CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Yang Nak Makan Korang, Aku Nak Kahwin Je

1-2-2018 11:08 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 7082| Komen: 19|Original author: Oleh: Whitney



Kos perkahwinan sekarang ni boleh tahan mahalnya. Dari segi wang hantaran,harga pelamin,kos kenduri, sewa dewan, khemah dan sebagainya. Sedangkan agama Islam tidak pernah menyusahkan umatnya untuk mengeluarkan belanja yang besar untuk berkahwin. Tetapi masyarakat hari ini lebih mementingkan adat daripada syariat. 

Jika nak berjimat dari segi yang lain tidak mengapa tetapi kalau bab kenduri kahwin pun nak berkira, macam tak berapa kena. Kenduri adalah tanda kesyukuran oleh pihak pengantin kerana telah diberikan rezeki pernikahan. 

Jadi, kenduri sebenarnya adalah sunnah dan dilakukan semata-mata sebagai tanda kesyukuran dan untuk berkongsi kegembiraan dengan orang ramai. Menjamu tetamu dengan makanan ringkas pun tak mengapa jika tidak mampu.


Seorang pengguna twitter mencadangkan kenduri kahwinnya nanti dijamu dengan 'potluck'. Senang la kalau tetamu yang datang masing-masing bawa makanan dan pakat makan beramai-ramai. Jimat duit keluarga pengantin. Tetapi, agak-agak ramai tak yang nak datang meraikan perkahwinan tersebut?


Kan dah dapat gelaran kedekut. Bab menjamu tetamu ni besar pahalanya. Tetamu yang datang membawa rahmat dan pengantin perlu la menggembirakan hati tetamu dengan menyediakan makanan tanda kesyukuran. 



Rupanya dia bergurau saja. Tapi ramai juga netizen yang yang ambil serius dengan kata-kata tersebut sebab menzahirkan ceteknya ilmu tentang perkahwinan. Sekadar nak potluck dengan rakan-rakan dan keluarga terdekat saja tiada masalah la. 

Tetapi kalau semua tetamu jemputan disuruh bawa makanan sendiri memang tak patut.  


Netizen tak bersetuju dengan cadangan wanita tersebut kerana walaupun ia hanya gurauan semata-mata. Sesuai ke nak bergurau dengan ayat macam tu? Terpulang pada apa yang kita fikir sebab setiap orang ada pendapat masing-masing. 


Apa pula pendapat anda tentang hal 'makan-makan' ketika perkahwinan? - CARI 

5

Bagus
5

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eizarz 1-2-2018 11:33 AM
memang la yg nak kawin ko..dah tu tak payah la jemput org datang,ko kawin je la sorang2,jimat tak payah jamu org makan..bongok,tok kadi pun jawab ko yg nak kawin,bukan aku..buat ape aku sibuk2...hahaha{:question
Quote besarkecik 1-2-2018 12:45 PM
takde makanan orang mengata, makanan tak cukup pun orang mengata, makanan sikit pun orang mengata, makanan tak sesuai pun orang mengata, makanan tak habis pun orang mengata.
Quote aqissa 1-2-2018 01:15 PM
Beberapa tahun yg sudah... adik i pi mkn kenduri kwn dia kat melaka... elok  dok hidang nasi lemak berlauk... ok ja....
Quote rospinki 1-2-2018 02:29 PM
kesian org drive jauh2 semata nk makan kenduri..dhla tak masak kt umah
haahaha
Quote batmana 1-2-2018 02:47 PM
wat mjlis kwin stail kenduri kesyukuran ajala
jemput sdara mara trdekat

cm paklah

lagi afdal

ni jemput smpai beribu org.
cm artis.manala ckup nk blanje

Quote Artemesiaa 1-2-2018 03:24 PM
Nak perli seseorang ler tu sebenarnya tu yang gigih nak viralkan
Quote iloveyou 1-2-2018 04:20 PM
makcik bawang btul lah. org2 kt twitter update status jgn lah amikk serious, sbb mmg memain pun haha adoi la
Quote siputsedut 1-2-2018 05:10 PM
Klik sbb seri muka dlm thumbnail tu nampak sedap...
Quote precious_chicas 1-2-2018 07:27 PM
hekelehhh...ini pun jadi isu ke untuk diviralkan? biasa la org duk merepek merapu dalam socmed. Asalkan bukan kene mengena dgn org lain wadepehal kan.
Quote HannahMontana 1-2-2018 08:36 PM
apa salahnya jika itu konsepnya bawa lah sorang sikit


aku setuju saja

pernah pergi majlis kahwin pekerja  dia kahwin sehabis mudah ,ayah dia masak  benda dalam buluh


yg org2 kampong bawa potluck

aku  xtahu bab kena bawa ...aku xbawa apa2...

Quote fushimi 2-2-2018 11:41 AM
apa ke bimbo ko sistur kalau pun pookis ko begitew mereyam sistur baik ko tak payah jemput orang

hadap je ko laki bani konsep ko kan nak kawin je buat apa nak jemput orang kalau nak kena bawak makanan sendiri
Quote whitePoison 2-2-2018 02:50 PM
buat la...jangan cakap je
Quote gdspls 2-2-2018 04:17 PM
tp meols seriau hajat dia..
nak buat kenduri kawen mcm tahlil..
hurmmm...
careful what you wish..
Quote abangadek 2-2-2018 04:56 PM
hahaha, bagus idea kau dek
Quote ZophiaTW 5-2-2018 01:48 PM
Cara saya lagi senang, nikah sah kemudian informkan saudara Mara melalui FB jer. Saya dan suami memang buat apa yang paling penting sahaja. Dah dekat tujuh tahun kami berkahwin dan kami masih belum buat kenduri ke atau amik gambar pengantin pun. Sebab kita dua orang ni memang tak berminat nak ikut tradisi ke trend orang lain. Nikah sah jer.
Quote ZophiaTW 5-2-2018 01:48 PM
Cara saya lagi senang, nikah sah kemudian informkan saudara Mara melalui FB jer. Saya dan suami memang buat apa yang paling penting sahaja. Dah dekat tujuh tahun kami berkahwin dan kami masih belum buat kenduri ke atau amik gambar pengantin pun. Sebab kita dua orang ni memang tak berminat nak ikut tradisi ke trend orang lain. Nikah sah jer.
Quote palmolive 5-2-2018 05:00 PM
kos utk makanan ok jek..
kos utk pelamin, sewa baju kawin, jurugambar dll tu tak payah la...
Quote gigahertz 7-2-2018 06:59 AM
aqissa: Beberapa tahun yg sudah... adik i pi mkn kenduri kwn dia kat melaka... elok  dok hidang nasi lemak berlauk... ok ja....

ko pernah tgk tak orang kahwin hidanag nasi ayam?
Quote beeeee 7-2-2018 10:56 AM
Mindset sekarang ni datang kenduri kawen nak makan, kan memang camtu haha jadi kalau kena bawa makanan sendiri tu mcm emmmmmmm

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.056101 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top