CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat pekerja ladang ditemui bogel

2-9-2013 10:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2724| Komen: 7


SEREMBAN – Seorang pemuda  warga Myanmar yang baru 20 hari bekerja di sebuah ladang ternakan lembu dan kambing di Jalan Bukit Putus lama di sini ditemui mati dipercayai ditetaksemalam.

Mayat Yunus Islam, 49, ditemui pada pukul 5.20 petang oleh seorang pekerja ladang bersebelahan selepas terhidu bau busuk di dalam kawasan ternakan tersebut sebelum menghubungi polis bagi memaklumkan perkara  itu.


Sumber berkata, pekerja itu yang meninjau kawasan ladang berkenaan menemui si mati dalam keadaan terbaring dan berbogel.
“Pemeriksaan mendapati ada tiga kesan kecederaan pada perut dan paha mangsa dipercayai akibat ditetak.
“Kita percaya mangsa mati lebih daripada sehari  berdasarkan keadaan mayatnya yang telah berbau,” katanya di sini semalam.

Menurut sumber itu, kali terakhir mangsa dilihat berada di ladang berkenaan  ialah  Khamis lalu.
Susulan penemuan mayat itu, polis menahan seorang lelaki warga India berusia lingkungan 40-an yang juga rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan.
“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti  motif sebenar  pembunuhan tersebut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 1-9-2013 09:59 AM
malaysia=myanmar....


dah makin ramai pun rakyat myanmar kat negara kita ni dan depa bawa budaya dan cara hidp depa dari negara asai...undang2 depa create sendiri...
Quote chaoyunjie 1-9-2013 10:15 AM
yg kena tetak kat pasar hari tu pn orang Myanmar juga...
Quote Santeira 1-9-2013 10:37 AM
Mcm mana boleh ramai sgt myanmar skrg ni? Rimas.
Quote shafur 3-9-2013 10:15 AM
Pemuda? Umur dh 49, boleh dipanggil pemuda lg ke?
Quote kenarikelabu 3-9-2013 10:39 AM
ni bukan pemuda nih...ni petua
Quote PICes_Boy 3-9-2013 10:42 AM
eee ngerinya mayat..bervogel tu...
Quote PostBanhammer 3-9-2013 10:47 AM
Ditemui bogel? Diliwat terlebih dahulu ke sebelum dibunuh?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.116223 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top