Ada apa dengan Yogyakarta? Berbanding Bandung dan Bali, tempat ini yang juga dipanggil Jogja jarang mendapat perhatian. Namun, setelah menjadi lokasi filem Ada Apa Dengan Cinta 2 – ia mula diintai oleh kaki jalan. Anda boleh menghabiskan liburan di sana selama 5 hari 4 malam dengan cadangan oleh portal ini. Hari pertama 1) Pandangan pertama Jogja (1-2 jam) Daki mercu tanda Jogja dan beraksi lah sepuas hati. Boleh juga menyaksikan tarian Ramayana di waktu petang. Alamat : Raya Jogja, Solo Km 16, Prambanan Tiket: 332,750 Rupiah 2) Karaoke dalam kenderaan warna-warni (sejam) Nikmati pemandangan dengan menaiki kenderaan berwarna-warni terutamanya di waktu malam. Banyak rekaan menarik seperti Hello Kitty, Doraemon dan lain-lain yang turut mendengarkan lagu karaoke. Alamat : Alun-alun Utara, Gondomanan Hari ke-2 3) Jadi Sultan (2 jam) Memasuki Istana Kraton iaitu tempat bersemayan Sultan Jogja dan saksikan kebudayaan Jawa di muzium. Anda boleh juga menyaksikan tarian klasik atau wayang kulit atau boleh juga bergaya dalam pakaian tradisional mereka. Alamat: Rotowijayan Blok No. 1 Tiket: 15,000 Rupiah 4) Tasik Diraja (sejam) Singgah ke tasik diRaja Taman Sari yang dahulunya digunakan oleh kerabat diraja untuk bersiram. Bagaimanapun tempat ini sudah ditinggalkan namun ia masih terjaga dan dijadikan lokasi pelancong. Alamat: Nogosari, KratonTiket: 15,000 Rupiah 5) Meneroka masjid tersembunyi (sejam) Hanya 10 minit berjalan bagi mencari masjid yang pernah digunakan oleh Sultan. Alamat : Sumur Gumuling, Patehan, Kraton 6) Dekatkan diri dengan alam semulajadi (2 jam) Hutan Pinus Puncak Becici adalah lokasi terbaik untuk berfoto. Banyak pokok dan pencahayaan yang membantu selfie anda! Alamat: Imogiri-Patuk KM.13, Dusun Gunungcilik, Desa Muntuk Masuk percuma 7) Bercanda di pantai (2 jam) Pantai Parangtritis yang penuh dengan aktiviti seperti ATV, menunggang kuda atau sekadar menyaksikan matahari terbenam. Alamat : 28 Jln. Parangtritis Hari ke-3 8) Mendaki puncak (5-6jam) Kejar panorama matahari muncul seawal 4pagi di Punthuk Setumbu pastinya mengingatkan anda pada Rangga dan Cinta, Alamat: Borobudur Ngadiharjo Tiket : 30,000 rupiah 9) Kuil suci Kuil Borobudur yang popular ini tidak harus dilepaskan Alamat : Taman Wisata Candi Borobudur Tiket: 325,000 Rupiah 10) Gunung Merapi (3-4jam) Kalau tak mampu mendaki, boleh saja gunakan pacuan 4 roda. Sangat tidak digalakkan jika anda cepat ‘mabuk’. Tiket perjalanan: 350,000 – 550,000 Rupiah (1 jip – 4 orang) Hari ke-4 11) Meneroka Gunung Kidul ( 7-8jam) Mencabar bagi yang tidak biasa tapi alah tegal bagi yang menyukainya. Jangan bimbang ia selamat kerana segala ciri keselamatan diutamakan. Alamat :Kabupaten Gunung Kidul, Tiket : I450,000 Rupiah termasuk makan tengah hari 12) Mandi manda di air terjun Setelah penat, rehatkan diri di Air terjun Sri Gethuk Waterfall. Alamat : Jalan Air Terjun Sri Gethuk, Bleberan, Playen, Kabupaten Gunung Kidul, Tiket : 10,000 Rupiah 13) Makan malam berbumbungkan langit Ada restoran tempatan di pinggir gunung, jadi nikmati sahaja pemandangan malam ya. Alamat : Patuk, Kabupaten Gunung Kidul 14) ‘Shopping’ – Jalan Malioboro (1-2 jam) Peruntukkan satu malam untuk mencuci mata dengan 1km peniaga menawarkan pelbagai barangan termasuk kain batik dengan harga murah. Alamat : Jl. Malioboro, Kota Yogyakarta Hari ke-5 15) Gondola merentasi laut? Wah! Berani cuba? Cubalah demi mendapatkan pengalaman. Alamat : Jalan Pantai Selatan Jawa, Tepus, Gunungkidul, Daerah Istimewa Tiket : 200,000 Rupiah 16) Dunia aneh (1-2 jam) Memasuki dunia aneh Indonesia melalui seni dipanggil Affandi. Disini anda akan melihat rekaan ekstravaganza yang seperti benar-benar hidup. Alamat : Jl. Laksda Adisucipto Tiket : 75,000 Rupiah Lengkaplah penggembaraan ke Jogja. Jadi, jom tempah tiket sekarang. - CARI Kredit : Have Halal With Travel |
9
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
4
Sedih |
11
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT