Sudah menjadi lumrah jika pergi ke sesuatu tempat terutamanya untuk bercuti, sudah pasti kita akan tercari-cari tempat makan yang best dan menarik untuk kita cuba. Lagi menarik jika sekali sekala ubah selera lidah kita dengan mencuba makanan western pula.
Kalau anda nak tahu, di Kuantan terdapat berbagai tarikan pelancongan antaranya Telok Cempedak, Cherating, Taman Tema Bukit Gambang dan Air Terjun Sungai Pandan. Jadi, bila bercuti di Kuantan sudah pasti anda semua ingin tahu restoran-restoran atau tempat-tempat makan menarik di sini kan? Jom baca senarai tempat makan western menarik di Kuantan yang anda mesti cuba ini. Lila Wadi Restaurant Kedai makan ala barat yang sememangnya terkenal di Kuantan ini sudah agak lama juga beroperasi. Dahulunya kedai ini kecil sahaja dan kini telah berubah ke lokasi yang lebih besar dan sudah ada cawangan baru sekitar Kuantan. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis sambutan harijadi atau apa sahaja jamuan, pihak restoran juga ada menyediakan servis sedemikian. Hidangan yang dihidangkan di sini kebanyakannya hidangan jenis barat seperti Shitake Mushroom burger, Beef Supreme, Seafood Supreme dan macam-macam lagi. Selain masakan barat, masakan tempatan seperti tom yam, sup dan nasi juga ada dijual di sini. Bagi inginkan makanan ringan-ringan, restoran ini menyediakan kek seperti cheese kek, kula kek, durian cheese kek dan mango cheese kek serta minuman panas dan berkafein yang enak-enak. Brotherhood Western & Grill Jika anda sudah puas menikmati hidangan patin tempoyak di negeri Pahang, boleh juga anda mencuba masakan Barat pula. Sesekali ubah selera, tidak salah rasanya. Anda boleh mencuba hidangan makanan Barat di Restoran Brotherhood Western & Grill yang menghidangkan pelbagai menu yang menyelerakan. Iaitu restoran menarik di Kuantan yang menghidangkan makanan ala-ala western. Restoran ini terletak di Indera Mahkota berdekatan dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Restoran Brotherhood Western & Grill menyediakan hidangan masakan yang dipanggang, burger, steak, pelbagai jenis pasta dan bermacam lagi. Harga setiap makanan di sini cukup berpatutan dengan hidangan yang akan anda nikmati. Restoran ini juga menerima tempahan untuk sebarang majlis, kebiasaannya para pelanggan gemar mengadakan majlis sambutan hari lahir di sini. Fryerzone Western Food Fryerzone adalah lokasi yang anda boleh jumpa masakan Western pada harga yang termurah di Kuantan. Sebagai contoh, dengan hanya RM9.80 anda boleh menikmati segelas air buah oren atau epal segar dan ayam panggang didatangkan bersama sos lada hitam, roti bun, coleslaw dan ketang goreng. Menu lain yang ada di sini ialah stik daging dan chicken chop yang sudah pasti boleh menambat selera anda yang datang ke sini. Jika anda hendak datang ke Fryerzone Western Foo, lokasinya terletak di Perkampungan Indera Sempurna, Kuantan. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat makan menarik yang ada di Kuantan. Jangan risau dan pening-pening kepala nak cari tempat makan kalau anda bercuti ke sini. Google sahaja lokasi tempat makan menarik yang ada di Kuantan, sudah pasti ia akan sangat-sangat membantu. Selamat bercuti dan 'food hunting'. - CARI
|
9
Bagus |
9
Marah |
9
Terkejut |
4
Sedih |
18
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT