CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Pokai' Di Hari Valentine? Nah, Ini Benda Syok Boleh Buat Dengan Pasangan! Murah Je

13-2-2018 01:41 PM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 3968| Komen: 19|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

14 Februari adalah hari yang istimewa semestinya bagi pasangan yang sedang hangat bercinta. Ia dikatakan hari untuk meraikan cinta tidak kira cinta anak kepada ibu, cinta pada haiwan, cinta bada barang mahupun cinta pada duit. Tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai orang lebih menggemarkan cara yang lebih murah untuk meraikan cinta. Tidak semestinya dengan berbelanja mahal, memadai hanya menghargai antara satu sama lain. Ini adalah cara untuk meraikan Hari Valentine dengan pasangan percintaan masing-masing dengan lebih murah tetapi seronok!


1. Terokai tempat yang jarang anda pergi dalam bandar sendiri

Cuba sekali naik kereta lembu walaupun hari-hari nampak, tapi tak naik.
Sumber: syahmiminhad.blogspot.my

Ramai lagi percaya yang mereka masih mempunyai tempat dalam pekan, bandar atau kampung mereka sendiri yang jarang sampai. Perkara ini lagi menarik sekiranya pasangan tadi sibuk bekerja dan jarang menjejakkan kaki ke tempat itu. Tak salah bukan menjadi acah-acah pasangan pelancong buat satu hari? Pastikan anda tidak merancang sekarang, esok terus keluar! Lagi mencabar.

2. Masuk hutan, pergi mendaki atau main air di tepi pantai

Main basikal dengan pasangan pun best juga kan?
Sumber: kamisanasini.blogspot.my
Pada yang sukakan cabaran dan aktiviti luar, ini adalah masa yang terbaik untuk membawa pasangan anda ke luar untuk menikmati pemandangan yang indah dan cantik dihari yang bahagia ini. Bagi yang sudah berkeluarga, jangan hanya pergi berdua. Bawa sekali anak-anak kerana mereka adalah cinta kita juga bukan? Lebih murah dan jimat sekiranya anda membawa bekal sendiri dari rumah dan berkelah terus dilokasi.

3. Raikan Valentine dengan makan malam bertema di rumah

Siapa tak suka makan bukan? Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga kerana dikurniakan pelbagai makanan yang senang buat dan sedap. Nak lagi menarik, lakukan makan malam bertema di rumah. Apa makanan bertema? Dari segi menu, dekorasi, pakaian dan persembahan makanan semua mengikut tema yang ada idamkan. Tak tahu nak tema apa? Ini adalah contoh-contohnya:

Sumber: popsugar.co
- Harry Potter. Hias ruang makan seolah-olah makan dalam dewan Hogwarts dihiasi lampu berwarna perang dan meja makan berlilin. Nampak eksotik!
- Buffet makanan segera. Kalau malas nak menghias, boleh beli semua makanan segera yang boleh didapati, letak atas meja dan kekah beramai-ramai!

Paling penting, MURAH!

4. Permainan 'Amazing Race' bertemakan Valentine

Sumber: Youtube Channel mnasiryan
Masih ingat siri permainan 'Amazing Race' yang sangat mencabar? Anda juga boleh lakukannya dengan versi hari valentine sendiri dengan langkah-langkah berikut:

a. Pergi bersama-sama dalam satu plaza membeli belah yang terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai barang-barang.
b. Bincang belanjawan barangan yang bakal dibeli. Dah cukup elok kalau dapat RM15-RM20.
c. Tetapkan masa untuk cabaran itu habis. Contohnya, dengan duit yang ada, anda dan pasangan perlu pulang semula ke lokasi dalam masa 30 minit dengan hadiah ditangan.
d. Berpecah dan teruskan membeli hadiah dengan masa dan duit yang ditetapkan. Pastikan juga hadiah itu perlu dibalut kemas.
e. Sambil makan setelah penat mencari hadiah, anda dan pasangan boleh bertukar hadiah masing-masing.

Jangan risau, pasangan anda tak akan marah anda. Silap-silap, anda boleh berkongsi cerita kenapa pasangan anda membeli barangan tersebut untuk anda sambil makan.

5. Ingat kembali zaman pertama kali keluar bersama

Dah pokai kan? Lepak je tepi parit. Free!
Sumber: rockingmama.id
Tiada siapa yang kaya zaman percintaan, tambah-tambah apabila korang bercinta dari zaman sekolah. Jadi inilah masanya untuk anda dan pasangan mengungkap kembali zaman percintaan dengan perbelanjaan yang minima. Alah, kalau masa mula-mula keluar tu, takkan nak ajak terus pergi hotel 5 bintang. Masa zaman belajar, benda-benda kecil pun boleh dikongsi bersama bukan? -CARI
6

Bagus
30

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 13-2-2018 02:21 PM
npe nk tgu valentine?

hari2 pun blh..
tu pun klu free lah
especially weekend
Quote zulka 13-2-2018 02:27 PM
valentine tu apa? sejenis makanan dlm tin ke
Quote ~boolean 13-2-2018 02:29 PM
1,2,3 banyak pakai duit bhaiii...

1.Kau ingat pergi bersiar pam minyak guna air sungai?
2. Pergi mendaki tak bayar permit, guide, makanan, first aid?
3. Bahan memasak tanam sendiri?
Quote manehnya 13-2-2018 02:46 PM
belentine balentine apa weh..

kita mana sambut
Quote dubuk 13-2-2018 03:00 PM
valentine who
Quote chinta89 13-2-2018 03:28 PM
gegeh nk sambut, kenapa?
Quote WhiskeyScotch 13-2-2018 03:33 PM


Quote vanillaninja 13-2-2018 04:04 PM
I tak pernah celebrate.
Quote MarryPottet 13-2-2018 04:22 PM
Edited by MarryPottet at 13-2-2018 04:24 PM

Kalau 'pokai' dihari pengadilan kat mahsyar esok nak buat lagu mana ye tt?
Quote prettyuglybabe 13-2-2018 04:41 PM
ko dah pokai kejadah nak buat semua benda tu..
semua kena keluar duit kot..
sudah!! pi ngongkek dalam semak sana..
hari lain tak de kasih sayang ke..
kena tunggu valentines hari ibu hari bapa baru nak kata sayang?
Quote RatuDunia94 13-2-2018 10:55 PM
Oh esok lah yer.. Huhu
Quote whitePoison 13-2-2018 11:09 PM
tak payah tunggu velentine, hari2 biasa pun boleh..
Quote MeghanK 13-2-2018 11:17 PM
motip Ghafar promot valentine
Quote tom567 14-2-2018 04:35 PM
Great experience to be the part of this website forum.
Quote biozipstar 26-2-2018 11:12 AM
valentine  kt negara lain mmg layan kan? tapi kt mesia ada je org yg sambut...
Quote Roberson1 27-4-2018 03:43 PM
Thanks for sharing the informative information through the article. and all the details are awesome and good in this post.  http://minionrush.online
Quote funnyjokes 11-5-2018 12:03 PM
Edited by funnyjokes at 11-5-2018 12:04 PM

Thanks for your sharing. Hope you can contribute more quality posts to this page. Thank you!
   

Quote funnyjokes 11-5-2018 12:04 PM
funnyjokes replied at 11-5-2018 12:03 PM
Thanks for your sharing. Hope you can contribute more quality posts to this page. Thank you!
     f ...

funny jokes
Quote niena90 12-5-2018 12:58 PM
I never celebrate valentine ke, birthday boifren ke, anniversary ke segala benda tu. I keep that moment and excitement for my future husband sajo

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.185646 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top