CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Jadi Longlai Dan Koma Bila Minum Air Oren Ais !

2-9-2013 09:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6289| Komen: 20


Sungai Petani: “Saya terkejut apabila melihat Wan secara tiba-tiba menjadi lemah dan tidak bermaya selepas meneguk air oren yang dibancuh rakannya,” kata Abdul Rahman Mustafa, 62, bapa kepada Mohd Ridzuan, 29, yang masih koma selepas meminum air oren dipercayai mengandungi bahan berbahaya.

Abdul Rahman berkata, sebelum itu, dia melihat seorang daripada pekerja membawa satu bekas lalu membancuh air oren yang diambil di atas meja di bahagian tepi gerai bersama dengan ketulan ais.


Katanya, pekerja terbabit kemudian membawa kepada rakannya  di tempat membakar lemang sebelum empat daripada mereka yang sedang berehat mengambil air oren itu dan meminumnya, namun dua lagi pekerja tidak sempat kerana sudah habis.

“Tidak lama kemudian saya diberitahu, Rosli mahu pulang ke rumah kerana tidak sedap badan sebelum mendengar bunyi bising apabila beberapa pekerja dan majikan menerpa ke arah anak saya serta dua lagi rakannya di tempat bakar lemang.

“Ketika mendapatkan Mohd Ridzuan, Jefri dan Puzi,  mereka memberitahu kepala masing-masing pening  manakala badan tidak mampu bergerak dan mula muntah. Justeru, mereka terus dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan termasuk Rosli yang sudah tidak bermaya,” katanya.

Katanya, dia dan pekerja lain berasa hairan dan terkejut dengan kejadian itu berikutan pati oren berkenaan  daripada botol sama  diminum mereka pada malam sebelum kejadian, tetapi tiada apa-apa berlaku.

“Nasib baik bekas air oren yang dibancuh itu kecil, jika tidak lebih ramai pekerja yang mengalami nasib sama seperti anak saya dan tiga yang lain. Tetapi, apa salah mereka sehingga ada orang sanggup berbuat demikian,” katanya.

1

Bagus

Marah
3

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 2-9-2013 07:19 AM
bekas rcun kot..
Quote nurul_akmar 2-9-2013 07:34 AM
racun kot..
Quote chaoyunjie 2-9-2013 07:45 AM
samada bekas racun @ ada yg sabotaj/dengki
Quote malaywood.NET 2-9-2013 07:58 AM
bekas racun lah tu..
Quote yipun_78 2-9-2013 08:04 AM
harap2 mereka selamat
Quote MissNigga 2-9-2013 08:26 AM
ker ada org bubuh racun dalam minuman deyols???
Quote MissNigga 2-9-2013 08:26 AM
or santau???  ...
Quote haryatie 2-9-2013 08:46 AM
ada racun ke dlm minuman tu
kesiannyer...
smoga cepat sembuh
Quote lavajeans 2-9-2013 08:51 AM
ingat anak dia masih kecik....

rupanya Wan dah 29 tahun...besau dah

Quote puterikhaleeda 2-9-2013 08:53 AM
lavajeans posted on 2-9-2013 08:51 AM
ingat anak dia masih kecik....

rupanya Wan dah 29 tahun...besau dah

hahah tu laa pasal.....

Quote PICes_Boy 2-9-2013 08:53 AM
mcm ada yg sabotaj je..bubuh racun kot sb org yg minum sebelum tu ckp xde pape lak..
Quote nurfariezza 2-9-2013 10:01 AM
mcm org sabotaj je..
xpsal2 koma..
Quote sigila 2-9-2013 10:03 AM
Oren ketum ker?....
Quote gaara_X 2-9-2013 10:06 AM
pergh!!..bekas racun laa tue....lain kali bekas racun ngan ditukar bekasnya....
Quote PostBanhammer 2-9-2013 10:11 AM
Gambar2 mangsa mana?
Quote hzln 2-9-2013 10:12 AM
tempat bakar lemang?
bisa ular tedung lah tu

(sempena kesah ular tedung dlm lemang)
Quote tongkatwaran75 2-9-2013 10:13 AM
Bagai minum racun
Sungai Petani: Empat pekerja gerai lemang di Jalan Tikam Batu, dekat sini, terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) apabila tidak sedarkan diri selepas dikatakan meneguk air oren yang dipercayai  dicampur bahan berbahaya ketika membuat persediaan untuk membakar lemang, Jumaat lalu.

  Kejadian berlaku  jam 10 pagi di Taman Sri Pinang, ketika semua mangsa dikatakan berehat sebelum seorang daripada rakan membawa satu bekas berisi air oren  diambil di tepi premis itu.



  Bagaimanapun, tidak lama kemudian, tiga daripada mereka secara tiba-tiba pening, muntah dan tidak mampu bergerak, manakala seorang lagi rakan yang pulang ke rumah turut menghadapi keadaan sama.

  Mereka kemudiannya dibawa ke Jabatan Kecemasan HSAH, manakala seorang lagi mangsa yang pulang ke rumah turut dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.


MOHD Ridzuan  masih tidak sedarkan diri.

Saksi yang juga pengusaha lemang, Azizan Md Isa, 48, berkata, sebelum kejadian, keempat-empat pekerjanya, Mohd Puzi Ariffin, 46; Muhamad Jefri Zakaria, 34; Mohd Ridzuan Abdul Rahman, 29, dan Rosli Lin, 52, dan beberapa pekerja lain   membuat persediaan membakar lemang.

  Menurutnya, mereka kemudian berehat seketika sebelum seorang daripadanya membawa satu bekas air oren yang dibancuh sebelum mereka meminumnya, manakala pekerja lain tidak berpeluang menikmatinya kerana sudah habis.

  “Saya kemudian mendapati tiga pekerja mula mengadu pening kepala, lemah badan dan tidak boleh bergerak.

  “Kami kemudian ke rumah Rosli kerana dia  pulang lebih awal sebelum mendapati  dia juga begitu lemah dan tidak mampu bangun serta  cirit-birit,” katanya.

  Beliau berkata, mereka dimasukkan ke wad,  namun dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat masalah pernafasan.

  “Setakat ini, keempat-empat mereka masih dirawat di ICU dan dilaporkan stabil. Mohd Puzi, Jefri dan Rosli  mula sedar pagi tadi (semalam), manakala Mohd Ridzuan belum lagi,” katanya ketika ditemui di HSAH, di sini, semalam.

  Azizan berkata, dia dan beberapa pekerja lain terkejut dengan kejadian itu kerana air oren  diminum mangsa adalah baki daripada botol sama diminum pekerja lain pada malam Khamis lalu.

  Bagaimanapun, katanya, dia  pelik apabila mendapati kandungan botol itu seperti mengandungi bahan berbahaya ketika mencium baunya untuk mendapatkan kepastian.

  “Saya mengesyaki mungkin ada pihak tidak bertanggungjawab memasukkan bahan berbahaya dalam botol air pati oren terbabit. Ini kerana botol air oren itu diletakkan atas meja dalam gerai selepas menutupnya  jam 2 pagi Jumaat.

  “Saya  membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda supaya siasatan lanjut dapat dilakukan,” katanya.

  Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian terbabit dan  menghantar sisa minuman itu untuk analisis  dan dirujuk ke Jabatan Kesihatan untuk tindakan lanjut.

  “Pada masa ini, polis menganggap kes terbabit adalah keracunan, namun masih menunggu laporan ujian ke atas botol dan air terbabit untuk siasatan,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/02

p/s maen minum jer...sisa air yg dah berbuka... sabo...mesti saingan pelemang2 lain...



Quote cikatilia 2-9-2013 10:16 AM
oren beracun??
xplak dedah apa isi/sebab
Quote chinatsu 2-9-2013 10:30 AM
jahat punya manusia..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.113936 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top