CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Main Belasah' Je Makan, Lima Fakta Tentang Nasi Kandar Ini Dah Tahu Ke Belum?

21-2-2018 12:06 PM| Diterbitkan: Cari-Hafizi| Dilihat: 10241| Komen: 9|Original author: Oleh: Apish Apijjie

Sebut sahaja nasi kandar pasti ramai terbayang keenakan makanan yang cukup popular di Malaysia ini. Mana tidaknya nasi dicampur bersama pelbagai jenis kuah kari kemudian dapat pula ayam goreng yang rangup dan panas. Memang tak menoleh ke kiri kanan lagi.


Nasi kandar dikatakan berasal dari India dan dimashyurkan oleh pedagang India Muslim di mana ia merupakan satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa. Kebiasaannya ia disajikan dengan pelbagai kari dan hidangan sampingan.

Foto - Penang Kini 
Menurut cerita orang-orang dahulu perkataan nasi kandar timbul semasa mereka melihat penjaja nasi menjinjing atau mengandar tiang yang mengantung dua bekas nasi. 


Kita sering makan nasi kandar tetapi adakah kita tahu fakta mengenai sepinggan nasi kandar tersebut? Di sini kami ingin kongsikan lima fakta mengenai sepinggan Nasi Kandar seperti yang di kongsi oleh Laman Facebook Penang Kini.

Foto - Penang Kini 
1) Pertama sekali, nasi kandar dikatakan lebih bagus daripada nasi putih yang dimasak di rumah kerana ia tidak mengandungi kanji kerana semasa nasi dimasak mereka telah membuang kanji tersebut. Kerana itulah kandungan gula dalam nasi kandar sangat kurang berbanding nasi biasa.

2) Keduanya adalah dari segi kuah atau gulai nasi kandar yang dikatakan ceroi, kurang berminyak dan lebih penting lagi ia tidak menggunakan santan berbanding gulai yang dimasak di rumah. Kerana itu nasi kandar mempunyai kebaikan kerana gulainya kurang kolestrol.

Foto - Penang Kini 
3) Ketiga, kandungan rempah yang lebih dalam gulai nasi kandar dikatakan dapat melancarkan darah, antioksidan, membakar lemak serta menstabilkan kandungan gula dalam darah.

4) Keempat pula adalah mengenai khasiat sayur yang paling popular di dalam hidangan nasi kandar iaitu bendi. Bendi mampu mengekalkan keremajaan (antioksidan), baik untuk kulit, mengandungi vitamin C, baik untuk otot dan otak, agen pelawas serta mengurangkan kolestrol dalam badan. Malah ikut petua orang tua-tua, bendi dapat membantu memudahkan proses kelahiran bagi perempuan yang bersalin secara normal.

Foto - Penang Kini 
5) Kelima adalah dari segi bebas kandungan monosodium glutamat (MSG). Ini kerana nasi kandar tidak seperti makanan lain yang kaya dengan santan dan minyak. Jadi nasi kandar tidak memberikan kesan buruk serta memudaratkan tubuh badan kita berbanding masakan Thailand atau masakan Melayu.

Macam mana selepas baca lima fakta ini? Apa pun setiap makanan itu mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Apa yang kami boleh nasihatkan makanlah dengan seimbang kerana itulah yang sebaiknya. -CARI
10

Bagus
19

Marah
28

Terkejut
7

Sedih
28

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Allthatnana 21-2-2018 12:45 PM
Adohai..lapar plak tengok ni..
Quote irlene_hana 21-2-2018 01:18 PM
santan bagus untuk kesihatan
Quote mizruncing 21-2-2018 02:24 PM
nasi kandar ngn nasi kanja same x ek
Quote sabar_sabariah 21-2-2018 03:15 PM
Point 5 tu dia cite pasal MSG, tapi nape sentuh pasal minyak dan santan pulak.
Bukan sepatutnya cerita pasal bahan perasa
Quote Lollipop111 21-2-2018 05:22 PM
dekat parit buntar perak nih, pkl 10.30 mlm pon beratur duk panjang lg... penangan nasi kandar.. mahal pon mahallah
Quote airmineral 21-2-2018 07:35 PM
Xpenah makan..teringinnyee
Quote Victorioussss 21-2-2018 11:43 PM
Pernah makan kat penang..tapi paling sedap kena tekak i, kat nilai jugak

Restoren owner melayu, no mamak
Quote Themilo 22-2-2018 02:57 PM
no thanks. iols tak lalu nak makan nasik dengan kuah banjir likat melekit macam tuh..
Quote dony_94 24-5-2018 02:25 AM
Sedapnyaa. Tiap2 mggu mesti kena mkn

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.254427 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top