Bayangkan anda berjalan di persisiran pantai dan berangan-angan sambil menguis pasir, namun apa yang terjadi ialah bukannya pasir yang disepak… tetapi cengkerang, tak pun tapak sulaiman! Itulah yang berlaku di Shell Beach, Western Australia dan juga Starfish Beach, Phu Quoc Island, Vietnam. Wow! Macam tak percaya pula dengan keajaiban alam ini. CENGKERANG GANTIKAN PASIR PANTAI! Dari jauh pabila dipanah mentari, jelas nampak rona putih jutaan cengkerang yang memenuhi daratan dan pesisir pantai. Terletak di Shark Bay Road, Western Australia, lokasi ini tidak begitu mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia yang lebih bertumpu di bandar-bandar yang lebih gah seperti Sydney, Gold Coast dan Melbourne. Dipercayai tahap kemasinan air laut yang tinggi menyebabkan tiada pemangsa sekaligus menjadikan kerang membiak secara tidak terkawal. Patutlah ia jadi pantai yang rare. TERJUMPA ‘PATRICK’ BERSEPAH DI LANTAI Hal yang sama juga berlaku kepada pulau Phu Quoc di Vietnam dengan ‘Patrick’ dalam siri kartun Spongebob Squarepant boleh dijumpai dengan banyaknya di persisiran pantai. Keajaiban alam kan? Lagi pula, pantai kecil ini baru sahaja dijumpai jauh nun di bahagian timur daripada Pantai Rach Vem pada tahun 2014. Biarpun kecil, pemandangannya sungguh menarik dengan deretan pokok kelapa yang buahnya sebesar lengan lelaki dewasa, angin segar menampar pantai dan paling penting airnya jernih hinggakan anda akan nampak bintang pecah lima warna merah – pastinya itu adalah tapak sulaiman yang diperkatakan. Jika anda dah bosan dengan kota bandar seperti Sydney atau Ho Chi Minh bolehlah meneroka kedua-dua pantai di atas. Ia satu pengalaman yang indah kan? - CARI |
20
Bagus |
11
Marah |
19
Terkejut |
7
Sedih |
12
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 23-2-2018 11:42 AM
cantiknya.. tak bahaya ke pegang tapak leman?
shernazz replied at 23-2-2018 12:05 PM
Ada yang x bahaya
Kat aquaria ada tapak.leman cenggini iols.pegang...tapi.kaler kelabu...
Hoho.. ...
prettyuglybabe replied at 23-2-2018 12:08 PM
ooo.. tak semua jenis beracun la ye..
ADVERTISEMENT