CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kalau Nak, Bagi RM200 Dulu!" - Penumpang Tertinggal iPhone Diugut Pemandu Uber

14-2-2018 03:52 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 8309| Komen: 43|Original author: Oleh: Ain

Kisah pemandu Uber atau GrabCar dengan penumpang bagaikan berpisah tiada. Terbaru, seorang penumpang Uber mendakwa iPhonenya tertinggal di dalam sebuah kereta Uber dinaikinya.

Malangnya, pemandu berkenaan meminta bayaran tinggi sekiranya Alvin Teo mahu memintanya untuk mengembalikan telefon itu kepadanya.

 


"Setakat RM100, baik lupakan saja. Membazir masa saya saja untuk menghantarkannya kepada awak," kata pemandu terbabit.

Akhirnya, Alvin mengaku semua yang berlaku berpunca daripada kecuaiannya sendiri dan terpaksa akur dengan jumlah diminta lelaki berkenaan.




"Saya akan hantar iPhone ini kepada awak kalau awak bagi saya RM200.

"Nak ke tak nak? Jangan bazir masa saya sebab saya nak sambung memandu Uber,"
balas lelaki itu.

Alvin sekali lagi dikejutkan apabila lelaki terbabit meminta bayaran tambahan sebanyak RM100 sebaik sahaja tiba di tempat dijanjikan menjadikan kesuluruhan jumlah perlu dibayarnya sebanyak RM300.




Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menasihatkan Alvin supaya melaporkan kejadian itu kepada pihak Uber.

"Berbaloilah bayar RM100 memandangkan dia terpaksa meninggalkan kerjanya untuk memulangkan telefon awak. Tapi, RM300 tu dah melampau. Laporkan saja kepada pihak Uber,"
komen netizen.

 


Dalam pada itu, seorang netizen tampil mengatakan dia sudah melaporkan perkara itu menerusi ruang mesej peribadi (private message) kepada pihak Uber.
 

Foto: FB Alvin Teo

Betul tindakan pemandu itu meminta bayaran untuk menghantar telefon berkenaan, tetapi RM300 itu macam tak masuk akal pula, kan? Apa pendapat pembaca? - CARI
4

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 14-2-2018 03:59 PM
Tak bijak eh driver tu pun. Tak kan heols tak tau kalau owner tu buat report to Uber, heols jugak yang kena?
Quote prettyuglybabe 14-2-2018 04:14 PM
fikirkan masa and clients yang driver tu hilang semata-mata nak hantar hp dia tu..
apakah dia dah minta elok-elok kat driver tu..
entah-entah dia pun kurang ajar memula ke apa..
tapi kalau dia dah cakap elok-elok and willing untuk bayar, report je driver tu kat uber..
bodoh ke apa dah tau uber boleh track segala mala..
Quote izzat1987 14-2-2018 04:19 PM
Kalau cinonot memang suka tunjuk mesej tak habis lepas tu blame pemandu ni yabg salah. Dah la tuduh pemandu tu nak curi iphone dia. Patut la pemandu tu marah caj dia lebih. Ambil la sendiri kalau nak. Kenapa nak suruh pemandu ni hantar? {:laugh
Quote sarahmirza 14-2-2018 04:38 PM
Tak mak bayar amik la sendiri kat mana2 driver uber tu tetapkan tempat. Kalau i pun i charge jugak..
Quote chinta89 14-2-2018 04:47 PM
suruh je dtg ambik sendiri.
Quote beeeee 14-2-2018 04:50 PM
uber naik tocang dah mementang takde kena bayar insurans penumpang
Quote kiambang 14-2-2018 04:53 PM
Sukar nak cari orang yang jujur dan helpful tanpa ada udang dalam
Mee ...
Quote indenial 14-2-2018 05:00 PM
Baru dengar one side story. {:run
Quote PongKang 14-2-2018 05:06 PM
aritu aku tertinggal groceries kat bonet uber tu, driver siap call lagi n anto memalam... oh lupa bukan uber tp grab.. lol
Quote paz 14-2-2018 05:10 PM
So apa jadi kes ni? Kenapa tak dedahkan siapa driver ni?
Quote multinicky 14-2-2018 05:12 PM
mohon uber driver masuk bg penejelasan plak..meols nk jatuhkan hukum lps dengar hujah penggulungan drpd kedua-dua belah pihak.
Quote RatuDunia94 14-2-2018 05:23 PM
Bukan pengguna iphone org2 kaya ke?
Quote fcl29 14-2-2018 05:35 PM
aritu aku tertinggal bekas air kopi yg aku bancuh sendr... uber driver tu siap tlg hantar blk the next day... aku suh buang je sbb bekas air tu pon dpt free je... bekas bodo2 je ponnn... tp dia tetap nk pulang semula... dia siap buang air kopi tu then cuci bekas air tu
budak mude... terima kasih la awak... sy dah x guna pon bekas air tu
Quote MarryPottet 14-2-2018 05:38 PM
multinicky replied at 14-2-2018 05:12 PM
mohon uber driver masuk bg penejelasan plak..meols nk jatuhkan hukum lps dengar hujah penggulungan d ...

berapa ko sanggup bayar kat driver cuba uber kalau dia masuk sini untuk explain?
ko kena fikir segala kos melepas yg dia terpaksa tanggung untuk bersiaran langsung di forum ni. dalam masa dia tengah taip utk explain & nanti akan ada sessi reply pertanyaan lagi, mungkin dia akan kehilangan 15 pelanggan yg berpotensi
Quote multinicky 14-2-2018 06:42 PM
MarryPottet replied at 14-2-2018 05:38 PM
berapa ko sanggup bayar kat driver cuba uber kalau dia masuk sini untuk explain?
ko kena fikir se ...

klu mcm tu mohon uber driver itu mereput bersama-sama keretanye sebab mahkamah terpaksa menangguhkah sidang penghakiman dek kerana tidak muncul membela diri.
Quote otai_g 14-2-2018 07:34 PM
Kejujuran tu mhl harganya. Blh je driver uber tu kt, hp tu x de kat kete dia. Then slh rider la ko yg cuai dan bodo tingal brg merata2.
Quote LautBiru52 14-2-2018 08:06 PM
Teringin la nk bace msg tu dari awal.. Ape brg tunjuk yg dah hujung2..
Quote MarryPottet 14-2-2018 08:53 PM
multinicky replied at 14-2-2018 06:42 PM
klu mcm tu mohon uber driver itu mereput bersama-sama keretanye sebab mahkamah terpaksa menangguhk ...

noted. our team will file motion to dismiss this case
Quote jazaa100 14-2-2018 10:28 PM
multinicky replied at 14-2-2018 06:42 PM
klu mcm tu mohon uber driver itu mereput bersama-sama keretanye sebab mahkamah terpaksa menangguhk ...

kau ni......

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.080289 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top