Mesranya hubungan pelantun lagu Hati-hati, Amira Othman dengan penyampai radio, Radin. Seringkali melontarkan pick-up line dan ayat-ayat mengorat, kedua-duanya galak diusik netizen apabila melihat kemesraan itu. Bagaimanapun, Amira tidak mengambil masa yang lama untuk merungkai hubungan bersemut itu dengan membuat penjelasan. Dia menjelaskan hubungan mesra yang dikatakan itu hanya usikan atas dasar persahabatan semata-mata. Kata Amira, dia mengenali Radin sudah lama dan memahami sikap mesra penyampai radio itu yang suka mengusik rakan-rakan baik dengan ayat-ayat manis bagi meraih perhatian peminat.
“Saya masih solo. Kalau ada yang cakap saya sekarang sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Radin itu tidak benar. Kami baik sebagai sahabat. “Lagipun saya tahu dia memang suka mengusik. Lagi-lagi di laman sosial. Bukan saya seorang sahaja di usik. "Hubungan kami hanya sekadar kawan baik dalam industri dan dia sering menyokong kerjaya seni saya selama ini,” katanya. Kakak kepada penyanyi muda Irfan Harris itu menjelaskan perkara tersebut semasa majlis pelancaran single ketiganya, Mimpi Indah yang merupakan ciptaan penyanyi dan komposer Hael Husaini. Hadir dengan lagu mesra pendengar, Amira berharap agar Mimpi Indah terus menjadi pilihan pendengar dan berjaya seperti single Hati-hati dan Jaga-jaga. “Saya memang mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan lagu yang sesuai. Sebagai penyanyi, lagu memainkan peranan penting dalam karier,” katanya. - CARI |
16
Bagus |
4
Marah |
12
Terkejut |
8
Sedih |
3
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
doubleA replied at 1-2-2018 09:43 AM
Whoareyusss amira othman? Selisih bahu sebelah sah iols buat derk je tak kenal retis ke
samasam90 replied at 3-2-2018 08:52 AM
dah buat dah kak. sgt who r yussss.. kalau takde kawan notified, memang tak perasan langsung.. tu ...
doubleA replied at 3-2-2018 01:42 AM
Memang tak da aura penyanyi or selebriti langsung kah?
samasam90 replied at 3-2-2018 10:29 AM
bagi i takde.. sebab bila kawan notified tu, weolls siap google image sebab ingat2 lupa.. bila tgk ...
ADVERTISEMENT