Khabarnya hubungan pelakon baru Elvina Mohamad dengan Redza Rosli makin rapat sejak menjalani penggambaran drama Isteri Untuk Diiktiraf. Betul ke? Sampai ada yang mendakwa Ayda Jebat sendiri cemburu melihat mereka berdua. Mungkin disebabkan itu juga Ayda sering dilihat datang menemani Redza di lokasi penggambaran kerana takut kekaihnya dirampas orang? Namun mengulas mengenainya, sebenarnya Elvina sendiri tidak pernah terlintas untuk mendekati aktor berkenaan. "Saya terkejut dengan gosip itu dan tidak tahu apa motif buat cerita tidak benar begitu. "Orang semua tahu Redza dengan Ayda dan jangan pula lagakan saya dengan dia pula dengan cerita seperti ini," ujarnya kepada mStar Online. Segalanya bermula bila Elvina dikatakan memuat naik satu video sedang berlari-lari bersama Redza dan keluar bersamanya selepas selesai penggambaran. Walau bagaimanapun, aktres ini menafikan yang mereka tidak pernah keluar bersama walau sekali. "Hubungan kami hanya dalam set sahaja, kalau keluar makan bersama pelakon dan kru produksi dia tidak pernah ikut. "Itu yang pelik macam mana boleh sampai cerita kami keluar bersama pula. Dia jarang bergaul dengan kami sesudah penggambaran," katanya. Pandai-pandai sahaja buat cerita, tak baik tau. -CARI |
2
Bagus |
Marah |
2
Terkejut |
9
Sedih |
5
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tomaz replied at 30-1-2018 02:07 PM
Elvina ni sejenis bingit jgk kalau bercakap. High pitch gitu. Menyendu la ko redza kalau awal2 dah ...
asmara_me replied at 30-1-2018 02:12 PM
berlakon ok, tapi tone dia bercakap selalunya sama je .. huhu
budakpink replied at 30-1-2018 02:02 PM
Ayda ofcoz dtg set tgok redza.heroin mude cantik lembut drp die.xyah alasan sheila rusly tu mak ko b ...
kakasotong2 replied at 30-1-2018 02:05 PM
Jantan mcm redza tu pn gigih nak jeles ayda. Dah la kekwat nak mampos redza tu, berlagak, lps tu try ...
ADVERTISEMENT