Tahukah anda terdapat kajian yang menyatakan bahawa pekerjaan juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk? Jika dikaji secara saintifik, dakwaan ini sememangnya berasas. Kerja yang melibatkan tahap tekanan yang tinggi memberikan tekanan luar biasa kepada badan, lalu menyebabkan badan anda merembeskan hormon yang dikenali sebagai kortisol. Kami ingin berkongsi dengan anda 9 pekerjaan yang mempunyai kebarangkalian yang paling tinggi menyebabkan kegemukan, dan nyatakan pendapat anda, sama ada anda setuju atau tidak. 1. Doktor / Jururawat Memang tidak syak lagi, kerja sebagai ahli medikal sememangnya antara kerja yang paling mencabar di muka bumi. Apa lagi yang menyedihkan adalah terdapat kes-kes bunuh diri akibat tekanan kerja. Namun bukan itu yang kita mahu bincangkan. Tekanan di hospital sememangnya tinggi, sama ada daripada pegawai atasan, pesakit, mahupun waktu bekerja yang tidak menentu. Selain daripada tekanan, waktu kerja yang lama dan tidak menentu yang menyebabkan tidur yang tidak cukup dan menentu juga menyumbang kepada penambahan berat badan. 2. Guru Tidak asing lagi pekerjaan ini sering dikaitkan dengan kegemukan. Apabila terdengar perkataan guru, apakah yang berada di minda anda? Mesti anda terfikir seorang guru yang sedang duduk di mejanya bukan? Menurut kajian, guru-guru lebih terdedah untuk menambah berat badan mereka kerana banyak menghabiskan masa bekerja di meja mereka. 3. Peguam 4. Agen Pelancongan Mereka yang bekerja sebagai agen pelancongan adalah mereka yang perlu memuashatikan semua pihak. Sama ada bos mereka atau pelanggan. Mereka perlu merancang dan mengaturkan segala butiran perjalanan. Kerja-kerja ini sangat memberi tekanan kerana banyak butiran yang perlu dikaji dan disemak. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu mencapai sasaran jualan, jika tidak, akan ada bebelan daripada bos. Akhir sekali, sememangnya kerja sebegini memerlukan mereka duduk di depan komputer untuk jangka masa yang panjang. 5. Arkitek, Pereka, Pelukis Kerja-kerja ini amatlah fleksibel dan bebas. Mereka selalunya mempunyai jangkamasa untuk menyiapkan kerja-kerja mereka. Dan kerja seperti ini bergantung kepada kreativiti dan insipirasi. Mereka tidak terikat kepada jaduah, sama juga seperti pemakanan mereka. Mereka makan apa yang mereka suka, dan boleh dikatakan 90% daripada waktu kerja mereka dihabiskan dengan bekerja secara duduk. 6. Pembantu Tadbir Kerja yang tidak banyak melibatkan pergerakkan, hanya berada di depan komputer setiap masa. Kerja ini dikaitkan dengan tekanan yang tinggi serta kebimbangan seharian. Ia juga menyebabkan mereka tidak mempunyai banyak masa yang menyebabkan mereka terpaksa makan ketika membuat kerja, iaitu di hadapan komputer. 7. Saintis Pekerjaan yang memerlukan intelektual biasanya berkait rapat dengan sesuatu yang tidak banyak bergerak, kerana mereka lebih banyak menggunakan otak. Disebabkan saintis-saintis bersungguh-sungguh mempelajari dan membuat penemuan baru, pekerjaan ini selalunya membuatkan mereka untuk mengabaikan pemakanan yang sihat. Tiada masa untuk memikirkan tentang pemakanan kerana sibuk bekerja. Seperti contoh, di NASA, mereka menggalakkan saintis-saintis bersenam ketika waktu bekerja dan menganjurkan program kurangkan berat badan. 8. Ahli IT 9. Pegawai Pemasaran Dan Perhubungan Awam Bagi mereka yang bekerja dalam bidang ini, mereka tidak mempunyai jadual yang tetap. Mereka juga tidak mempunyai rutin untuk diikuti, dan juga tidak ada tarikh akhir untuk sesuatu pekerjaan. Namun, mereka perlu menghadiri majlis-majlis yang diadakan, dan kebanyakan daripada majlis-majlis ini menhidangkan makanan yang manis dan berlemak. Sebab itulah bidang ini termasuk dalam senarai pekerjaan yang menggemukkan. Apa pendapat anda? Setuju ke tidak? - CARI |
5
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT