Sukan bola sepak sememangnya mempunyai masa depan yang cerah kepada sesiapa yang berjaya menjadi pemain profesional. Ditawarkan dengan gaji dan insentif yang menarik, mereka yang berkecimpung dalam area bola sepak kebiasaannya akan menyambung kontrak sebagai pengurus, jurulatih dan pelbagai jawatan berkaitan sukan bola sepak. Namun terdapat juga para pemain yang terkenal tidak menyambung kontrak dalam dunia bola sepak. Mari kita lihat, apakah pekerjaan unik mereka selepas bersara dari dunia bola sepak.
1. Aktif dalam sukan Jijutsu selepas menang piala dunia 1998 Siapa tak kenal Bixente Lizarazu yang memainkan watak penting dalam arena bola sepak di Perancis. Beliau berjaya membantu pasukannya memenangi piala dunia pada tahun 1998 dan juga kejohanan Euro 2000. Selepas beliau menyarung jersi Bayern Munich, pencapaiannya dalam bola sepak menjadi ikon dan sukar ditandingi para pemain lain. Beliau memenangi kejohanan tali pinggang biru kategori dewasa 1 dalam pertandingan Jiujitsu dalam peringkat Eropah pada tahun 2009, Bixente Lizarazu meneruskan aktiviti Jiujitsu sehingga dianugerahkan tali pinggang hitam pada tahun 2016 selepas 7 tahun mempelajari seni bela diri itu.
2. Cuba nasib dalam bidang politik Bekas pemain AC Milan, Andriv Schevhenko menduga lautan kerjaya dalam bidang politik dengan mewakili parti "Ukraine-Forward" serta menjadikan parti itu parti yang terbesar membelanjakan kempen isu gaji minima di Ukraine. Schevchenko menolak menjadi jurulatih kebangsaan Ukraine selepas bersara dari arena bola sepak pada tahun 2012. Walaubagaimanapun, parti yang diterajui orang nombor 2 ini tidak memenangi pilihanraya Ukraine dan hanya mendapat 1.58% undi sahaja. Pada 2013, Schevchenko mengumumkan beliau mahu menjadi pemain golf, tetapi atas prestasi hambar dalam penampilan pertama menjadi penghalang. 3. Jadi detektif selepas menjadi pemain pertahanan Liga Perdana Inggeris Arjan De Zeeuw yang menjadi pemain bagi beberapa pasukan dalam Liga Perdana Inggeris ini melepaskan ijazah kedoktorannya selepas menjadi pemain bola profesional. Walaupun beliau berpeluang untuk menyambung pengajiannya, pilihan menjadi anggota polis menjadi keutamaannya selepas bersara dari arena bola sepak. Bukan sembarangan anggota polis, beliau memilih menjadi seorang detektif yang khusus untuk penyeludupan manusia dan pengedaran dadah di Belanda. Niatnya khusus untuk berkhidmat dengan negara tercinta. Walaupun begitu, Arjan masih menjadi pemain bola sepak dan menjadi kapten pasukan kepada pasukan bola sepak kebangsaan polis Belanda. 4. Dulu penjaga gol, sekarang atlet gusti Siapa sangka yang bekas penjaga gol Jerman ini menjadi ahli gusti selepas tamat kontrak dengan kelab bola sepaknya. Tim Wiese ditawarkan menjadi watak jahat dan bergandingan dengan dua nama besar seperti Triple H, Cesaro serta Sheamus. Diberi gelaran 'The Machine' Tim dan pasukan pernah memenangi pertarungan 3 lawan 3 dalam di WWE. Semasa kontraknya hampir tamat, beliau memanfaatkan masa yang ada untuk membina otot sebelum memasuki area gusti profesional. 5. Siapa sangka dulu pemain liga Sepanyol, kini DJ tekno Gaizka Mendieta adalah legenda dalam pasukan Sepanyol pada awal tahun 2000 kerana berjaya mengawal tempo permainan dengan baik. Bekas pemain termahal di dunia ini mempunyai niat untuk menjadi seorang disc jockey yang telah lama dipendam. Bermula secara senyap, beliau kini dikenali sebagai DJ Mendieta dan pada tahun 2016, acara Chammpions Event menganjurkan acara promosi dengan DJ Mendieta sekali meraikan perlawanan akhir bola sepak Champions Leage antara Real Madrid dan Athletico Madrid. -CARI
|
8
Bagus |
6
Marah |
11
Terkejut |
2
Sedih |
8
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT