CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Persis Makcik Bawang, Bagaimana Nak 'Handle' Netizen Bermulut Celupar

21-2-2018 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5112| Komen: 11

Assalamualaikum,   
Kata-kata umpama ‘lidah lebih tajam daripada pisau’ selalu kita dengar untuk menggambarkan betapa padu dan pedihnya kata-kata seseorang kepada seseorang yang lain sekiranya dilakukan dengan perasaan marah, benci, sakit hati serta diadunkan dengan maksud kata yang menyakitkan hati. Kesakitan yang dirasai mereka yang mendengar atau yang ditujui itu diumpamakan lebih teruk daripada ditusuk dengan pisau. 


Kini, kata-kata tajam ini tidak hanya berlaku secara berhadapan tetapi ia dialihkan dalam bentuk penulisan di media sosial. Semakin hari semakin ramai yang mudah menabur kata tanpa berfikir impak dan kesan kepada mereka yang ditujuinya itu. Lebih menyedihkan kata-kata atau komen yang diberikan tidak ditapis sebelum itu dengan fakta-fakta sebenar atau tidak dirujuk secara baik untuk pastikan kata-kata atau komen balas yang bakal diberikan benar-benar tepat.


Maka, lahir satu label baru iaitu ‘Netizen’ yang mana maksud sebenarnya adalah masyarakat tempatan namun pada perspektif umum ia adalah sikap, sifat dan perlakuan negatif daripada sekelompok orang ramai. Sering kita dengar nada seperti ini apabila membaca komen-komen tertentu di laman sosial, 

“Biasalah..netizenkan..xtau apa2, main nak komen je..mcm bagus.”

Secara tidak langsung, perkataan Netizen itu menjurus kepada maksud yang negatif. Dan perlakuan ini jika tidak diubah mampu membentuk kumpulan masyarakat yang tidak bersatu dan tidak menghormati antara satu sama lain. 

Jadi, di sini saya ingin menyenaraikan kesan kepada diri sendiri dan kepada masyarakat secara umum jika kita tidak bijak menggunakan kata-kata dalam menyampaikan atau memberi komen kepada sesuatu perkara. 



Kesan kepada diri sendiri
1) Melemahkan kekuatan dalaman dan keyakinan diri kerana terlalu asyik menanamkan perasaan benci dan sentiasa mencari kelemahan dan kesalahan orang lain.
2) Akan mula dibenci orang ramai dan rakan-rakan semakin menjauhi daripada mereka yang terlalu negatif ini. 
3) Kata-kata dan komen seolah-olah menjadi Profil Diri dan ini menggambarkan karaktor diri masing-masing. Jika elok kata-katanya, maka eloklah peribadinya, begitu juga sebaliknya.
4) Memperlihatkan betapa rendahnya tahap pemikiran seseorang jika mudah memberi komen tanpa mengetahui atau meneliti sepenuhnya sesuatu fakta itu. 
5) Juga memperlihatkan tahap rendahnya kematangan seseorang apabila mudah menghentam bicara seseorang tanpa soal selidik.

Kesan kepada masyarakat
1) Membantutkan penyatuan masyarakat secara sempurna.
2) Membentuk masyarakat yang padat dengan fitnah dan kebencian
3) Kerendahan moral semakin menjadi-jadi.
4) Generasi muda semakin galak mengkritik dan tidak menghormati orang lain.

Foto Carian internet

Makanya, adalah lebih baik kita mengambil kira beberapa perkara penting sebelum terus melontarkan kata-kata. Antaranya :
1) Meneliti sepenuhnya tentang sesuatu perkara yang didengari atau dibaca sebelum melontarkan pandangan.
2) Jaga bahasa dan elakkan provokasi.
3) Sebelum berbicara lihat juga perspektif orang lain kerana ia akan mmbantu kita dalam meluahkan sesuatu dengan lebih baik dan lebih memahami.
4) Positifkan diri agar hati sentiasa tenang dan bersangka baik.
5) Sentiasa berdoa akan kesejahteraan dan sentiasa memaafkan orang lain.

Kesimpulannya, usah jadikan bicara kita bisa kepada orang lain tetapi jadikan bicara kita satu penghargaan yang indah kepada semua. InsyaAllah.  

Salam ikhlas,
Airol Irwan Limin 
10

Bagus
11

Marah
18

Terkejut
8

Sedih
16

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nadna 21-2-2018 03:42 PM
Cakap yang baik baik,fikir yang baik baik,tulis yang baik baik.Hati pun senang
Quote lililen 21-2-2018 03:56 PM
sebelum komen ape2 sentiasa la berfikiran positif dan letakkn kite di tempat org yg di komen. kadang2 yg komen tu ikut sedap mulut je
Quote kroit92 21-2-2018 05:49 PM
wow uniknya nama penulis
Quote Artemesiaa 21-2-2018 05:54 PM
Saranan dah baik tapi tak pasti masyarakat akan mengikuti apa yang disarankan.  Cara seseorang tu dibesarkan dan factor sekeliling banyak mempengaruhi sikap seseorang tu.
Quote Iema5008 21-2-2018 06:35 PM
D group whatapps. Bila satu ahli sharing itu ini atau ilmu yg ada. Akan ada makcik bawang halia mgumpat kata org tu mgada2. {:laugh
Maka dalam diri sakit ati sbb org lebih dr dia. Dengki bila ada yg lebih berada dr dia. In the end dia remove sesiapa yg lebih baik berilmu dan berada. Tinggal d group org2 dia saja. Aku pun left jgk akhirnya. Hahaha rimas hari2 baca dia kutuk org yg x bdosa kat dia.
Quote kambinggila 23-2-2018 04:28 PM
apa sebonar eh makcik bawang ni? tak paham den
Quote Lollipop111 26-2-2018 06:01 PM
sekarang nih bukan stakat fitnah je masuk ke umah... sumer benda negatif masuk umah lalu media sosial.. mintalah dijaga hati nih
Quote GuaAnakMelaka 2-2-2020 04:18 AM
kambinggila replied at 23-2-2018 04:28 PM
apa sebonar eh makcik bawang ni? tak paham den

makcik suko makan bawang kot
Quote spankee_fili 2-2-2020 02:53 PM
kambinggila replied at 23-2-2018 04:28 PM
apa sebonar eh makcik bawang ni? tak paham den


Macik yang sambil potong bawang masa merewang kenduri, sambil mengumpat..
Quote kambinggila 7-2-2020 10:44 AM
spankee_fili replied at 2-2-2020 02:53 PM
Macik yang sambil potong bawang masa merewang kenduri, sambil mengumpat..

Humang aiii. lopeh duo tahun baru ko reply?
Quote spankee_fili 7-2-2020 04:32 PM
Edited by spankee_fili at 7-2-2020 04:34 PM
kambinggila replied at 7-2-2020 10:44 AM
Humang aiii. lopeh duo tahun baru ko reply?


Oh jem! Dah banyak tahun tak masuk forum, baru nak backlog thread..
Bertabah ye kalau dapat noti..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.046623 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top