Kita biasa dengar pasangan yang merantau seluruh dunia dengan cara backpackers. Tapi kita tak pernah lagi mendengar istilah melancong secara percuma atau berkebajikan kan?
Inilah yang dilakukan oleh pasangan dari Jerman, Anna Karg, 25 dan Enoch Orious, 25 yang merantau ke New Zealand tanpa sebarang wang dan hanya mengharapkan sistem barter atau belas ihsan orang ramai.
Mereka memilih untuk makan sisa-sisa sampah dan juga makan percuma di soup kitchen yang disediakan oleh sukarelawan tempatan.
Untuk meneruskan hidup, mereka tidak menerima sebarang derma berbentuk wang tunai sebaliknya menerima makanan yang tidak diperlukan oleh sesiapa sahaja yang bersimpati.
Mereka juga bekerja untuk menyara diri dan kini berusaha mencari bot untuk ke Australia dengan menukarkannya kepada tenaga buruh.
Satu post instagram menunjukkan mereka bersama lelaki bernama Pete yang dijumpai di soup kitchen. Post tersebut dengan kapsyen “Enoch terjumpa $50 ketika mencari sisa makanan dari pusat beli belah. Namun tidak menyimpannya, sebaliknya memberi kepada mereka yang lebih memerlukan.”
Mereka juga kerap tidur di jalanan setelah tidak bertemu tempat tidur percuma di Wellington.
Biarpun kesejukan namun pasangan ini menyatakan mereka tidak mahu menjadi rat race lagi. Mereka mahu nyatakan cinta melebihi wang hingga boleh mengembara tanpa wang.
Pasangan itu kemudiannya ditawarkan tidur di ruang kecil di kedai siber café.
Kaunselor Bandar Wellington, Brian Dawson berkata “Ada perbezaan besar antara percutian murah dan juga menukar gaya hidup seseorang. Pasangan ini membuat keputusan yang jarang-jarang orang lakukan.”
Bagaimanapun, pasangan ini juga menerima reaksi berbeza-beza mengenai tindakan mereka itu, hingga ada yang melabelkan mengambil hak orang tempatan.
“New Zealand mempunyai sumber terhad. Anda berdua memalukan pelancong lain dengan meminta sedekah dan mengambil hak orang tempatan. Sila beli makanan sendiri bila anda mampu pakai telefon pintar!”
Sementara ada yang lain menulis “Awak tak boleh sembarang ambil makanan dari ‘soup kitchen’ sedangkan ramai lagi yang lain dalam kelaparan. Saya tak faham bagaimana awak boleh berbangga dengan diri sendiri?”
Namun Anna dan Enoch menafikannya kerana mereka berada bersama gelandangan lain dan mempunyai nasib serupa.
Namun ada juga yang bersimpati dengan pasangan ini dan mengatakan “Kudos untuk pasangan muda ini yang berani meneroka dunia dengan cara tersendiri – tanpa perlukan percutian mewah."
Kini mereka berharap untuk ke Australia pula bagi melihat
keindahan bumi kanggaru tanpa sebarang duit di tangan seterusnya ke
Negara yang lain pula.
Apa pendapat anda mengenai percutian sebegini? Adakah ia benar-benar percutian percuma atau sebenarnya mendalami hidup insan yang kekurangan? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|