Kemahiran pertolongan cemas sangat penting lebih-lebih lagi apabila berada dalam situasi genting. Namun, kesedaran akan kepentingan kemahiran pertolongan cemas di kalangan rakyat kita masih rendah.
Lebih buruk lagi jika pertolongan cemas dilakukan dalam keadaan yang salah sehingga boleh memburukkan lagi keadaan. Berikut senarai kesilapan yang paling biasa yang dilakukan semasa pertolongan cemas dilakuan. Hati-hati ketika melakukan pertolongan cemas! Langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum memberikan pertolongan:
1. Sekiranya berlaku pendarahan yang teruk: Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menghentikan pendarahan. Itulah sebabnya anda perlu ‘mengikat’ arteri yang paling dekat dengan luka. Kemudian anda perlu membaut luka dengan menggunakan kain pembalut yang bersih. Tourniquet harus digunakan hanya dalam keadaan kecemasan. Tourniquet harus dilonggarkan selama 10-15 minit setiap jam dan jangan lupa untuk menekan arteri. Kemudian, tourniquet harus diketatkan lagi, tetapi tidak lebih daripada 30 minit. 2. Sekiranya berlaku hidung berdarah: Tundukkan kepala untuk membiarkan darah megalir dan tekan bahagian lembut hidung dengan jari anda selama tidak lebih daripada 10 minit. Mangsa harus meludahkan semua darah yang ada pada hidung selagi dia tidak mengalami muntah. Penting: Jangan sumbat hidung dengan pad kapas atau tampon. Kaedah ini hanya perlu jika pendarahan tidak berhenti dalam masa 15 minit. Hubungi doktor dengan segera jika terlibat dalam kes ini. 3. Sekiranya hipotermia: Pertama sekali, seseorang harus diletakkan di dalam bilik yang hangat dan bahagian tubuh yang sejuk perlu ditutupi. Pastikan mereka yang sakit memakai pakaian kering dan balutnya dengan selimut supaya berasa lebih hangat. Adalah penting untuk memberikan mereka minuman manis dan hidangan yang panas. 4. Sekiranya serangan jantung: Jika mangsa adalah orang dewasa gunakan dua belah tapak tangan tetapi berbeza pula dengan bayi, anda hanya perlu gunakan dua jari untuk mengurut atau menekan dada bayi yang mengalami situasi kecemasan seperti ini. 5. Sekiranya terbakar: Untuk membantu orang yang terbakar, anda harus baringkan mereka dan padamkan api dengan menggunakan pakaian anda, hanya jika pakaian anda tahan api. Kemudian, hubungi doktor. Jika terdapat sedikit kebakaran tanpa kerosakan tisu yang penting, anda boleh bilas kulit dengan air selama 20 minit. Gunakan pembalut steril dan letakkan ais atau apa-apa yang sejuk di atas luka bakar tersebut. Apabila semuanya selesai, anda perlu berjumpa doktor. 6. Halangan pada laluan pernafasan: Sekiranya orang itu tercekik atau pengsan, baringkan mangsa dan letakkan tangan anda pada bahagian bawah dada magsa dan tekan ke bawah. Kemudian letakkan mangsa dalam posisi mengiring dan keluarkan benda asing dari mulutnya dengan jari anda yang telah dibalut dengan kain. Sekiranya seorang anak kecil yang tercekik, letakkan mangsa di atas lengan kiri anda (atau kanan jika anda kidal) dengan kepala mereka ditundukkan ke bawah, kemudian lakukan tiga pukulan pada bahagian belakang dan kemudian pegang kaki mereka dan terbalikkan semula mereka dalam posisi asal 7. Sekiranya tulang tidak berada pada keadaan yang betul (dislocation): Kita boleh mengetahui jenis dislocation hanya dengan bantuan prosedur sinar-X. Jadi, jangan bengkokkan atau melakukan pergerakan pada bahagian tulang yang terlibat. Anda boleh menggunakan apa-apa objek yang rata dan tirus untuk mengikat bahagian yang cedera dan sendi yang terdekat, supaya tidak bergerak. Pastikan pembalut yang digunakan tidak terkena bahagian yang cedera atau membuatkannya bergerak. 8. Sekiranya keracunan: Untuk ‘mencuci’ perut, seseorang harus minum 10-20 cawan air kosong. Untuk membolehkan seseorang memuntahkan semula makanan, tekan pada pangkal lidah dengan dua jari. Ulang beberapa kali sehingga air yang dikeluarkan semula menjadi jernih (tiada lagi makanan) tetapi jangan teruskan jika seseorang mulai tidak sedarkan diri. 9. Dalam kes dipatuk ular: Pertama, baringkan mangsa supaya bisa ular tidak merebak ke anggota tubuh lain dengan cepat. Jika kaki yang dipatuk ular, ikat kaki tersebut dengan kaki yang sebelah lagi. Sekiranya orang itu tidak sedarkan diri, lakukan CPR. Tourniquet adalah tidak berfungsi dalam kes ini, kerana ia tidak menghalang racun daripada merebak ke tubuh. Ia bahkan boleh menyebabkan nekrosis. 10. Sekiranya sakit pada bahagian bawah perut: Kita sering disyorkan untuk mengambil ubat penghilang rasa sakit untuk mengurangkan sakit pada bahagian bawah perut. Tetapi doktor tidak begitu setuju dengan pengambilan ubat-ubatan seperti itu kerana kita mungkin akan terlepas pandang pada tanda-tanda penyakit yang berbahaya yang lain, seperti acute appendicitis, masalah usus atau ulser. Jadi jika anda merasakan sakit pada bahagian bawah perut anda, hubungi doktor dengan segera. Semoga bermanfaat! -CARI
|
15
Bagus |
6
Marah |
13
Terkejut |
9
Sedih |
7
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT