Sering kali kita dengar tentang keburukan minuman berkarbonat. Tetapi, ramai tidak mengendahkannya dan memandang enteng isu itu hingga sukar meninggalkan tabiat tersebut. Haish! Susah betul ni. Jom lihat artikel yang dipetik dari Astro AWANI ini.
Apa yang boleh berlaku jika ketagih minuman berkarbonat?
Kesan dari ketagihnya, Michael Sheridan, 32, kehilangan sebanyak 27 batang giginya kerana rosak. Difahamkan, dia minum sekurang-kurangnya enam liter air berkarbonat setiap hari. Banyak tu! Mengalahkan air putih pula, macam mana tak rosak giginya. Akibat kehilangan gigi, dia terpaksa memakan makanan lembut sahaja selama lebih sepuluh tahun bagi menahan kesakitan yang dideritanya. Hilang satu kenikmatan untuk dia makan makanan lain yang enak dan lazat. Pun begitu, dia tetap mengerang kesakitan walaupun sekadar memakan roti. Michael tahu, jika berjumpa doktor dia pasti akan disarankan agar berhenti daripada meminum minuman tersebut. Malangnya, dia tidak boleh berhenti! Nasib menyebelahinya apabila dia mempunyai seorang rakan yang juga seorang doktor gigi dan mahu menanggung pembiayaan perubatan bagi menggantikan gigi rosak dengan gigi palsu yang tinggi kosnya. Pada November tahun lalu, Michael menjalani rawatan giginya dan kini dia memiliki sebaris gigi yang cantik berkilau! Buat peminat tegar air berkarbonat di luar sana, kurangkanlah pengambilan air bergas tersebut dan pantaulah anak-anak anda kerana banyak keburukan dari kelebihan meminum air berkarbonat ini. - CARI
|
9
Bagus |
14
Marah |
5
Terkejut |
20
Sedih |
5
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT