Baru baru ini ada video dinaikmuat yang memaparkan bintang bolasepak Barcelona Luiz Suarez menjamu selera makanan Malaysia. Dalam klip video dua minit itu, Suarez kelihatan makan atau lebih tepat, menjamah roti canai, sate, char koay teow, nasi lemak dan popia.
Dan Suarez beri thumps up untuk semua hidangan itu.”Tasty” katanya dalam video itu.”Really good,really”, katanya lagi. Dan sajian yang paling disukainya? Nasi lemak. Klip video itu ialah sebahagian promosi Malaysia Truly Asia, kempen untuk menarik pelancong melawat Malaysia. Seperti yang ramai tahu, Tourism Malaysia telah memeterai perjanjian selama satu tahun dengan Suarez bagi mempromosi pelancongan Malaysia. Bermakna Suarez ialah Duta Tourism Malaysia. Jumlah bayaran untuk Suarez tidaklah diketahui .Tentunya lumayan kerana kita semua maklum super star seperti Suarez tidak mungkin akan menerima offer yang tidak tinggi nilainya pada sudut kewangan. Namun bukan itu yang ingin dipersoalkan. Yang diketengahkan ialah soal kesesuaian Saurez dijadikan duta pelancongan Malaysia. Kita tahu ketika Tourism Malaysia mengikat perjanjian dengan bintang Barcelona itu ramai juga di kalangan rakyat Malaysia yang menyatakan mereka tidak setuju. Mungkin mereka penyokong Liverpool yag masih dendam terhadap Suarez kerana meninggalkan kelab kesayangan mereka dan berpindah ke Barcelona. Oops maaf -cuma gurauan. Seriously, yang tidak senang dengan pemilihan Suarez berpendapat dia tidak sesuai dijadikan duta pelancongan Malaysia kerana “ tahap disiplinnya “di atas padang". Mereka merujuk insiden gigit membabitkan Suarez. Ketika mewakli negaranya Uruguay pada kejohanan Piala Dunia 2014, Suarez menggigit lengan pemain Itali Giorgio Chiellini. Sila google atau tonton youtube untuk imbas kembali. Dan beliau pernah juga gigit bahu dan tangan pemain lawan semasa bermain untuk Ajax pada tahun 2010 dan Liverpool pada tahun 2013. Lalu golongan yang tidak setuju Suarez dijadikan duta pelancongan Malaysia berkata pemain yang bertindak kasar terhadap lawan dalam permainan bolasepak “is not a role model” dan tidak mungkin boleh menarik minat pelancong. Sebaliknya kata mereka boleh membawa aib terhadap negara. Imej Malaysia terjejas menurut mereka. Untuk menguatkan hujah, mereka turut merujuk cara permainan agresif Suarez khususnya “gelagat” atau “tipu helah” pemain itu mendapatkan sepakan penalti. Suarez tetap mempertahan cara dia bermain bolasepak. Tak usah kita bincangkan itu kerana ini bukan rencana khusus bola sepak. Oo ya. Ada juga yang berpendapat Suarez tidak “handsome “untuk diangkat sebagai sebagai duta sambil merujuk kepada David Beckham yang walaupun usia lebih tua daripada Suarez tetapi lebih kacak. Anyway ,Tourism Malaysia mempertahankan langkah mereka melantik Suarez sebagai duta pelacongan negara. Tourism Malaysia yakin Suarez punya daya tarikan “and can do the job”. Dan tidak kurang juga rakyat Malaysia yang setuju dengan Tourism Malaysia. Jadi – adakah pilihan Tourism Malaysia langkah tepat? Mungkinkah Suarez akan berjaya memujuk pelancong datang berbondong-bondong ke Malaysia? Tidak dinafikan watak duta amat penting dalam kempen pelancongan. Pun begitu Tourism Malaysia khasnya dan kementerian pelancongan amnya wajib memberitahu dunia apa yang Malaysia have got to offer. Jangan bergantung harap kepada duta semata mata. Tak kiralah duta itu Suarez atau Jennifer Lopez, Angelina Jolie, Beckham. Lebih penting ialah layanan, sajian dan hidangan kepada pelancong yang datang. Apabila mereka puas hati, mereka akan datang lagi. Dan mereka akan ajak kenalan datang juga. Sekali gus mereka jadi duta pelancongan Malaysia.
|
22
Bagus |
14
Marah |
17
Terkejut |
16
Sedih |
10
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT