CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Ketewol' Makanan Tradisi Orang Jawa Johor Yang Semakin Dilupakan

14-2-2018 12:12 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 15506| Komen: 2|Original author: Oleh: Faizal

Description: Zaman dahulu kala, masyarakat kampung di Johor banyak menanam ubi kayu.Oleh kerana ubi kayu hasil dari tanaman begitu banyak, maka banyak la menu-menu berasaskan ubi kayu dihasilkan. Antaranya ialah k ...
Zaman dahulu kala, masyarakat kampung di Johor banyak menanam ubi kayu. 

Oleh kerana ubi kayu hasil dari tanaman begitu banyak, maka banyak la menu-menu berasaskan ubi kayu dihasilkan. Antaranya ialah ketewol.

Ketewol yang sudah siap dimasak (Sumber: sportourism.id)


Ketiwol ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada ubi kayu yang perlu dijemur beberapa hari sehingga kering sebelum ditumbuk dan diayak menjadi tepung ubi. 

Kemudian proses membuatnya adalah menggaul tepung ubi itu dengan gula perang dan dikukus.

Sumber: mstar.com.my


Sememangnya proses untuk membuat ketewol ini agak rumit. Mungkin disebabkan kerumitan ini menjadikan makanan tradisi ini kian dilupakan. 

Namun, bila datangnya bulan Ramadan, ada juga peniaga bazar yang menjual ketewol kerana ia antara menu yang mempunyai aroma yang mampu membuka selera ketika berbuka.

Resepi Ketewol


Bahan-bahan

300g Tepung Gaplek (Cara buat tepung gaplek ialah ubi kayu direndam beberapa hari kemudian dikeringkan. Selepas kering  ditumbuk sampai halus dan diayak. Jadilah  tepung gaplek)
100  gram Kelapa parut
50 gram Gula
10 gram Garam

Foto: Jogjajan
Cara membuatnya
  1. Masukkan  tepung gaplek ke dalam sebuah mangkuk.
  2. Masukkan  sedikit air panas dan gaul sehingga tepung menjadi seperti ketulan.
  3. Masukkan adunan tadi kedalam pengukus dan kukus selama 15 minit.
  4. Keluarkan adunan dari tempat pengukus dan biarkan sejuk.
  5. Masukkan pula kelapa parut ke dalam tempat pengukus dan kukus selama 10 minit. Ini supaya kelapa parut lebih tahan lama.
  6. Setelah adunan tepung gaplek dan kelapa parut sejuk. Campurkan kedua-duanya kedalam mangkuk. Pastikan kelapa parut telah dicampur dengan gula.
  7. Masukkan sedikit garam. Gaul sehingga sebati.
  8. Ketewol sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba! - CARI  
10

Bagus
11

Marah
3

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie5zoe 19-2-2018 12:01 PM
ingat arwah nenek buat dulu...masa proses nak buat tepung tu..kena rendam dulu ubi tu..yarabbi..bau dia..tak sanggup.. tp bila dah jadi makanan..nyumm..nyumm...
Quote noraidil_06 19-4-2018 01:57 PM
Sy sukeeeeeee sgt makan ni.tp sy spl mkn di indon

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.048666 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top