CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Digelar Makcik, Billa AF Nekad Turun Berat Badan

21-2-2018 11:25 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 16456| Komen: 110|Original author: Oleh: Suzy

Lama tidak mendengar kisah bekas peserta Akademi Fantasia, Nurnajmi Nabila Samsaidi atau dikenali sebagai Billa. Diam-diam rupanya gadis berusia 22 tahun itu sedang dalam proses menurunkan berat badan. 

Pemenang tempat ketiga AF 2015 itu mengambil keputusan untuk kurus setelah ditegur oleh peminatnya. 

Foto: Ig billa_najmi
Menurut Billa, dia mengamalkan diet dan melakukan senaman bermula sejak tahun lepas. 

“Alhamdulillah saya rasa syukur sangat sebab berjaya kurangkan 24 kg.

“Memang saya sendiri tak sangka, usaha susah payah saya selama tujuh bulan rasa berbaloi dan puas hati.

“Terus-terang saya kata tak mudah untuk kuruskan badan. Saya sendiri dah rasa betapa sukarnya mahu turunkan berat.

“Saya berazam untuk sihat dan saya kurus bukan untuk siapa-siapa. Untuk diri sendiri juga.

“Ada juga beberapa kenangan yang membuatkan saya menjadi nekad untuk kurus antaranya sering disalah sangka sudah berkahwin dan juga panggilan kakak walaupun mereka sebenarnya lebih muda pada saya,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Mahu kekal sihat, Billa turut berkongsikan ilmu diet yang diamalkan olehnya. 

“Air manis, itu perkara pertama yang saya lakukan dulu.

“Saya akui memang saya gemarkan air manis, kalau keluar makan tidak sah kalau tak ada dua tin air berperisa. 

“Dua minggu pertama memang susah tapi lama-kelamaan saya dah biasa.

“Saya juga sering lakukan yoga dan atas bantuan peminat saya yang juga merupakan ‘coach’ senaman yang saya gelarkannya sebagai Aunty.

“Dia adalah penyebab saya mahu turunkan berat dan saya berjaya lakukannya. 

“Ternyata banyak perubahan yang saya rasakan selepas berat saya susut dari 140.8 kg kepada 116.8 kg.

“Antaranya stamina saya semakin bagus dan tidak mengah ketika menaiki tangga,” jelasnya.

Untuk perkembangan terbaru, Billa kini sedang dalam proses mengeluarkan album mini pertamanya tidak lama lagi. - CARI 
11

Bagus
15

Marah
11

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 21-2-2018 11:26 AM
Lawa ni bile kurus.. Konfermm. Dongibap yach.
Quote Allthatnana 21-2-2018 11:28 AM
Go go billa!!
Quote beeeee 21-2-2018 11:30 AM
Ha bagus laa takpe billa slowly but surely! Fighting
Quote tomaz 21-2-2018 11:32 AM
Go go. Health is wealth
Quote asmara_me 21-2-2018 11:54 AM
go, jangan jadi pemalas, semalam aku tengok adibah noor kat astro, dia tak teringin ke nak turunkan berat, so iols rasa dia just malas or pemalas, typing kat twidder xleh turun berat tau kak diba, kbai
Quote zaziot 21-2-2018 11:59 AM
bagusnye..how I wish I have the same spirit like her
Quote amiekz86 21-2-2018 12:06 PM
uih...dh nmpk kurus la....
Quote amiekz86 21-2-2018 12:07 PM
adoi....kalu nk jd retis mmg kna kurus ka.....
Quote Glass_shoes 21-2-2018 12:08 PM
Bagus bila..jangan terpengaruh dgn tagline 'gemok is awesome'
Quote mieymiey 21-2-2018 12:12 PM
Comel jer gambar sheols yang 2018 tu. Teruskan berjuang dan semoga istiqamah ya Billa
Quote nadie90 21-2-2018 12:13 PM
Bgus dik Billa


Keep going
Quote minah_kidal 21-2-2018 12:16 PM
keep it up sis!
Quote suterabiru123 21-2-2018 12:18 PM
i support u billa..... go go girl
Quote Ooosehun 21-2-2018 12:19 PM
Wow..bila la iolss nk bersemangat mcm dik bel ni
Quote whadda 21-2-2018 12:29 PM
comey dah kecik sikit... bagus la kurus.. ringan badan nak buat apa2 aktiviti
Quote Lolalala 21-2-2018 12:31 PM
Good job bila. Moga jadi inspirasi utk yang lain
Quote MsKathryn 21-2-2018 12:32 PM
Keep it up girl
Quote ad_hoc79 21-2-2018 12:32 PM
wahhh bagusnya tanpa ambil apa2 ubatan utk kurus
Quote archerfahid 21-2-2018 12:32 PM
Different...good job billa

Ble makk pon nk turun berat badan jugak nie . Nk turun 5kg punyerlah payahhh

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.291414 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top