CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mabuk Syabu, Panjat Myvi

1-2-2018 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3881| Komen: 10

Description: Baru-baru ini, tular video lelaki memanjat bumbung sebuah PERODUA Myvi di bulatan Jalan Pasir berhadapan Plaza Likas, Kota Kinabalu, kira-kira jam 5.30 petang, 28 Januari lalu.
Baru-baru ini, tular video lelaki memanjat bumbung sebuah PERODUA Myvi di bulatan Jalan Pasir berhadapan Plaza Likas, Kota Kinabalu, kira-kira jam 5.30 petang, 28 Januari lalu.




Memetik BH Online, lelaki warga tempatan itu disahkan berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian. Difahamkan, suspek, 36, mengambil dadah sebelum kejadian dan ujian air kencing mendapati dia positif syabu.



Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisiner M Chandra, ketika kejadian suspek keluar dari kereta dipandu rakannya sebelum melakukan kekacauan lalu lintas.


"Suspek kemudian memanjat bumbung sebuah PERODUA Myvi warna putih yang berhenti di bulatan Jalan Pasir sebelum ditangkap orang awam di kawasan terbabit," katanya.

Tambahnya, siasatan mendapati suspek mengaku terbabit kes curi sebuah Toyota Hilux bersama seorang rakannya yang masih bebas di tepi jalan sekitar Karamunsing, jam 10 pagi hari sama.


BEG tangan serta kunci yang ditemui selepas suspek mengaku terbabit kes curi Toyota Hilux
Foto: BH Online

"Suspek yang juga pengawal keselamatan itu direman sejak Isnin lalu hingga hari ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. - CARI
2

Bagus
14

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aqissa 1-2-2018 12:39 PM
Pengawal keselamatan..... apa company x buat security check ke sblm ambik bkerja?
Bukan lama mana pun result....
Quote giyomi 1-2-2018 01:15 PM
aqissa replied at 1-2-2018 12:39 PM
Pengawal keselamatan..... apa company x buat security check ke sblm ambik bkerja?
Bukan lama mana  ...

Biasa lah kat malaysia ni, bila dah jadi kes bunuh macam bank dl baru nak kuatkuasakan tu ni, tp kejap jer pas tu back to zero
Quote Vokuro 1-2-2018 02:32 PM
aqissa replied at 1-2-2018 12:39 PM
Pengawal keselamatan..... apa company x buat security check ke sblm ambik bkerja?
Bukan lama mana  ...

Sebab itu akak tak pernah percaya security guard lokal ini. Akak percaya guard nepal jah. Lokal berkerak??? Sorry sampai akhirat akak tak percaya
Quote Artemesiaa 1-2-2018 03:09 PM
Ramai je pengawal keselamatan local cam ni tak kes dadah kes mabuk.  Setuju elok ambik nepal je jadi guard
Quote aqissa 1-2-2018 03:45 PM
Vokuro replied at 1-2-2018 02:32 PM
Sebab itu akak tak pernah percaya security guard lokal ini. Akak percaya guard nepal jah. Lokal be ...

Hahaha... akak vok... rasis nau....
Quote batmana 1-2-2018 04:33 PM
org syabu ni
ubatnya
bukak je lagu rancak, cam dangdut ke apa
msti dia joget kt situ punya
Quote Pink_Purple 1-2-2018 04:58 PM
apa reaksi pemandu myvi tu
Quote grouper 1-2-2018 05:12 PM
Mybi mmg kete puaka..kalau x org x wat mcm2 ngan kete mibi..
Quote abangadek 1-2-2018 06:44 PM
patut ex iols suka pergi dangdut.. syabu mmg suka joget rupanya
Quote rogayahtop 2-2-2018 11:37 AM
Lawa handbag akak ni.lol

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.212659 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top