Selain melawat tapak bersejarah dan membeli-belah, salah satu pengalaman terbaik ketika bercuti ialah menghadiri festival atau acara tempatan. Cara ini membolehkan anda belajar tradisi tempatan dan juga meneroka tempat baru.
Jika anda ada perancangan bercuti ke tempat-tempat yang disenaraikan di bawah dari sekarang hingga bulan Jun, jangan lupa hadiri festival-festival yang disenaraikan ini ya! Festival: Hot Spring and Fine Cuisine Festival Lokasi: Taipei, Taiwan Tarikh: Sekarang hingga 30 Jun 2018 Terdapat banyak kolam air panas di Taiwan dan 5 antaranya terletak di Taipei. Festival ini biasa diadakan beberapa bulan dalam setahun.
Pengunjung boleh berendam dalam kolam air panas sambil menyaksikan persembahan, menikmati makanan tempatan dan juga mengikuti aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan. Festival: Pameran Tanglung Tahun Baru Cina Lokasi: Hong Kong Tarikh: 9 Febuari - 4 Mac 2018 Jika anda merancang untuk menyambut Tahun Baru Cina di luar negara, Hong Kong adalah destinasi paling tepat untuk anda kunjungi. Pada tahun ini Hong Kong akan mengadakan pameran dan paparan tanglung di Pusat Kebudayaan Piazza. Acara akan berlangsung pada pukul 6 petang namun anda dinasihatkan datang lebih awal. Festival: Phuket Old Town Festival Lokasi: Phuket, Thailand Tarikh: 23 - 25 Febuari 2018 Acara ini diadakan setiap tahun untuk meraikan dan memelihara keunikan budaya di sini. Sepanjang festival berlangsung, jalan-jalan utama di Old Town Phuket akan bertukar menjadi laluan pejalan kaki di mana pelbagai persembahan akan diadakan setiap hari termasuklah tarian tradisional dan persembahan ‘Baba Light’. Manakala di sepanjang terusan berdekatan akan terdapat banyak gerai makanan dan pengalaman menaiki bot secara percuma! Festival: Blooming of the weeping cherry tree /Bunga Sakura Lokasi: Tokyo, Jepun Tarikh: 21 Mac - 5 April 2018 Taman Rikugi-en Tokyo terkenal dengan pokok-pokok Weeping Higan Cherry atau sakura. Dahan-dahan pokok ini kebiasaannya mencapai sehingga 7 meter panjang dan akan dilitupi bunga-bunga sakura pada akhir Mac sehingga awal bulan April (musim bunga). Taman tradisi abad ke-17 ini akan dibuka sehingga pukul 9 malam dan lampu-lampu akan menghiasi taman ini sekaligus mewujudkan suasana yang cukup indah dan romantis. Festival: Songkran Songkran adalah merupakan festival Tahun baru bagi negara Thai. Kebiasannya penduduk tempatan akan melawat kuil untuk bersembahyang pada sebelah pagi dan selepas bersembahyang mereka akan memulakan ritual siram air pada patung-patung Buddha dan ahli keluarga. Jalan-jalan utama di Bangkok juga akan meriah dengan acara ini malah beberapa hotel turut mengadakan parti bertemakan Songkran di kolam-kolam renang sepanjang festival ini. Kedengaran sungguh mengujakan hati, bukan? Pilih festival yang anda idamkan dan rancanglah dari sekarang! -CARI
|
11
Bagus |
27
Marah |
21
Terkejut |
8
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT