Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dilaporkan meraung apabila anak bongsunya hilang ketika bercuti di Gili Terawangan, Lombok.
Utusan Malaysia melaporkan Aliff menyedari ketiadaan Ibraheem Adham, empat tahun, ketika beliau bersama 40 kakitangan dan stokis D'Herbs menjalankan aktiviti sukaneka. Aliff dan isterinya menjerit serta kelam-kabut apabila mendapati anak mereka hilang. "Tak sangka pula, Baim (panggilan bagi Ibraheem) tiba-tiba boleh hilang daripada pandangan pengasuhnya yang ralit menyaksikan keriuhan sukaneka tersebut," kata Aliff. Sebaik ditemui selepas 10 minit mencari, Aliff meluru ke arah Ibraheem dan memeluknya dengan bibirnya tidak henti-henti meminta maaf. Ibraheem, sedang menangis, dijumpai seorang pekerja resort warga tempatan di hadapan kedai aiskrim, tidak jauh dari kawasan sukaneka berlangsung. Portal berita itu tidak menyebut tarikh dan masa kejadian. - CARI
|
12
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
8
Sedih |
5
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
felinecat replied at 30-1-2018 07:21 PM
Hah, habis la pengasuh kene bebel
ADVERTISEMENT