Semua sudah sedia maklum, tugas seorang guru adalah untuk mendidik para pelajar. Namun tak dapat dinafikan ada sesetengah guru yang tidak dapat mengawal perasaan ketika seseorang pelajar itu tidak dapat memenuhi kehendaknya.
Lebih-lebih lagi apabila pelajar itu memang ada kesukaran dari segi pembelajaran. Inilah yang terjadi apabila seorang pengguna Twitter yang bernama Sazwani meluahkan perasaan tentang nasib anaknya menghidap penyakit Dyscalculia Buat pengetahuan, Dyscalculia adalah sejenis gangguan dari segi pembelajaran yang boleh menjejaskan kemampuan untuk mengira.
Ini luahannya, bacalah. Siapalah yang tak sedih bila cikgu sewenang-wenangnya melabel anaknya sebagai seorang yang pemalas tanpa mengetahui masalah sebenar pelajar itu. Perkongsian ibunya itu telah mendapat pelbagai reaksi dari para netizen. Ada yang bertanya kenapa anaknya tidak dihantar ke pendidikan khas, ini jawapannya: Ada juga yang secara sukarela ingin mengajar anaknya itu secara percuma kerana dia juga pernah melalui situasi itu. Malah tak ketinggalan juga ada yang memberi sokongan kepada anaknya itu dengan kata-kata positif. Setelah dibanjiri dengan pelbagai komen dari para netizen, Puan Sazwani telah mengabdikan kata-kata positif tersebut dengan cara yang paling istimewa. Apa-apa pun harapnya anak itu menjadi anak yang berguna di masa hadapan. Kepada para pendidik, kalau anak murid itu bermasalah tolonglah selidik dahulu mengapa dia sebegitu, janganlah main marah je. Setuju? -CARI
|
19
Bagus |
11
Marah |
9
Terkejut |
7
Sedih |
8
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chikumanis: masa anak aku tadika 6t, cikgu kelas dia duk pukul kepala dia..jenuh la cakap berkali2 yang dia memang slow learner...tapi cikgu tu dukla heboh kata a ...
Rainrein replied at 9-2-2018 04:37 PM
Dia x bagitau dulu ke cikgu anaknye pasal hal ni,xdela cikgu buat macam tu cos cikgu tu dah aware an ...
ADVERTISEMENT