Kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan melahirkan anak abangnya sendiri yang berusia 14 tahun. Memetik Mail Online, bayi lelaki itu dilahirkan di Hospital Virgen de la Arrixaca di bandar Murcia, tenggara Sepanyol pada Jumaat selepas mengadu sakit perut.
Siasatan polis mendapati bapa kepada bayi berkenaan ialah abang kandungnya sendiri yang mana ibu mereka merupakan imigran dari Bolivia. Difahamkan, remaja terbabit berusia 13 tahun ketika adiknya hamil, namun dia tidak akan dikenakan tindakan undang-undang Sepanyol kerana masih di bawah umur. Kanak-kanak itu dan ibu bapanya mendakwa langsung tidak menyedari kehamilannya dan ujian DNA dilakukan bagi mengenal pasti bapa bayi berkenaan.
Ketua pihak berkuasa Kesihatan Wilayah Manuel Villegas berkata, pihaknya masih menyiasat bagaimana hubungan antara dua beradik itu boleh berlaku. Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat dan masih dipantau di hospital berkenaan. - CARI
|
makita replied at 7-2-2018 11:10 PM
Kesian nye....msa 1996 dulu kt area rumah ni..girl sorg ni umo 12 thun..dia ckp kt mak dia..nape per ...
makita replied at 7-2-2018 11:10 PM
Kesian nye....msa 1996 dulu kt area rumah ni..girl sorg ni umo 12 thun..dia ckp kt mak dia..nape per ...
ADVERTISEMENT