"Ia bukan disebabkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST)." Memetik Astro AWANI, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique berkata, perniagaan penjaja di Jalan Petaling merosot bukan disebabkan GST sama sekali.
"Apakah peniaga-peniaga di kawasan tersebut sebenarnya membayar GST? "Hakikat sebenarnya Jalan Petaling tidak lagi dikunjungi oleh pelanggan kerana terlalu ramai warga asing yang berniaga di kawasan tersebut. "Sudahlah mereka itu warga asing, ada sebahagian daripada mereka pula bersikap kurang ajar terhadap pelanggan-pelanggan," katanya dalam satu kenyataan.
Zainal berkata demikian bagi membidas kenyataan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur Datuk Ang Say Tee sebelum ini yang mendakwa perniagaan di Jalan Petaling terjejas dan merosot akibat pelaksanaan GST. Sebalinya, isu berkenaan berpunca daripada lambakan warga asing yang dibenarkan meniaga di kawasan berkenaan hingga Jalan Petaling hilang imej Malaysia. "Kenyataannya menyalahkan GST itu jelas amat dangkal memandangkan berapa ramai peniaga di kawasan tersebut yang dikenakan GST, apatah lagi penjaja di kawasan itu kebanyakan meniaga barang-barang tiruan yang sudah pasti terlepas daripada cukai GST," tegasnya. Dalam masa sama, Zainal menggesa Say Tee memulihkan kembali imej Jalan Petaling. "Jangan kerana hendak senang kerja, penjaja di situ menyewakan kedai-kedai mereka kepada pendatang asing. "Saya juga mohon pihak berwajib agar memantau kehadiran peniaga warga asing yang meniaga di kawasan itu agar imej Jalan Petaling sebagai sebuah kawasan penjaja yang berimejkan rakyat Malaysia dapat dikembalikan semula. "Jadi dalam hal ini, seharusnya Say Tee meneliti dulu sebab mengapa jualan penjaja di situ merosot dan janganlah secara semberono menuding jari dan menyalahkan GST," ujarnya. - CARI
|
2
Bagus |
3
Marah |
7
Terkejut |
6
Sedih |
7
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
honeybee1802 replied at 20-2-2018 02:57 AM
Nilai 3 tu dah la panas.. Outdated plak tu...
dandindon replied at 20-2-2018 03:44 AM
Dah tahu yang situ lubuk barang tiruan, kenapa KPDKK tak buat raid tiap-tiap hari atau buat pondok b ...
lasagnaklcc replied at 20-2-2018 11:04 AM
Smlm pegi nilai 3, mmg sunyi sgt la. Byk kedai terbiar dah...
rogayahtop replied at 20-2-2018 12:26 PM
akak memang boikot semua kedai yg 100% non lokal. tak kiralah restoran ke workshop ke. baik akak lep ...
AbukRokok replied at 20-2-2018 12:32 PM
eloklah tu... hapuskn peniaga pendatang asing... petaling street pun pndatang asing...
rogayahtop replied at 20-2-2018 12:26 PM
akak memang boikot semua kedai yg 100% non lokal. tak kiralah restoran ke workshop ke. baik akak lep ...
Modngengade replied at 20-2-2018 11:25 AM
ummah felda dan pprt jer yg suka shopping kt Nila3 dek....brg2 pun semua kelas2 pprt..koserr sgt
...
Skuau replied at 20-2-2018 12:37 PM
apabila Chinatown dah jadi Banglatown....boikot jer....@penguatkuasa pi mana???
ADVERTISEMENT