CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wajib Tahu! 6 Punca Lain Penyebab Sakit Hati Selain Dari Pengambilan Alkohol..

2-2-2018 12:27 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 4502| Komen: 2|Original author: Oleh: Amiey

Hati merupakan organ yang penting dalam sistem tubuh. Ianya termasuklah untuk proses pencernaan. Namun cara penjagaan organ ini jarang diperkatakan berbanding dengan jantung, paru-paru dan buah pinggang. 


Malah, ramai yang beranggapan hanya pengambilan alkohol yang berlebihan boleh merosakkan hati, tetapi sebenarnya banyak lagi faktor lain yang boleh mengganggu fungsi hati. 



Tapi, jangan keliru, sakit pada organ hati langsung tidak bersangkut paut dengan sakit hati yang berkait dengan jiwa ye!

Untuk pengetahuan anda, hati berfungsi untuk menapis toksin yang terdapat di dalam badan kita dan apabila racun ini terkumpul dari masa ke masa, ia pastinya boleh memudaratkan kesihatan tubuh.


Selain mengambil terlalu banyak alkohol, berikut adalah faktor lain yang boleh merosakkan hati:

1) Makan makanan yang diproses

Sumber: Fb Green Mom
Makanan yang dipelihara mengandungi banyak lemak dan pengawet untuk mengekalkan tarikh luputnya. Bahan kimia ini boleh menyebabkan kerosakan oksidatif pada hati anda.

Keadaan yang disebut hati berlemak adalah hasil memakan terlalu banyak kalori dari lemak dan karbohidrat.
 
2) Gaya hidup yang tidak aktif
Sumber: Carian Google
Aktiviti fizikal menyebabkan tubuh anda menggunakan tenaga daripada karbohidrat dengan lebih berkesan. Gaya hidup yang tidak aktif menghalang hati anda untuk berfungsi dengan lebih baik.


3) Mempunyai terlalu banyak lemak badan

Sumber: Carian Google
Apabila anda mengambil makanan yang diproses terlalu banyak dan tidak melakukan aktiviti fizikal, anda adalah calon utama untuk  masalah kepada penyakit obesiti. Menghidap obesiti merupakan sesuatu yang buruk bagi hati kerana ia menyebabkan pengupulan lemak, yang boleh menyebabkan keradangan.

Keadaan ini dipanggil steatohepatitis bukan alkohol (NASH) dan apabila tidak dirawat, ia boleh menyebabkan sirosis atau kegagalan hati dan kanser hati.

 
4) Mengambil ubat penahan sakit dengan terlalu kerap

Sumber: Carian Google
Dengan mengambil beberapa Tylenols apabila anda tidak dapat menahan rasa sakit itu adalah baik. Tetapi jangan lakukannya dengan kerap – ia mengandungi Acetaminophen dan pada dos yang besar boleh merosakkan hati.

Jika anda mengambilnya dengan alkohol ia boleh menjadi dua kali ganda lagi berbahaya yang boleh membawa kepada maut.


5) Mengambil produk pelangsingan

Gambar Hiasan. (Sumber: Carian Google)
Selain dari fakta bahawa ia boleh untuk menjadi sesuatu kenyataan, produk pelangsingan meningkatkan kadar keracunan kepada hati sebanyak kadar yang anda lakukan untuk menurunkan berat badan.

Berhati-hati terhadap produk seperti ekstrak teh hijau, Lipokinetix, dan Hydroxicut.


6) Ubat lain

Sumber: Carian Google
Berhati-hati dengan ubat yang mengandungi sodium valproate, carbamazepine, phenytoin, levofloxacin dan moxifloxacin. Ini boleh menyebabkan malapetaka dalam hati anda apabila diambil untuk tempoh masa yang berpanjangan.

Sekiranya anda perlu mengambilnya, pastikan anda selalu menjalani ujian darah untuk memeriksa keadaan hati anda.

Pendek kata, makan atau pengambilan sesuatu makanan atau ubat secara berlebihan akan membawa keburukan bukan sahaja kepada organ hati, malah kepada keseluruhan sistem badan juga.

Maka, jagalah pemakanan dan amalkan diet yang seimbang dan lakukan senaman rutin bagi memastikan kesihatan tubuh badan kita. -CARI
4

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jorja 2-2-2018 09:02 PM
Lagi satu jangan suka stay up late.. mcmana hati nak bkerja buang toksin semua tu kalau lewat tidur p lepak lepak kt mamak or mcd
Quote balakkampung 17-2-2018 03:40 PM
ada sapa2 tau tak ubat terbaik untuk menyembuhkan penyakit hati ni...my cousin baru tau yg hati dia bermasalah...tengah carik suplement yg elok..any suggestion?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.041916 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top