Nampaknya artis Malaysia banyak yang berjaya mengembangkan bakat untuk menembusi pasaran antarabangsa. Ini menunjukkan industri muzik kita sedang mengorak langkah yang baik untuk peluang di masa hadapan.
Tidak terkecuali Kilafairy yang masih baru dalam bidang nyanyian berjaya mengadakan kolaborasi bersama penyanyi Hollywood, Sean Kingston yang dahulu terkenal dengan lagunya Eenie Meenie bersama Justin Bieber. Selain Sean Kingston, DJ Ash turut terlibat dalam pembikinan lagu yang berjudul Put The Word In dan lagu ini menampilkan genre muzik funky pop. Menurutnya ini adalah titik terbesar dalam hidupnya untuk terbang lebih jauh dalam bidang nyanyian. Dia sangat menyukai melodi dan lirik lagu tersebut serta meletakkan harapan yang tinggi kepada pengurusannya, Paranormal untuk mengatur strategi bagi mempromosi lagu baru ini. Tambahnya lagi, dia juga mempersembahkan tarian yang sangat berlainan dalam muzik video tersebut dan telah melakukan sehabis baik. Peminat juga sudah boleh mula mendengar lagu ini di Spotify, Apple Music dan Joox. Bagus Kilafairy! Ini membolehkan penggiat seni antarabangsa membuka mata untuk melebarkan sayap ke Malaysia. - CARI
|
4
Bagus |
8
Marah |
8
Terkejut |
16
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Intanmahsuri replied at 30-1-2018 04:49 PM
Agaknya sean kingston je yang available dan sanggup untuk buat kolaborasi ni.
ardy: Maaflah, Tokti dah collaborate dgn SK lama dulu lagi... Hehehe...
ADVERTISEMENT