“Terkejut apabila melihat gambar wajah saya secara tiba-tiba jadi tular dan menerima pelbagai kecaman daripada netizen.
“Ia membuatkan saya takut dan trauma berkongsi gambar di media sosial." Itulah yang dikatakan oleh Nur Asyikin Ibrahim, 30 yang menjadi mangsa selepas gambarnya digunakan oleh individu lain bagi mencipta akaun Facebook palsu. Memetik laporan Harian Metro, gambar Nur Asyikin tular sejak kelmarin selepas akaun palsu itu digunakan untuk menghina penunggang motosikal yang sekaligus mengundang kemarahan netizen. “Selepas diselidik, saya dapati ada tiga akaun palsu menggunakan gambar yang dicuri dari Facebook saya.
“Satu daripada akaun terbabit menggunakan nama Nurul Sakinah Samad dan pemilik akaun itu didapati dengan sengaja memuat naik status tidak baik sehingga mendatangkan kemarahan netizen. Akibatnya saya yang menjadi mangsa. “Malah, ada antara netizen turut melemparkan perkataan kesat dan ugutan terhadap saya kerana menyangka gambar profil digunakan akaun berkenaan adalah wajah sebenar pemilik akaun Facebook itu,” katanya. Katanya lagi, dia tidak menyangka individu tersebut sanggup menggunakan gambarnya sehingga menyebabkan aib kepada dirinya. “Saya tidak tahu apa tujuan sebenar pemilik akaun palsu terbabit berbuat demikian sedangkan saya tidak menyakiti atau bermusuhan dengan sesiapa pun,” katanya. Sehubungan itu, wanita ini sudah membuat laporan polis di Balai Polis Pengkalan Chepa Kelantan, semalam. - CARI
|
2
Bagus |
4
Marah |
13
Terkejut |
2
Sedih |
2
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 5-2-2018 12:42 PM
nsb la iols xde fb/ig/twidder
kt profile wasap pn xletak gmba sendiri
oppol replied at 5-2-2018 04:56 AM
Kalau tak suka gambar kau di gunakan orang lain,kenapa guna gambar orang?..
oppol replied at 5-2-2018 12:56 PM
Kalau tak suka gambar kau di gunakan orang lain,kenapa guna gambar orang?..
samasam90 replied at 5-2-2018 01:09 PM
dia guna gambar kartun, quote atau pic nature kot.. every profile, tak bermakna perlu letak gambar ...
TuntungReturn replied at 5-2-2018 01:22 PM
pompuan mmg perangai cm tu. kejap2 tukar gambar.konon nk suh org puji la tu. eeee..comelnya sis.eeee ...
kucen_miang replied at 5-2-2018 04:48 PM
sib baik gambar kucen. ada member guna gbr katun dinosor..aman2 jer.
@dinopower2
ADVERTISEMENT