukkan kad matriks ketika membeli menu tersebut ataupun tidak. Memang luar biasa sambutan yang diterima. Semoga niat Fazley untuk membantu pelajar dapat dicontohi oleh pengusaha restoran mahupun kafe makanan lain. Murah dan sedap siapalah yang tidak mahu, bukan? Tambahan pula air tangan Fazley sendiri. - CARI
|
5
Bagus |
12
Marah |
15
Terkejut |
10
Sedih |
5
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT