Tak dapat dinafikan, teknologi serba canggih hari ini sedikit sebanyak memicu kemalasan di kalangan orang ramai. Memang nampak berguna, namun jika dilihat dari sisi negatif ia membuat kita menjadi terlalu bergantung pada teknologi. Rasa macam 'tak hidup' kalau semua kena dilakukan secara manual.
Malah, nak susun selipar atau kasut di luar rumah pun kadang-kadang terasa malas, kan? Terkini, dunia diperkenalkan dengan sistem untuk menyusun selipar secara automatik. Wow! Semakin hari semakin banyak benda yang diciptakan bagi memudahkan lagi kerja manusia. Memetik TheDrive.com, anda hanya perlu duduk dan lihat sahaja teknologi canggih ini bergerak dengan sendirinya.
Macam mana dia susun? Bagi memberikan pengalaman yang baru dan unik, Nissan mengeluarkan alat yang boleh bergerak sendiri seperti 'Selipar Susun Sendiri'. Bukan itu sahaja, meja dan juga kusyen lantai turut menggunakan teknologi sama untuk memberi keselesaan kepada pengunjung di ProPilot Park Ryokan di Kahone, Jepun. Macam cerita 'dongeng' saja, semuanya bergerak sendiri! Di sana, pengunjung akan diberi layanan istimewa dengan menggabungkan teknologi dilengkapi alat pengesan dan kamera canggih. Teknologi seperti ini memudahkan pekerja di hotel kerana ia memiliki fungsi persis kereta keluaran Nissan dimana selipar tersebut akan berada dalam keadaan pegun apabila digunakan dan kembali ke 'tempatnya' apabila ia tidak digunakan dengan hanya menekan suis disediakan. Ciptaan seperti ini barulah memberi kelainan dan keselesaan kepada pengguna berbanding fesyen terkini yang mengarut seperti kasut bergigi dan berbulu. Betul tak? Alangkah bagusnya jika masjid dan surau menggunakan teknologi begini. Tiada lagi selipar yang berserakan di luar masjid. - CARI
|
16
Bagus |
12
Marah |
15
Terkejut |
19
Sedih |
15
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT