Polis tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang terbabit jenayah. "Tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka didapati melanggar undang-undang dan peraturan sedia ada tanpa menyebelahi mana-mana pihak."
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata sedemikian ketika mengulas mengenai penangkapan pegawai kanan polis yang disyaki memiliki kenderaan curi. Memetik BH Online, penangkapan suspek berusia 34 tahun itu dilakukan kelmarin di Sabak Bernam hasil maklumat dan risikan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman berhubung pemilikannya ke atas Toyota Estima yang dilaporkan hilang di Butterworth, Pulau Pinang pada 2013.
Tambah Mazlan, polis menemui kenderaan terbabit di rumah suspek yang kemudian dirampas untuk siasatan. "Pasukan serbuan menahan lelaki ini kerana gagal memberi keterangan berhubung kenderaan dimilikinya itu. "Hasil ujian saringan air kencing ke atas lelaki itu didapati negatif," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri kenderaan bermotor. - CARI
|
7
Bagus |
3
Marah |
6
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ifanonline replied at 5-2-2018 07:24 AM
guna lah motto 'ramai anak-anak polis tak menjadi'
motto ini perlu disemadi pd setiap anggota pol ...
CiliPadiSedap replied at 5-2-2018 08:40 AM
akak dh semak dik, pegawai berkenaan bukan andartu. lega akak ahli persatuan masih jaga nama baik ...
CiliPadiSedap replied at 5-2-2018 08:40 AM
akak dh semak dik, pegawai berkenaan bukan andartu. lega akak ahli persatuan masih jaga nama baik ...
prettyuglybabe replied at 5-2-2018 10:15 AM
kereta jumpa simpan balai dia guna ye..
agaknya nak balik kampung raya cina nanti..
baru la nampak ...
ADVERTISEMENT