CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kepala Bapak Kau La, Kau Ustazah Ke Sentan? Wanita Ini Bengang Harga Mengaji Mahal

14-2-2018 02:21 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 14578| Komen: 93|Original author: Oleh: Whitney


Ramai ibu bapa yang mementingkan pembelajaran Al-Quran kepada anak-anak. Ada yang sanggup mengeluarkan wang semata-mata ingin melihat anak-anak mereka celik Al-Quran ataupun menjadi seorang hafiz. 

Ibu bapa akan menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz, kelas belajar Al-Quran atau menggunakan khidmat ustaz atau ustazah yang datang mengajar di rumah. Mereka mempunyai pilihan untuk memilih cara yang lebih mudah dan selesa.  

Bagaimana pun, tindakan seorang pengguna twitter mengecam seorang guru yang memberikan khidmat belajar mengaji di rumah tular di media sosial. Ini disebabkan bayaran yang diminta oleh guru tersebut dirasakan tidak masuk akal dan terlalu mahal baginya. 

Pada fikirannya, perkara yang melibatkan agama tidak boleh dikenakan bayaran yang tidak munasabah malah perlu dilakukan dengan ikhlas.  




Netizen mengecam tindakan wanita ini yang dilihat begitu berkira untuk mengeluarkan wang semata-mata untuk keperluan agama. Kos pendidikan bukannya murah pada masa kini.

 Memang wajar guru tersebut meminta bayaran mengikut kadar harga yang dirasakan munasabah. Jika tidak mampu, diam-diam sudahlah dan cari saja guru lain. 




Ada benarnya komen netizen ini, jika perkara lain wanita itu sanggup bayar walaupun mahal, kenapa untuk belajar mengaji perlu dibayar dengan harga yang murah. 

Bukankah guru mengaji itu juga manusia biasa yang turut mengambil kira pelbagai kos? Lagipun nak masuk syurga tu bukannya murah dan senang-senang dapat.  

Add Image Caption Here

Ramai juga yang berpendapat bayaran yang diminta oleh guru mengaji tersebut mahal. Mungkin ada sebab mengapa guru tersebut meletakkan harga sebanyak itu dan berbeza dengan bayaran dengan guru mengaji yang lain. 

Lagipun harga dulu dan sekarang memang dah berbeza. 




Betul tu, kalau nak berjimat dan tidak mahu bayar mahal, ada caranya. Belajar sahaja dengan ustaz atau ustazah di masjid-masjid yang mana, mereka sanggup mengajar mengaji dengan bayaran yang rendah malah adakalanya percuma sahaja. 

Nak murah lagi, ajarlah sendiri dengan ilmu yang ada itu. 


Kalian dah pandai mengaji belum? Kalau belum, eloklah belajar mengaji sekarang sebelum kos belajar Al-Quran menjadi semakin mahal. Nanti senanglah nak ajar anak dan  cucu atau nak buat kelas percuma belajar Al-Quran. Betul tak? - CARI 

24

Bagus
25

Marah
9

Terkejut
12

Sedih
17

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 14-2-2018 02:33 PM
Edited by missinpiece at 14-2-2018 02:35 PM

Weols private tuition 1.5 hour Rm75, kelas once a week so sebulan rm300 gak. Rasa mahal xyahla nak kutuk2.
Quote missinpiece 14-2-2018 02:38 PM
Apa2 kepandaian/ barang yg kita ada, itu hak kita utk komersialkan. Hak pengguna juga nak bayar harga yg ditetapkan or x. Jgnla lepas guna servis baru kondem mtk diskaun kaw2 kan.
Quote krustykrab 14-2-2018 02:41 PM
ok la tu ngok, lebih kurang rm75 1 kelas...

kalau ambik private tutor ajar subject lain pun ada yg rm100++...kalau dah semua ko suruh org anggap ikhlas, why not ko keje tu ckp dgn bos, ikhlas la nak bagi brp2 pun kat ko

asal ilmu akhirat je ko suruh ikhlas, abis org tu tak perlu sara kuarga ke?
Quote buapakperut 14-2-2018 02:42 PM
Wah ingat ini zaman pak mustare ke mocit. Depa pun nak makan. Kalau mahal sohlah anak tu duk umah je tengok omar hanna.kosser
Quote Artemesiaa 14-2-2018 03:09 PM
Kalau rasa mahal elok beralih ke lain je mengikut memampuan sendiri, dan buat yang mengajar kalau dah orang tak nak lagi khidmat kamu tak perlu ler merayu lagi cari ler student lain je.  
Quote CardiGans85 14-2-2018 03:16 PM
Dl2 mengaji mmg free sbb kita yg pi umah ustazah dgn jln kaki je n mcm sy, belajar ngaji tu dgn tajwid sahaja. Nk beri saguhati tp ustazah x nk terima malah ms khatam,dia la yg sambut dgn kita. Dia pesan: ilmu Allah ni utk sampaikan saja, itu semua milik Dia. Kiranya apa yg ustazah buat sbg saham beliau disana.

Tp zmn skrg ni da menjadi satu kbiasaan untuk beri bayaran sbb ustazah yg dtg umah kita. Dan mgkn dia akn ajar taranum, tajwid,tadabbur n etc semua tu (pakej lengkap). Jd,Terpulang pd individu.

Klu x setuju, just diam. X perlu bteriak dlm med soc. Hati klu x baik, mulut n jari yg mnulis pun x baik juga.

#donemodesetajah
Quote krustykrab 14-2-2018 03:20 PM
CardiGans85 replied at 14-2-2018 03:16 PM
Dl2 mengaji mmg free sbb kita yg pi umah ustazah dgn jln kaki je n mcm sy, belajar ngaji tu dgn tajw ...

betul tu sis....mana blh nak compare zaman dulu dgn skrg. rata2 zaman dulu mmg diorg ajar mengaji tanpa bayaran, kalau parents nak bagi ada yg ambik ada yg tak.

tapi skrg ustaz ustazah pun nak hidup, sara kuarga, tak salah kot diorg letak harga. kalau suka terima, kalau tak, cari je org lain. dari duk setan, babikan org. penyudahnya diri sendiri pun dibabikan org.

Quote shernazz 14-2-2018 03:21 PM
Dia ada taip atas skali kan
Dia xnak ustazah tu
Tp.ustazah tu dok.paksa.amek dia jadikan.guru.mengaji anak.dia
Tu pasai.orang xnak
Sebab mahal sgt...
Quote prettyuglybabe 14-2-2018 03:21 PM
tak setuju just say no je la..
cari cikgu lain.. tak payah la sampai nak setankan orang tu..
apa ko pikir ustad ustazah ni berdoa je sekelepuk guni beras jatuh dari langit?
and maybe mak dia boleh cari ustazah untuk ajar adab pada anak-anak dia juga..
Quote swimswim 14-2-2018 03:26 PM
Rasa mahal cari lain. X yah nk setan kan org. Buat rambut kepul2 boleh plak ratus2. Takde ko meratib dkt ig setankan hairdressers itu yach
Quote BedahBedul 14-2-2018 03:27 PM
Tahnya.. tak setuju bgtau la kt setajah tu, kalau dia nak paksa pun bkn bole kalu ko tak nak.. ni tidak meroyan mcm org gila isim dlm socmed
Quote missinpiece 14-2-2018 03:27 PM
Yg setazah paksa2 org terima harga tu dah kenape....?
Kemurungan me dibuatnya
Quote CiliPadiSedap 14-2-2018 03:28 PM
coaching one to one dengan massive class dua harga berbeza. jangan samakan ustazah datang rumah dengan pelajar datang rumah ustazah belajar ngaji ramai2.

kira murah tu RM 75. x kisahlah awk serumah dengan ustazah ke apa? kalau sy, sy charge RM 200 seminggu.
Quote kredit 14-2-2018 03:28 PM
cantiknya bahasa
Quote multinicky 14-2-2018 03:40 PM
meols syak, setan2 byk menggelupur dlm bdn sheols la ble dgr harga tu..
Quote saviour_09 14-2-2018 04:00 PM
sentan kelapa muda
Quote EncikRhoma 14-2-2018 04:15 PM
kenapa parents x belajar mengaji dan ajar anak sendiri? bukan lama pun. paling lama pun sejam.
Quote MeghanK 14-2-2018 04:18 PM
ummah kat twitter land memang camni ke..sorang start twit acah2 teraniaya, hujung2 pakat attack sesama sendiri..2x5 saja
Quote Mary_jane 14-2-2018 04:28 PM
Bila bajet diri good2 je mula lah gatal tangan nak viralkan kan? Kan dah mendapat.

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.082402 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top