Selain kerjaya dan keluarga, apa yang anda ingin capai dalam hidup? Mungkin ada yang kata mahu kaya dan sukses. Terlalu umum pula. Menurut portal Insider, ini antara yang perlu anda capai sebelum umur 30 bagi melengkapkan hidup anda.
1) Keluar dari zon selesa Berpindah ke tempat baru adalah cara terbaik untuk anda keluar dari zon selesa. Mungkin berpindah rumah atau negeri untuk mempelajari budaya baru. 2) Berhenti kerja yang anda benci biarpun tiada ‘backup plan’ Bunyinya menakutkan tapi umur 20an adalah masa terbaik untuk melakukannya. Lakukan sesuatu yang berbeza dan paling penting capai impian dalam kerjaya anda. 3) Raikan rakan-rakan dengan air tangan anda sendiri Sekurang-kurangnya anda perlu tahu memasak menu kampung dan menu barat sebelum berusia 30 tahun. Tunjukkan juga kepakaran anda mengendalikan rakan-rakan yang pelbagai kerenah.
4) Ambil cuti tahunan untuk mengembara 6) Makan malam berseorangan di restoran Ia paling sesuai untuk lelaki ya. Bukanlah bermakna anda tiada kawan sampai terpaksa solo di khalayak ramai, tapi ia juga mengajar untuk lebih berdikari. Jadi, boleh perhatikanlah kerenah manusia ya. 7) Hadiri majlis korporat Yang menetapkan etika pakaian seperti tuxedo untuk lelaki dan gaun hitam untuk wanita. Pelajari cara makan yang betul di meja dengan mengenali fungsi setiap sudu. Ini pengalaman yang menyeronokkan. 8) Mulakan bisnes kecil-kecilan
Sementara masih muda, masih ‘single’ yang belum banyak ikatan dan komitmen, lakukan sesuatu yang mencabar seperti bisnes kecil-kecilan misalnya. Lebih awal bermula, lebih awal anda akan menempuh banyak kesilapan, jadi ada masa untuk perbaiki ya. 9) Jadi mentor atau sukarelawan Ia penting supaya anda tidak terlalu mengejar duniawi semata-mata. Jadi ketua di tempat tinggal anda atau jadi sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi manfaat kepada ramai orang. 10) Bayar hutang belajar Kerja bagus pun tak bermakna kalau tak boleh bayar hutang belajar kan? Mungkin ada rasa skeptikal kerana merasakan ia hak anda tapi fikir positif ia mampu menolong pelajar lain yang sedang bergelut dengan masalah kewangan. 11) Belajar bahasa kedua Tidak terlambat sebenarnya untuk belajar bahasa lain. Selain bahasa ibunda dan Inggeris, Mungkin boleh belajar Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Korea dan lain-lain mengikut kemampuan anda sendiri. 12) Baca satu buku setiap minggu Dengan adanya gajet di tangan, memang susah untuk mencapai matlamat ini. Tapi mungkin boleh ditukarkan kepada satu buku setiap bulan? Lebih mudah kan? 13) Berhenti merokok Jika anda tidak berhenti merokok ketika berumur 30 tahun, sebenarnya lagi sukar untuk menghentikan habit buruk ini. Malahan ia mendorong penyakit kronik.Jadi, boleh capai tak antara 13 idea ni? Kalau dapat capai kesemuanya bagus, kalau tak, separuh pun jadi lah ya!. - CARI |
24
Bagus |
10
Marah |
22
Terkejut |
21
Sedih |
20
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
palmolive replied at 28-2-2018 02:50 PM
semua tu dah buat sebelum umur 30
ADVERTISEMENT