CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Hot Chocolate Pun Agenda Freemason" - Reaksi Dr Amalina Terhadap Ust Auni

6-2-2018 02:10 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 27684| Komen: 94|Original author: Oleh: Khair

Terkenal dengan keyakinan diri yang tinggi serta kebijaksanaan dalam akademik dan kerjaya membuat ramai orang menjadikan Dr Amalina Che Bakri sebagai sumber inspirasi dan berbangga dengan dirinya.




Dr Amalina juga aktif di laman sosial selain sering berkongsi motivasi dan pelbagai tips untuk golongan muda contohi. Namun begitu, masih ada segelintir individu mempunyai pandangan negatif terhadapnya. 

Baru-baru ini, telah tular sebuah video ceramah Ustaz Auni yang terkenal dengan pembongkaran berhubung isu konspirasi Freemason. Menerusi video tersebut, Ustaz Auni memberi contoh Dr Amalina adalah salah seorang korban konspirasi Freemason.


Foto: IG Amalina Bakri

Selain itu, terdapat beberapa nama bijak pandai lain seperti Sufiah Yusof, Adi Putra dan Ainan Celeste Hawley turut disebut ustaz Auni.



Tidak cepat melatah, Dr Amalina menyifatkan video tersebut sebagai sesuatu yang melucukan dan mempersoalkan sama ada Ustaz Auni benar-benar seorang ustaz. 



Beliau juga berasa sedih apabila ada golongan agamawan menjadikan teori konspirasi freemason sebagai modal untuk berdakwah.

Sekadar ingin bergurau, Dr Amalina turut memuat naik gambar secawan coklat panas dengan kapsyen "hot chocolate pun agenda freemason juga tau".


Foto: Twitter

Namun begitu, ada netizen menyelar kehidupan Dr Amalina yang nampak agak kebaratan dengan pakaian mengikut fesyen terkini selain menyokong dakwaan Ustaz Auni kerana bagi mereka, mungkin secara tak sedar Dr Amalina telah terpengaruh dengan konspirasi freemason itu.



Apa-apa pun, untuk menegur seseorang itu biarlah dengan cara yang berhemah dan berlemah lembut. - CARI
3

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 6-2-2018 02:23 PM
Ilum nate bghuk
Quote krustykrab 6-2-2018 02:33 PM
kuman seberang laut nampak, gajah depan mata boleh tak nampak

apa beza cara berpakaian dia dgn yg duk ada kat msia ni? pasahsuarsendat, norabiskutdanish, ramonazamzamalakazam,marionpewarissipinaza, jijibinibung,vivyitik to name a few

cer tgk tv saja, drama lakonan polygamist tersohor ->agenda freemason jgk kut
Quote krustykrab 6-2-2018 02:35 PM
agak scary rupa beliau
Quote insulin 6-2-2018 02:36 PM
Make-up agak tebal. Kalau make-up nipis, memang nampak cantik di mata aku.
Quote missinpiece 6-2-2018 02:49 PM
Banyak lg isu depan mata nak diambil perhatian. Benda2 remeh jugak yg disibukkan.
Bg me Amalina just jadi diri sendiri. Trying to live her life to the fullest. Moga2 suatu hari akan diberi hidayah kepadanya, utk menjadi seorg muslimah sempurna.
Quote MeghanK 6-2-2018 03:06 PM
hipokrit la netizen..cer tegur anak bini mak akak adik sendiri dulu sebelum nak tegur orang
Quote mizruncing 6-2-2018 03:16 PM
hurm kesian plak tgk dia ni. x habis2 kena kecam
Quote abangadek 6-2-2018 03:19 PM
dia salah tapi yang menegur tu dh selidik betul2 ke?
Quote Victorioussss 6-2-2018 04:03 PM
Nowdays bimbo pun ade doctrate. How sad
Betulah, ia tiada ditepian pantai. Highly educated pn xmnjamin bijak dunia akhirat

Maybe kalau dia blaja ilmu fitan dan kaji sejarah dunia bole fhm kot
Quote WhiskeyScotch 6-2-2018 04:16 PM
Team Dr. Amalina all the way. Semoga Dr. Amalina terus success dalam kehidupan.

Jangan sibuk sangat perlekeh orang. Perlekeh dia tak tutup aurat, freemason bagai. Jangan nanti satu hari, kau jatuh sakit dan  perlukan pembedahan, Dr. Amalina ni yang jadi doktor pakar bedah kau. Jangan nanti yang kau perlekeh tak tutup aurat tu lah yang selamatkan nyawa kau.

I bangga dengan kejayaan dia jadi surgeon sebab bukan senang ye nak jadi surgeon. Semoga rahmat Tuhan sentiasa buat Dr. Amalina.
Quote noni165 6-2-2018 04:22 PM
kagum dgn ustaz auni ni...pengetahuan dia sgt luas..siapa yg xpercaya freemason ni terpulang..benda tu dh lama.sedikit2 meresap smpai org xsedar..
Quote azimodin 6-2-2018 04:33 PM
noni165 replied at 6-2-2018 04:22 PM
kagum dgn ustaz auni ni...pengetahuan dia sgt luas..siapa yg xpercaya freemason ni terpulang..benda  ...

Ramai je kat sini yang percaya pasal freemason termasuk la iouls. tapi adakah benar perubahan Dr Amalina ni berkait dengan freemason? kalau dia sendiri yang nak berubah bukan ke tu dah dikira fitnah. Kalau aku jadi Dr Amalina pon aku marah..
Quote chinta89 6-2-2018 04:42 PM
x pyh nk petik amalina sgt la... ni yg retis2 kebaratan x mo tegur ke???

mmg amalina ramai yg jadikan idola so kite paham x nk pembawakannya diikuti generasi muda tp pendapat iols la, retis lagi besar impak dia ok kat remaja!
Quote palmolive 6-2-2018 04:50 PM
hehe..mentang2 org lawa...
sokong ajer
Quote manjalara_01 6-2-2018 05:06 PM
Edited by manjalara_01 at 6-2-2018 05:09 PM
azimodin replied at 6-2-2018 04:33 PM
Ramai je kat sini yang percaya pasal freemason termasuk la iouls. tapi adakah benar perubahan Dr A ...

terang2 dah fitnah/hukum org lain...sorry Nabi i x pernah ajar bab2 fitnah org lain...
nampak sgt ajaran sesat...lagi ade yg "terpukau"..dgn ajaran mcm ni??..

memalukan Islam & umat Islam...M'sia...eh, u all x buat CSI ke psl Ustaz ni? Tulen ke Fake.?
Quote azimodin 6-2-2018 05:19 PM
manjalara_01 replied at 6-2-2018 05:06 PM
terang2 dah fitnah/hukum org lain...sorry Nabi i x pernah ajar bab2 fitnah org lain...
nampak sgt ...

kalau x silap ustaz yang legit tapi ni first time iouls dengar ustaz bercakap pasal Amalina berkait dengan freemason. Kalau madonna ke, britney spears ke, MJ ke ada la jugak.
Quote kisahkeaku 6-2-2018 05:30 PM
i percaya pasal freemason.tp kalau dr amalina ni i x rasa dia freemason.tu mmg sbb dia yg nk jd mcmtu.even masa kat mesia ni pun dia jenis on off tudung.
Quote manjalara_01 6-2-2018 05:39 PM
azimodin replied at 6-2-2018 05:19 PM
kalau x silap ustaz yang legit tapi ni first time iouls dengar ustaz bercakap pasal Amalina berkai ...

baru google tadi...thanks..kira u follow ceramah die la sebelum ni??
i x pernah..x tau pun psl die...tgk jap tadi...x interested....same like x interested dgn Ustaz AI...


https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/285060/zakir-naik-malaysia
Antara ceramah sering kali menerima pujian adalah sejarah berkaitan kapal Titanic, Freemason, The Da Vinci Code, fitnah akhir zaman, kemunculan dajjal, Yakjuj dan Makjuj serta Daish dan Syiah.

Berikutan itu, guru agama di Sekolah Kebangsaan Seri (SK) Relau, Jalan Paya Terubong, Bayan Lepas, Pulau Pinang berkenaan menerima pujian ramai netizen yang menganggap ilmunya begitu menakjubkan.



Quote salmon-suki 6-2-2018 06:01 PM
Makin pelik tgk rupa dia ni..huhu
Baidewei,utz auni ni sapa?psl freemansori semua tu dia ada bt research mendalam ke?apa kelulusan dia?y set2 dia sebut tu semua kecundang dgn nafsu sendiri,drpd pk cara atasi konspirasi theory,better pk cara nk kawal nafsu dulu..isu sekeliling masih xdpt dicegah,sebok nk tangani konspirasi teori ni..y tu siasat mendalam dulu,dah cukup bukti baru keluarkn statement,x memasal kn dah memfitnah deme2 tu..hmmm

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.062707 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top