CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Bapa Tidak Sehaluan, Remy Ishak Tidak Mahu Sejarah Berulang

12-2-2018 01:41 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 16372| Komen: 94|Original author: Oleh: Suzy

Umum tahun pelakon Remy Ishak sudah lebih 8 bulan mengikat tali pertunangan dengan usahawan Ezza Yusof. Namun begitu aktor ini mengakui masih belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami. 

Puncanya adalah Remy mahu memastikan masa depannya dirancang dengan baik sebelum mendirikan rumah tangga. 

Mempunyai sejarah hubungan ibu dan bapa yang tidak sehaluan lagi, Remy atau nama sebenarnya Muhammad Zalimei Ishak, 36, berkata dia tidak mahu perkara yang sama terjadi kepada dirinya. 

"Untuk menjadi seorang suami itu, tanggungjawabnya besar bukan hanya untuk menyatukan silaturahhim. Saya seorang lelaki yang mahu memastikan masa depan berjalan dengan lancar.


"Jadi saya merancang untuk semuanya berjalan dengan baik. Saya dari dulu seorang yang mementingkan tanggungjawab menjaga keluarga.

"Saya berasal daripada keluarga yang berpecah-belah dan saya tak nak melalui pengalaman yang sama sebab itu tidak mahu terburu-buru soal kahwin," kata Remy dipetik daripada mStar Online.

Foto dari Ig remyishak
Remy ditemubual oleh wartawan Mstar di Kota Damansara sempena majlis pelancaran pakej percutian Kowamas Holidays bersama kelab peminat untuk bercuti ke Sepanyol.

Seperti pasangan lain yang bertunang, Remy mengakui dia dan tunangnya Ezza atau Roszaliza Yusof juga melalui ujian bertunang seperti pasangan yang lain.

"Biasalah setiap hubungan ada turun dan naik. Itu adalah proses untuk kami mengenali satu sama lain," ujarnya.

Remy mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan pada Mei tahun lalu namun masih belum mempunyai tarikh perkahwinan sehingga kini. - CARI 

Bagus

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 12-2-2018 01:53 PM
bait2 perpisahan dh ade tu
Quote paz 12-2-2018 02:11 PM
Sesuatu sangat ni.

Tapi couple ni macam okay aja. Tapi kadang-kadang tengok mcm tak ngam kelihatan dia orang ni. Tapi kadang-kadang macam sesuai.
Quote CikRoyanners 12-2-2018 02:17 PM
apa2 pn semoga hbgn remy & tunang baik2 saja
Quote xixin5230 12-2-2018 02:19 PM
Lelaki mmg la x kisah
Kesiann pompuan yg menunggu
Klo jd alhamdulillah
Klo x jd, ermmm kesian pompuan
Umr bukannya makin muda...
Klo rasa x sehaluan, bg kptsn awal2...
Quote Aduradura 12-2-2018 02:22 PM
paz replied at 12-2-2018 02:11 PM
Sesuatu sangat ni.

Tapi couple ni macam okay aja. Tapi kadang-kadang tengok mcm tak ngam kelihat ...

“Saya jarang say i love you”
[ig]https://instagram.com/p/Be5Xm2RHsfL/[/ig]

Quote lililen 12-2-2018 02:22 PM
klu rase belum sedia nak galas tanggungjawab sbagai suami, knp bertunang? cannot brain la
Quote bukan_ustazah 12-2-2018 02:22 PM
Blom cukup confident to off from market
Quote docbi 12-2-2018 02:23 PM
ngengade tau bam wemy ni
Quote coyote_ugly0911 12-2-2018 02:32 PM
bukan_ustazah replied at 12-2-2018 02:22 PM
Blom cukup confident to off from market

I pun rase mcm tu.. tetba plk tgh letopss skrg ni drama pakcik tuh kn.. trus rasa mcm oh x bsedia, ramai pminat lari kang..
Quote Oroi8887 12-2-2018 02:35 PM
Lol knp abam mcm ni... Smoga hbgn dgn tunang baik2 je
Quote GigaMom 12-2-2018 02:36 PM
xixin5230 replied at 12-2-2018 02:19 PM
Lelaki mmg la x kisah
Kesiann pompuan yg menunggu
Klo jd alhamdulillah

U dh tulis semua yg ai fkir
Quote paz 12-2-2018 03:02 PM
bukan_ustazah replied at 12-2-2018 02:22 PM
Blom cukup confident to off from market

Kan tengah laku sekarang.

Tapi kasihan lah tunang tu tunggu.
Quote ahlisihircute 12-2-2018 03:04 PM
Nie semua propa je la...kan skrg tgh in ngan gelaran pakcik tu...
Klu ko x kawen...cam mana ko nak rasa pikul tanggungjawab ketua keluarga tu...
Cam mana ko tau  ko akan kekal bhagia seumur hidup or bercerai....
Quote shailyvelera 12-2-2018 03:11 PM
kesian tunang ko remy...tunggu ko lama2....dh mcm pompuan x laku plak..jangan wat main..pompuan skang lelaki xmo bg komitmen diorg cari lain jek.... cinta tolak tepi lu...
Quote doubleA 12-2-2018 03:17 PM
obviously chuols tak bersedia kawen pun bam remy, pity that lady. kalau ragu2, lepaskan lah. nanti sampai masa betul kalau dah jodoh tak kemana.
tapi i don't think that lady pun nak lepaskan remy

kalau dah dua2 pilih untuk berada dalam hubungan no where ni up to them la
Quote MH3707 12-2-2018 03:33 PM
alasan....
Quote BookerT 12-2-2018 03:40 PM
ye nyah..mak tahu episode akhir petang karang..tengah tunggu la ni nak tengok kesudahannya nyah...
Quote qicki 12-2-2018 03:45 PM
dah tu.....motip tunang????.....kesian tunang dia....
Quote umbut 12-2-2018 03:49 PM
Phobia pengalaman masa kecil kot.. nak yg terbaik

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.043791 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top