Kadang-kadang geram membaca komen-komen daripada netizen yang suka berbalah dengan artis di Malaysia. Macam suatu keseronokan dan kenikmatan bagi mereka apabila melihat artis tersebut melenting. Baru-baru ini pelakon kecil molek Ruhainies Fareha pula menjadi mangsa. Pelakon tersebut dikatakan bodoh apabila gagal menjawab soalan daripada Pian Kpop, seorang selebriti media sosial. Bagaimanapun Ruhainies membuat penjelasan bahawa dia bukan tidak tahu maksud perkataan tersebut. Menurutnya dia hanya bergurau dengan Pian ketika rakaman sedang dibuat. Di dalam video tersebut Pian menanyakan maksud perkataan dari loghat Kelantan, ‘nate beghuk’ kepada Ruhainies tetapi Ruhainies gagal menjawabnya.
Video yang telah di muat naik sejak awal tahun lalu itu menjadi tular baru-baru ini apabila seorang pengguna twitter memuatnaik potongan video tersebut dengan status mempersenda Ruhainies. Tidak menunggu lama, pengguna twitter lain ‘membuli’ Ruhainies dengan mengutuk dia secara ‘berjemaah’ tanpa mengambilkira konteks sebenar keseluruhan video tersebut. "Orang yang fikir saya bodoh sebenarnya dia lah yang bodoh. Bagi saya apa yang dia katakan itu sudah melampau. "Sudah tentu saya tahu beruk itu apa dan maksud perkataan itu. Saya rasa dia yang kurang bijak sebab tak faham maksud di sebalik gurauan saya dengan Pian Kpop itu. "Saya saja buat-buat tak tahu sebab nak kenakan balik Pian yang cuba untuk menipu," kata Ruhainies dipetik daripada mStar Online. "Lagipun video itu Pian yang memuat naik dalam Facebook dia tapi ada individu yang membuat video tersebut tular di laman sosial," ujarnya lagi. Bagaimanapun pengguna twitter yang mempersendakan Ruhainies itu telah memohon maaf kerana memuatnaik video tersebut. "Lelaki yang memuat naik semula video itu di Twitternya sudah pun minta maaf pada saya. Dia kata tidak ada niat nak mempersendakan saya. "Hanya sekadar ingin menghiburkan pengikut di laman sosialnya namun tidak sangka ada yang tidak faham maksud di sebalik itu," katanya. - CARI |
23
Bagus |
10
Marah |
7
Terkejut |
14
Sedih |
9
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tomaz replied at 1-2-2018 12:40 PM
Lemak mesti tahu nate beghuk tu gapo
Aduradura replied at 1-2-2018 01:21 PM
Org kelantan mesti tau kan nate beruk..., iolls penah tengok video mak lemak cakap “bahlul la”
...
tomaz replied at 1-2-2018 01:42 PM
Apa maksud nate beghuk tu? Yg pasti bukan la sejenis binatang. Hikhik. Lemak n family membabikan o ...
Aduradura replied at 1-2-2018 01:42 PM
Nate beghuk - binatang beruk ...kan?
Aduradura replied at 1-2-2018 01:21 PM
Org kelantan mesti tau kan nate beruk..., iolls penah tengok video mak lemak cakap “bahlul la”
...
ADVERTISEMENT