Penyanyi popular tanah air, Adira 27 sering mendengar cemuhan orang terhadap dirinya setelah umum tahu dirinya adalah isteri kedua. Terbaru, dia sekali lagi dihentam hebat setelah muncul sebagai muka depan untuk sebuah majalah tempatan. Seorang lagi isteri kedua yang berganding bersama Adira, pelakon Izreen Azminda turut mendapat kritikan hebat. Bagaimanapun kata Adira, 27, dia sudah lali dengan cemuhan tersebut dan dia bertindak berdiam diri supaya kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya berlalu begitu sahaja. "Kalau layan memang sakit hati jadi lebih baik jangan layan kerana lama-lama mereka akan diam sendiri.
"Saya sendiri dah bermacam-macam kontroversi yang saya lalui jadi saya dah lali, katalah apa pun," katanya dipetik daripada mStar Online. Adira dan Izreen menjadi sasaran apabila tajuk muka hadapan majalah itu 'Naluri Isteri Nombor 2' mencetuskan kemarahan ramai wanita kerana ia seolah-olah mengangkat status isteri kedua. Ramai mengecam dan mahu bertindak memboikot majalah tersebut. Sementara itu, Adira berpendapat tajuk tersebut digunakan hanyalah sebagai satu teknik pemasaran untuk melariskan jualan. "Bukannya saya minta tajuk begitu tetapi saya secara peribadi tiada masalah dengan pemilihan tajuk tersebut. "Tetapi saya faham isu melibatkan poligami memang perkara sensitif dalam kalangan masyarakat," ujarnya. Adira juga memberitahu dia yakin Izreen seorang yang tabah dan kuat dalam mengharungi kecaman netizen terhadapnya. "Saya pernah lalui perkara sama sebelum ini dan rasa kasihan juga dengan Izreen kerana teruk dihentam netizen. Tetapi saya tahu Izreen seorang wanita yang kuat dan tabah," katanya. - CARI |
9
Bagus |
1
Marah |
10
Terkejut |
8
Sedih |
4
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT