Dato Fazley Yaakob sememangnya terkenal dengan bakat menyanyi, berlakon dan bakat terpendamnya memasak sehingga memenangi gelaran masterchef selebriti Malaysia.
Kini beliau mencuba nasib dalam bidang masakan dengan membuka restorannya iaitu SukaSucre Bistro. Salah satu menu di sana menarik perhatian netizen iaitu pencuci mulut yang dikatakan ala-ala shellout dan diletakkan di atas meja serta dilukis secara 'live' di atas meja. Pun begitu, video Dato Fazley sedang membuat 'deco' dessert di atas meja tersebut yang dimuatnaik di Twitter mendapat pelbagai respon dari netizen.
Salah seorang netizen yang juga merupakan chef berasakan perkara tersebut sebagai satu penghinaan terhadap culinary world. Malah, ramai yang bersetuju dengan mengatakan 'geli' dengan warna dan pelbagai kek serta dessert lain dicampur-aduk. Perkara ini mendapat respon dari Dato Fazley dan menyifatkan mereka 'hati hangus' dan tidak membuat research sebelum bercakap. Ada yang menyifatkan Dato Fazley tidak dapat menerima kritikan yang diberi. Dalam bidang sebegini haruslah ada yang mengkritik dan ada yang memuji untuk perbaiki kesilapan. Apa pendapat anda tentang dessert atas table ini? - CARI
|
whadda replied at 5-2-2018 02:01 PM
takde ke video shelloutnye
Victorioussss replied at 5-2-2018 08:28 PM
Sebijik mcm bagi ayam makan
Atleast shellout takdela campak mengolek golek camtu
manjalara_01 replied at 5-2-2018 07:45 PM
kan? knp la x letak skali..copy paste je pun..
ADVERTISEMENT