CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wanita Ini Kongsi Tips Sempoi Masak Char Kuey Teow Original Dan Sedap

21-2-2018 11:53 AM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 8694| Komen: 15|Original author: Oleh: Faizal

Siapa tak suka Char Kuey Teow kan? Antara makanan signature bagi masyarakat di Malaysia. 

Char Kuey Teow ni mempunyai inovasi tersendiri dalam penyediaannya. Ada yang ditambah dengan kerang, udang ataupun sotong dan ada juga diletakkan telur di dalam masakannya.

Char Kuey Teow yang siap dimasak (Sumber: Enyabdullah.com)


Jika dilihat, char kuey teow ini umpama kuey teow goreng, tapi penyediaanya adalah berbeza sama sekali. Jom ikuti tips yang dikongsikan oleh blogger masakan Malaysia, Kak Eny tentang cara paling sempoi untuk memasak Char Kuey Teow.

Tips Masak Char Kuey Teow Lebih Sedap!

Suhu dan haba penting. Api kena kuat dan panas. Guna kuali yang besar dan jenis besi kuat. Bukan kuali non stick ye sebab masak CKT ni kita kena selalu ketuk kuali tu supaya meenya masak sekata.

CKT yang sedap kena ada rasa smokey yang membezakan rasa CKT dan Kuey Teow Goreng biasa. Jadi untuk dapatkan rasa smokey ni memang api kena kuat dan api kena masuk ke dalam kuali. Tetapi hanya yang pakar sahaja yang boleh lakukan teknik ni dan selalunya dimasak di dapur luar atau dapur yang lengkap ciri keselamatan. Kalau nak cuba masak kat rumah memang tak sesuai kan. Sebab itulah disyorkan makan je di gerai hehehe

Seimbangkan rasa masin dan manis dari pengunaan gabungan 2 ke 3 jenis kicap seperti kicap masin dan kicap manis, kicap pekat atau sedikit sos tiram.

Cili paste haruslah siap ditumis sehingga garing dan naik minyaknya. Sebab masa menggoreng, kita boleh jimatkan masa untuk masak cili tu kerana cili yang kita guna sudah siap ditumis.

Bawang putih perlu diketuk atau dicincang bukan dihiris. Kemudian rendam dalam minyak. Minyak dan bawang tu kita guna untuk menumis. Masuk je sekali dalam kuali. Jadi boleh sediakan banyak sekaligus. Bila nak tumis cedok je minyak dan bawang putih.
CKT original sememangnya tidak ada kuah. Tetapi ianya juga tak kering seperti Kuey Teow goreng ala mamak. Sedikit lembap dan basah tetapi tidak berkuah. Kena ingat ya penting ni.

Sebolehnya jika masak, masak 1 portion sekali goreng kerana CKT ni kalau digoreng banyak sekali memang rasanya akan jadi lain dan hilang keaslian rasa CKT. Jadi masa nak goreng, pastikan semua bahan tersiap sedia tepi dapur sebolehnya disusun ikut kegunaan yang mana perlu masuk dulu. Goreng pun tak perlu lama hanya selama 5 minit pada api yang sangat kuat.

Telur, pastikan basuh dahulu. Dan masukkan saat akhir apabila kueyteow sudah panas dan hampir masak.

Sumber: Enyabdullah.com


Sayur cuma taugeh jenis pendek dan gemuk lebih sedap berbanding taugeh anjang dan kurus. Selain itu perlu ada daun kucai didalamnya atau ditaburi potongan daun bawang. Jangan guna sayur lain kerana ianya pasti akan menjejaskan rasa CKT yang original. Taugeh perlu ditabur bahagian akhir bersama telur. Biar taugehnya masih rangup dan tak layu sangat!

Udang atau kerang atau keduanya sekali terpulang pada selera. Tetapi pastikan bahan ini segar dan jika udang sebolehnya kopeklah udang tu terlebih dahulu.  Melainkan korang guna udang yang begitu besar, memang berbaloi lah nak mengotorkan tangan untuk kopek udang. Atau sebolehnya korang sediakan sarung tangan plastik pakai buang supaya lebih mudah. Ini boleh digunapakai terutamanya untuk peniaga mee udang banjir atau kuey teow udang banjir atau char kuey teow ketam. Tak mahal pun kan kos sarung tangan plastik tu berbanding keselesaan customer. Ye lah customer sekarang ada sanggup kunyah kulit udang dari kotorkan tangan nak kupas udang yang cenonet. Tak berbaloi. Mana nak pegang handphone ambil gambar lagi hahahahah

Ok tips diatas korang boleh praktiskan jika nak meniaga Char Kuey Teow. -
CARI
14

Bagus
15

Marah
11

Terkejut
1

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 21-2-2018 11:59 AM
Nampak tak tasty pun
Kueytiau hero utama dia, kerang
If u goreng kueytiau takde kerang, u merosakkan dan mendukacitakan makanan tu sendiri dan patutnya dicarut oleh gordon ramsay

Kerang plak rebus separuh masak sebelum campur dalam kueytiau. Ahh sedapnya baby..lg baby lagi
Quote fishcracker 21-2-2018 12:06 PM
Tak kisahla ori ke tak..janji sedap bole telan n harga berpatutan
Quote KucingKedai 21-2-2018 12:10 PM
Adoi laparnye tgk. Kena la gi carik japgi. Huhu
Quote minah_kidal 21-2-2018 12:17 PM
meleleh air liuq tgk
Quote rainbowrainz 21-2-2018 12:57 PM
Belum try lg aku punye masak ckt ni mesti beratur punye Klo da kena {:give
Quote saviour_09 23-2-2018 12:53 PM
kenapa char kuey teow org melayu  mesti berkuah melimpah2???
char tu sendiri goreng
& should be ko goreng macam biasa je la

smokey2 sikit & wajib ada kerang
ni jual mahal
kerang 3,4 ekor besar semut

lol sangat!
Quote xdielzx 24-2-2018 06:20 PM
suka CKT versi dry ni dari yang berkuah banjir
Quote biozipstar 26-2-2018 04:22 PM
aduhai sedapnya nampak.. kena rebus dulu x kuey teow kecik ni..
Quote sapeka 27-2-2018 09:27 AM
suka ckt yang kring n yang berkuah
ckt kering chinese style
ckt kuah malay style
kalau ade kerang gemuk2 lagi sedap
Quote kucing02 28-11-2018 01:04 PM
suka mkn yg guna kuey teow halus.. yg besar muak sikit
Quote mizziaz 29-11-2018 10:18 AM
Kuey tiaw ni nampak sedap. Just nice.
Quote arek 5-12-2018 12:50 PM
sukanya char koew teaw...nak kena try ni
Quote Chimicuri 20-3-2021 11:50 PM
Sedapnya... tq share resepi
Quote fido_dido 22-3-2021 09:46 PM
ckt yg ada rasa hangit2 sikit tu best yg dia goreng mcm tebako kuali tu..lepastu wajib ada kerang..sedapnyaa
Quote orkid_amani 22-3-2021 11:30 PM
char koew teow sedap kat kampung kedah,parit buntaq..adoiii..mmg sedap. harga pun murah.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.048000 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top