CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sebab Bangla Ini Menangis Selepas Melihat Telefon Bimbitnya Meruntun Hati Netizen

22-2-2018 03:08 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 8261| Komen: 30|Original author: Oleh: Khair

Description: Pekerja dari Bangladesh atau lebih dikenali 'bangla' ini sememangnya diakui ramai di Malaysia kerana mereka berhijrah untuk bekerja di pelbagai sektor di negara ini. Sebenarnya, mereka telah berkorban ...
Pekerja dari Bangladesh atau lebih dikenali 'bangla' ini sememangnya diakui ramai di Malaysia kerana mereka berhijrah untuk bekerja di pelbagai sektor di negara ini. Sebenarnya, mereka telah berkorban banyak perkara semata-mata untuk bekerja di sini.




Seorang lelaki berkongsi catatan di akaun Twitternya (@AmirulAzahan) mengenai pertemuannya dengan seorang lelaki Bangla yang tiba-tiba menangis selepas melihat telefon bimbitnya. 



Berada tidak jauh daripada lelaki Bangla tersebut, Amirul pada mulanya hanya memerhatikan kelakuannya.

Berasa ada sesuatu yang tidak kena apabila dia kelihatan sedih, Amirul memutuskan untuk menghampirinya dan memulakan perbualan dengan mempelawa rokok sebelum bertanyakan keadaannya.




Selang beberapa ketika, lelaki tersebut menunjukkan gambar di telefon bimbitnya dan memberitahu Amirul bahawa gambar tersebut adalah gambar ibunya yang baru sahaja meninggal dunia tanpa dia sempat meminta maaf kerana datang bekerja di Malaysia tanpa izinnya.

Simpati dengan situasinya, Amirul segera memeluk bahu lelaki itu dan cuba menenangkan perasaannya. Menurut Amirul, dia tak kisah apa yang orang katakan kerana baginya setiap manusia perlu dilayan sama rata tanpa mengira asal-usulnya. 

Cerita Amirul itu mendapat perhatian ramai netizen di Twitter dan mereka menyatakan apa yang dilakukan Amirul itu adalah satu perkara yang baik. 


Foto: Twitter

Pengajaran terbesar yang Amirul dapat daripada pertemuannya dengan lelaki Bangla itu adalah seseorang sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga dan semua yang mereka sayangi. - CARI
12

Bagus
8

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurul8001 22-2-2018 03:22 PM
Mungkin akan ada org rasa kisah ni ala2 hasanah..tapi bg saya penulisan ni ikhlas..dan meruntun jiwa..
Quote mamapea 22-2-2018 03:29 PM
sbnrnya mmg kesian kt mat2 bangla ni...diorg dtg sini sungguh2 cari duit...tp ada la segelintir yg suka buat jenayah...bangla & indon ni la yg paling ramai pegi masjid tiap kali masuk waktu solat...diorg mmg suka solat berjemaah...mak aku kalau nak cuci rumah mmg akan upah bangla..diorg mmg cekap buat keja...
Quote setori_mori 22-2-2018 03:46 PM
mamapea: bangla & indon ni la yg palin ...


Setuju. Diorang ni la yg memenuhi masjid dan surau. Malu org kita
Quote Themilo 22-2-2018 03:52 PM
mamapea replied at 22-2-2018 07:29 AM
sbnrnya mmg kesian kt mat2 bangla ni...diorg dtg sini sungguh2 cari duit...tp ada la segelintir yg s ...

ini i setuju sis.. kalo tengok kat construction site, walaupun tengahari terik, deyoll still berbondong-bondong jalan kaki to the nearest mosque to perform Friday prayers.. yang jantan melayu konek kulop acah urban, dok berlegar-legar dalam shopping complex..
Quote mamapea 22-2-2018 03:59 PM
Themilo replied at 22-2-2018 03:52 PM
ini i setuju sis.. kalo tengok kat construction site, walaupun tengahari terik, deyoll still berbo ...

btl...yg melayu acah2 alim bila solat jumaat pi la cari kt pusat2 karaoke...diorg bersepah2...
ofis aku jumaat rehat 2 jam...mmg aku & geng akan pi karok la...mmg tiap2 jumaat terserempak dgn mamat2 melayu ni kt karok..
skrg karok dh tutup...ampang park kan dh roboh...tinggal kenangan...
Quote shernazz 22-2-2018 04:23 PM
Tailor iols is bangla
Kesian dia ..kekadang makan xcukup kat mesia
Tp family dia kt sana igt dia kaya sgt di sini sampai.perabiskan semua duit yang dia kirimkan utk berniaga kedai runcit...
Quote multinicky 22-2-2018 04:28 PM
how irony, hr tu cite bangla bersih kubur n then hr ni cerita mak bangla passed away plak..
Quote keds 22-2-2018 04:42 PM
mereka pun manusia dan ada maruah..............
Quote palmolive 22-2-2018 04:49 PM
Themilo replied at 22-2-2018 03:52 PM
ini i setuju sis.. kalo tengok kat construction site, walaupun tengahari terik, deyoll still berbo ...

yg ni aku setujuk...
bila nak kuatkuasakan undang2 nk suruh gi solat jumaat tiba2 nak bising mcm bontot ayam...
Quote anna_molly 22-2-2018 05:23 PM
aku ada soft spot sikit dengan bangla...jarang nampak bangla mengemis. unlike bangsa rohingya yg kuat beranak dan mengemis.
aku rasa cerita ni benar.....
Quote siputsedut 22-2-2018 05:35 PM
Aku pon kekasang ada soft spot dkt Bangladeshi ni especially yg muka nampak naif..suka senyum..bg salam elok2..pernah berbual ngn bangladeshi yg keje petronas..baik dia selalu greet salam n offer tlg isikan minyak...masa bln puasa aku ade gk bg duit suruh beli makanan berbuka...kesian sbb pernah tanua gaji brp..dia kata brp ratus tah...pastu half of gaji dia hantar balik family...kt sini dia kata dia share duit ngn housemate beli makanan jd murah lah sikit...tp kalau aku utk duit byk tu utk brlanja makan...mmg x cukup la unless nak makan sayur je hari2 tak dinafikan ade je bangla yang x elok..yg dok pi cari pelacur...yg pedo segala...huhu...
Quote Skuau 22-2-2018 06:00 PM
aku senyum dgn bicara makcik bawang.....depa x tau berapa ramai bangla yg kutuk depa kat belakang....
Quote batmana 22-2-2018 06:00 PM
cm tipu je
bangla jarang merokok
psl duit rokok tu mbazir

dorg ikat perut bagi sparuh gaji kt bangladesh sana
gile apa nk beli rokok?
Quote missinpiece 22-2-2018 06:32 PM
Dieorg nih jarang mencarik masalah selain memberi masalah bau-bauan harum kpd kita
Kesian gak ngan mereka yg jauh diperantauan ni. Iols yg jarak 2 jam je ngan kampung pun teringat2 family, apetah lg dieorg
Quote giyomi 22-2-2018 07:25 PM
citer ada feel, ada kesedihan... cara penceritaan ada perasaan tp when it comes to bangla, sorry akak tak leh nak hadam. kita klu wat baik kat depa, depa take us for granted and ingat kita syok kat depa.
Quote ~boolean 22-2-2018 07:34 PM
Bangla bila ramai2 memang merimaskan dan kita rakyat tempatan pula rasa gerun..

Tapi bila seorang, ramai yang hati baik..tak ganggu orang...kalau nak minta tolong, cari bangla atau nepal, selalunya mereka tolong...itu pun kalau mereka faham apa kita cakap lah
Quote nishikido 22-2-2018 08:12 PM
1st time baca nukilan camni yg mampu menjentik hati..sbab selama ni xpernah bother pon Bangla2 ni semua,xpernah anggap dorang ni setaraf.kdg2 I pandang jelik je lagi2 jenis ktiak2 hangit dengan mata jenis meliar tengok org.kdg I nyampah n pandang slack je kat dorg.tapi  I lupa dorang pon manusia cam kita n xde bezanya kita dimata yg Esa..idokler I nak bff dgan Bangla pasni cuma I cuba untuk tak perasan bagus atau berlagak tuan lpasni.huhu
Quote moonbug 22-2-2018 08:40 PM
Sedihnya tak sempat minta maaf tak dpt jumpa emak dia buat kali terakhir
Quote makita 22-2-2018 08:51 PM
Masa tahun 2001 isi myk kt subang jaya.
Si bangladeshi ni tros nak isi minyak.
Kite tnya nak kene byr kt dia ke atau byr kat dlm.
Dia ckp x clear.. bm bukan...english pon bukan...kite ni mcm blur la.
Bole dia ckp 'tara bacah!!'
Amboi sesedap rasa je kan

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.284588 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top