Setiap apa yang berlaku, baik cepat atau lambat pasti ada hikmah di sebaliknya. Dan, setiap keputusan yang diambil kita pada masa kini membawa kesan kepada diri kita pada masa hadapan.
Begitu juga yang berlaku di Australia apabila sepasang suami isteri Alex Powell dan Vi dikurniakan dengan cahaya mata. Namun, bayi yang baru dilahirkan itu digelar sebagai bayi paling tua di dunia. Eh, mengapa pula?
Ini kerana bayi tersebut lahir hasil daripada sperma Alex yang disimpan dan dibekukan semenjak tahun 1990 lagi, pada ketika Alex baru berusia 15 tahun. Alex yang pada ketika itu menderita sakit 'Lymphoma Hodgkin' atau kanser limfoma pada sel darah putih yang memerlukannya untuk menjalani rawatan kemoterapi bagi membunuh sel-sel kanser tersebut. Ibu tiri Alex iaitu Patricia mencadangkan anak tirinya itu untuk pergi ke bank sperma bagi menyimpan benih tersebut sebelum menjalankan rawatan kemoterapi. Patricia mendapat idea tersebut setelah bertemu dengan seorang wanita yang juga ibu kepada pesakit kanser ketika membawa Alex untuk mendapatkan rawatan tentang penyakitnya. Wanita tersebut menasihatkan Patricia untuk membawa anak tirinya ke bank sperma dan menyimpan benihnya di sana sebagai persediaan masa hadapan. Ternyata, ianya merupakan sesuatu yang sangat berguna kepada Alex kerana dia disahkan tidak subur akibat daripada rawatan demi rawatan yang diterimanya bagi melawan kanser yang dihidapi. “Sebenarnya tidak pernah terlintas dalam fikiran saya tentang sperma yang dibekukan itu, sehingga saat kami menginginkan anak. Saya ada sikit keraguan adakah sperma yang berusia lebih dari 20 tahun itu masih boleh digunakan.” Kata Alex. Disebabkan keinginan untuk memiliki anak sangat tinggi dalam diri Alex dan isterinya, Vi, maka pada akhir tahun 2013 mereka telah pergi ke bank sperma untuk melakukan proses bayi tabung uji. Nasib mereka agak baik apabila persenyawaan tersebut berjaya dan mereka berjaya memiliki anak yang diberi nama Xavier Powell yang kini sudah pun berusia 3 tahun. Menakjubkan, kan? Malaysia ada tak buat bank sperma macam di Australia?-CARI
|
16
Bagus |
27
Marah |
13
Terkejut |
27
Sedih |
26
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
supernaturalee replied at 5-2-2018 01:27 PM
jemput setad setazah komen sepatah dua kata
merrissa replied at 5-2-2018 01:46 PM
okay je kot....sperma dia..bini dia..lagipon dia sakit...bukan sebab nak tukar jantina ke apa .. ...
Setiap apa yang berlaku, baik cepat atau lambat pasti ada hikmah di sebaliknya. Dan, setiap keputusan yang diambil kita pada masa kini membawa kesan kepada diri kita pada masa hadapan.
cmf_premierleag replied at 6-2-2018 12:45 AM
Me sungguh sebak bila mana keadaan kesihatan alex smkn teruk lps rawatan kanser
Mmg kalau di ...
jahcomel replied at 6-2-2018 09:42 AM
bagus mak tiri dia kn kak...bukannya mcm mak tiri kt msia sanggup bsubahat ngn somi bunuh anak tir ...
RatuDunia94 replied at 7-2-2018 01:27 AM
Bank Sperma tu camno? Heols g kaunter bank pastu lanchhh depan akak kaunter pastu pancut kt dlm boto ...
ADVERTISEMENT