CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lepas Tengok K-Drama, Teringin Rasa Makanannya Pula? Wajib Pergi Sini!

27-2-2018 11:04 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 3629| Komen: 6|Original author: Oleh: Zailina

Bagi penggemar makanan Korea yang Halal, tentu pernah dengar nama K-Street dengan tagline 'The Best Korean Street Food in Town'. Dahulu, ia dikenali sebagai 'The Street Cafe' dan terletak di Subang Jaya. 

Banyak betul pilihan di dalam menunya, memang sukar nak buat pilihan! Jom jamu mata tengok apa yang menarik di sini.


Menjadi tumpuan kerana makanannya dijamin Halal.

Di tingkat bawah restoran, terdapat kerusi dan meja yang biasa. Manakala, di tingkat atas pula ada dua pilihan. Salah satunya adalah dengan duduk bersila di atas lantai bermeja rendah. Ini sinonim dengan stail makan orang Jepun dan Korea. Bahagian anjung pula dihias menarik seperti sebuah kafe di negara yang sinonim dengan K-Drama dan K-Pop itu.



Pelbagai pilihan gaya makan, nak santai bersila atau berkerusi pun boleh.

Boleh dikatakan, kebanyakan juadah ditawarkan mengikut selera orang Malaysia. Pelbagai masakan disajikan bersama aneka juadah sampingan serta sos tertentu. Malah ada hidangan yang cukup untuk dua orang makan. Terdapat juga makanan sampingan yang tak sah kalau tak dipesan, iaitu pajeon (pankek tepung) dengan beberapa perisa pilihan seperti kimchi, keju atau seafood.


Ada diskaun untuk pelajar. Mesti cuba citron tea, tau.

Nak buat sendiri memang rencah sebab bahan-bahannya sukar didapati. Contohnya, serbuk cili Korea berbeza dengan serbuk cili yang biasa kita gunakan dalam kari atau sambal. Di K-Street, hampir semua makanan yang dijual oleh penjaja jalanan (street vendor) ada. Lihatlah, nampak enak saja set nasi bulgogi, jabchae atau tokgalbi yang disajikan bersama buah-buahan, sup dan seumpamanya.


Hidangan seimbang lengkap dengan sup dan pencecah sampingan.

Malah, nak meratah kimchi dan jeruk halia dengan makanan 'ringan' seperti odeng, gimbab, egg roll atau kentang goreng (mungkin kegemaran anak-anak) pun boleh! 

Dengan harga berpatutan, memang berbaloi datang ke sini untuk merasai sendiri keenakan masakan Korea autentik dalam suasana yang membuat anda seolah-olah berada di negara 'Winter Sonata' ini.


Menepati citarasa mereka yang menggemari makanan pedas.

Bukan saja makanan, malah minuman juga enak sekali. Selain teh sitron, Korean Green Tea atau jus buah dengan campuran susu juga ada. Jangan lupa pesan manisan, aiskrim dengan rencah buah, kekacang dan beraneka sirapnya. Selera pasti terpikat!

Alamat: 28, Jalan SS 15/8, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.


Dah macam berada di Seoul, Korea sambil menjamu selera dan mendengar lagu K-Pop. Serius, tempat ini memang happening! -  CARI
5

Bagus
4

Marah
8

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 27-2-2018 11:36 AM
Tgk kat running man mkn, rasa nak try jugak..
Quote syah1606 28-2-2018 07:18 AM
iols makan dekat ss15 ni xberapa sedap sgt. Selalu makan kat branch Asian Avenue, Sunway Pyramid sedap lagi.
Quote tengah_bosan 28-2-2018 11:35 AM
pi la... sedap la jugak.
lepas gi kedai ni dkt ss15, po sambung makan patbingsu dkt owl coffee.
Quote myakayina 28-2-2018 11:43 AM
not bad la..yg ss15 ni kdg lambat servisnya..time ramai org..klu tak brp ramai cepat ler..
Quote Alexis228 28-2-2018 05:15 PM
rindu street food korea.. adoyaiiiii..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.050192 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top