Isu keselamatan anak-anak tidak pernah sunyi. Ada sahaja kes yang melibatkan anak-anak yang sentiasa berada dalam situasi bahaya. Keselamatan anak-anak bukan sahaja di luar rumah tetapi di dalam rumah juga dan pasti ianya menjadi tanggung jawab ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil perlu lebih peka dan tidak boleh lalai tentang perkara-perkara yang melibatkan keselamatan. Banyak kes anak lemas dalam baldi, terjatuh dari beranda rumah, tersimbah air panas dan sebagainya. Perkara tersebut sangat menyayat hati. Lebih bahaya dan seakan tidak masuk akal, ada anak yang dibiarkan merangkak dari rumah sehingga ke jalan raya. Kisah ini tular di media sosial dan menerima pelbagai kecaman dan pendapat daripada netizen. Kes sebegini jarang-jarang berlaku di negara kita dan kisah tular ini juga sebenarnya berlaku di Thailand.
Memang sangat-sangat bahaya. Anak yang masih kecil akan bergerak ke mana sahaja jika tidak dijaga dan dikawal pergerakannya. Pantang je nampak pintu rumah terbuka, cepat je anak-anak tu keluar. Kalau tak kena langgar dengan kenderaan, mungkin kena culik dan sebagainya. Ada netizen yang bengang dengan sikap ibu bapa kanak-kanak tersebut. Boleh mereka tidur mati dan tak sedar anak merangkak sejauh itu. Netizen yang ada pengalaman anaknya hilang dalam rumah turut berkongsi cerita. Kadang-kadang ada ibu yang tak sangka anaknya bangun dari tidur dan terus merayap ke mana-mana. Apa-apa pun, kalau dah ada anak kecil tu, kenalah sentiasa beringat. Kalau kes sebegini terjadi atas kecuaian diri sendiri, mungkin tidak begitu terasa salah sendiri. Bayangkan kalau terjadi semasa anak dibawah jagaan pengasuh atau taska, mahunya di saman. Semuanya berbalik kepada tanggung jawab dan amanah.- CARI |
Bagus |
2
Marah |
2
Terkejut |
13
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 5-2-2018 02:19 PM
ini menunjukkan persekitaran tempat tu aman tak ada perompak pencuri..
tido mati pun tak kisah pint ...
prettyuglybabe replied at 5-2-2018 02:19 PM
ini menunjukkan persekitaran tempat tu aman tak ada perompak pencuri..
tido mati pun tak kisah pint ...
manehnya replied at 5-2-2018 03:43 PM
kt penang pun ada .. beberapa tahun lepas, waktu tengahari.. tgh dok syok2 sembang dlm keta tetiber ...
ADVERTISEMENT