CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kalau Nak Mekapkan, Tolonglah Jangan Bagi Lelaki Balas Voice." Nasib Baik MUA Ni Bijak!

21-2-2018 11:31 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6442| Komen: 38|Original author: Oleh: Whitney


Akibat keadaan ekonomi yang kian meruncing dan tidak stabil, ramai yang cuba mencari pendapatan sampingan dengan melibatkan diri dengan bisnes online dan offline. Bagi menjimatkan kos, para penjual akan menggunakan medium seperti facebook, instagram, blog, youtube dan sebagainya untuk mempromosi barangan dan perkhidmatan. 

Nombor telefon pula perlu dipamerkan agar pelanggan dapat menghubungi terus para penjual. Bagaimana pun, ia sebenarnya boleh mengundang bahaya!

Perkongsian daripada Mahirah Aidi di status facebook peribadinya perlu dijadikan peringatan dan iktibar buat semua peniaga. Dia merupakan seorang Juru Mekap Artis (MUA) dan sentiasa menyediakan perkhidmatan dari rumah ke rumah mengikut kehendak pelanggan. 

Bagaimanapun, peniaga online dan offline sebenarnya sentiasa terdedah kepada bahaya kerana nombor telefon yang dipamerkan boleh dihubungi oleh sesiapa sahaja sama ada pelanggan mereka mahupun penjenayah. 



Ramai netizen yang terkejut dan risau dengan kejadian yang hampir berlaku kepada wanita tersebut. Mereka melahirkan rasa bersyukur kerana tidak menjadi mangsa penjenayah tersebut dan memuji tindakan bijak wanita tersebut. Rata-rata berpesan supaya lebih berhati-hati apabila berurusan dengan pelanggan. 



Rupanya sudah ada MUA lain yang juga hampir menjadi mangsa apabila dihubungi oleh orang yang sama. Nampaknya penjenayah menjadikan para MUA sebagai mangsa penipuan mereka. 

Maklumlah, MUA biasanya akan datang dan masuk ke dalam rumah untuk mekapkan pelanggan. 




Tidak kiralah MUA ke, atau apa-apa perkhidmatan yang kalian buat, kena sentiasa berhati-hati kerana banyak kes jenayah yang berlaku. 
Jika rasa curiga dan tidak sedap hati, tak payah la teruskan perkhidmatan. Mungkin ada rezeki lain yang kalian akan dapat. Jangan risikokan diri kalian kepada perkara yang membahayakan. Setuju tak? - CARI 

4

Bagus
5

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Star_el 21-2-2018 11:35 AM
jap tp org tu dah bayar ek?
aku konpius baca sape yg nk refund.
Quote honeylynn 21-2-2018 12:12 PM
Star_el replied at 21-2-2018 11:35 AM
jap tp org tu dah bayar ek?
aku konpius baca sape yg nk refund.

tula akupun konfius baca citer dia sebenarnya? sape yg bayar dia? pengantin sendiri kan? takkan pengantin laki lak buat hal? ke dua2 pengantin mak & bapak hayam? konfius..
Quote mrizumi 21-2-2018 12:15 PM
Aku xphm lgsg..apa kes sbnrnya?
Quote menah 21-2-2018 12:26 PM
customer da buat fullpayment..
MUA tu yg nak refund...
Quote Minami2013 21-2-2018 12:31 PM
So moral nya 'lelaki' ke yg nak mekap tu?
Quote batmana 21-2-2018 01:06 PM
lelaki buat pe nk make up,

muka original je 24 jam kt luar,

pmpn pun masih terpikat , skalipun tu laki orang.
Quote mieymiey 21-2-2018 01:58 PM
Ada sorang lagi keluarga Kek ni rupanya
Quote missinpiece 21-2-2018 02:16 PM
MUA tu yg nak refund coz mcm x sedap hati nak g mekap..
Seriau la dgn org zaman sekarang nih. Dulu2 boleh lg buat spa bergerak dari rumah ke rumah..sekarang ni ramai lelaki yg menggeletis nak berurut berscrub sauna..
Quote goss79 21-2-2018 02:46 PM
i dah pernah baca citer mcm ni dulu. mmg mua tu naik juga ke rumah org tu, tapi last2 cam pelik dia suh ke arah tangga apartment, so masa tu dia dah cuak and terus lari. apa jadah nak mekap kat tangga.  
Quote yangsemb 21-2-2018 02:55 PM
Mmg a bit konpius laaa story niee
Quote Star_el 21-2-2018 03:05 PM
Minami2013 replied at 21-2-2018 12:31 PM
So moral nya 'lelaki' ke yg nak mekap tu?

kan?lol
tapi dia dah siap gigih bayar bagai?
Quote shernazz 21-2-2018 03:20 PM
missinpiece replied at 21-2-2018 02:16 PM
MUA tu yg nak refund coz mcm x sedap hati nak g mekap..
Seriau la dgn org zaman sekarang nih. Dulu2 ...

Iols penah pegi berurut kat umah akak.ni...
Urut sure bukak.semua tinggal.kain batik kan
Tgk.tgk.laki dia yang buka.pintu
Ko rase????
Chooiii
Quote jue10 21-2-2018 03:25 PM
shernazz replied at 21-2-2018 03:20 PM
Iols penah pegi berurut kat umah akak.ni...
Urut sure bukak.semua tinggal.kain batik kan
Tgk.tgk ...

pastu apa jd??? scary nye
Quote shernazz 21-2-2018 03:28 PM
jue10 replied at 21-2-2018 03:25 PM
pastu apa jd??? scary nye

Iols ckp huband iols soh balik sbb nk blk kg...hahagmha
Quote Loloq89 21-2-2018 03:31 PM
Star_el replied at 21-2-2018 03:05 PM
kan?lol
tapi dia dah siap gigih bayar bagai?

dia nak pancing la tu..

sampai nnti dia kongkek..

paham x?
Quote nadna 21-2-2018 03:37 PM
Dunia semakin menakutkan
Quote jue10 21-2-2018 03:40 PM
shernazz replied at 21-2-2018 03:28 PM
Iols ckp huband iols soh balik sbb nk blk kg...hahagmha

Nsib baik uols cpt brtindak. tidak kaluuu, gilo ke haper mokcik tuh. tp mna tau ada slh fhm ke
Quote missinpiece 21-2-2018 03:59 PM
shernazz replied at 21-2-2018 03:20 PM
Iols penah pegi berurut kat umah akak.ni...
Urut sure bukak.semua tinggal.kain batik kan
Tgk.tgk ...

Dapat kaki x beliau?
Ngeri makk
Quote missinpiece 21-2-2018 04:01 PM
shernazz replied at 21-2-2018 03:28 PM
Iols ckp huband iols soh balik sbb nk blk kg...hahagmha

Siapa yg urut nih sebenarnya?
Mcm2

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.046345 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top