CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kalau Tak Nak Mudah Sakit, Jangan Lakukan 7 Perkara Ini Dalam Kapal Terbang

7-2-2018 11:00 AM| Diterbitkan: Cari-Norlili| Dilihat: 2704| Komen: 2|Original author: Oleh: Norlili

Bagaimana rasanya bila dah melalui perjalanan jauh, sampai je destinasi anda jatuh sakit pula? Satu perasaan yang amat tidak enak dan tak selesa kan? Dah la penat, jatuh sakit pula. Gerenti berfikir dua kali sebelum nak bercuti kembali. 



Foto: Universal Photo

Mungkin anda ada melakukan 7 perkara ini tanpa disedari dalam kapal terbang yang menyebabkan anda jatuh sakit tiba-tiba. Jom semak! 

1. Jangan berjalan ke sana ke mari berkaki ayam. Kenapa? Tak pastilah berapa banyak muntah penumpang, kadangkala darah atas karpet yang pasti penuh dengan kuman. Malah, mungkin ada kaca yang jatuh tapi tiada siapa perasan.  


Foto: Mail Online


2. Jangan duduk terlalu lama di kerusi sendiri, terutama ketika penerbangan yang mengambil masa lama. Kena selalu berjalan atau berdiri seketika untuk regangkan otot. Bukan apa, takut terkena 'sindrom kelas ekonomi' iaitu salur darah tersumbat akibat duduk yang terlalu lama dan tetap. 

 
Foto: The Sun


3. Tak perlu minta ais dalam kapal terbang kerana dipercayai ais dalam kapal terbang dibuat daripada air paip yang mana tangkinya tidak dibersihkan dengan sempurna. Sebab itu mana-mana penerbangan menggalakkan air mineral untuk penumpang. 

 
Foto: www.drinkplanewater.com


4. Jangan kutip makanan yang terjatuh di atas meja kerana memang meja itu tak sempat disterilkan pun. Mereka hanya mengelap sekali sehari sahaj. Bayangkan ada berapa banyak kuman singgah di situ untuk jangka masa panjang. Kadangkala ada kaum ibu menukar lampin anak atas dulang makan, euwww! 

Foto: A Cup of Jo


5. Jangan gunakan selimut yang diberi. Betul ke tak sempat cuci selimut tu bersih? Ya, memang selimut tu semua diulang guna pakai dan hanya dicuci ketika 'off day' atau penerbangan tamat. Wow, kenyataan yang amat jujur! 


6. Jangan sentuh butang 'flush' dalam tandas. Banyak kuman yang melekat dalam tandas tu. Kalau dah guna juga, cuma perlu basuh tangan bersih-bersih dan lap dengan tuala muka sendiri. Lapik tangan dengan tisu sebelum menyentuh 'flush' sebab tak mahu kuman kena pada orang lain nanti.

Foto: Carian Internet
 

7. Jangan sandarkan kepala atau tidur di tepi tingkap. Berapa ramai yang mungkin bersin atau batuk ke arah cermin tingkap dan anda senang-senang saja melentokkan kepala ke arah tingkap. Tak perlu tengok pemandangan pun tak mengapa, sebaiknya jauhkan tangan dan muka anda dari cermin. 


Rasanya macam ada yang terbuat tanpa sengaja tujuh perkara ini ketika menaiki kapal terbang, kan? Elakkan semampu boleh ya, bukan apa nanti jatuh sakit rosak mood pula kan? - CARI 

18

Bagus
6

Marah
8

Terkejut
14

Sedih
18

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 7-2-2018 12:04 PM
Tips menarik bagus dijadikan panduan
Quote mamapea 7-2-2018 02:51 PM
tips berguna

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.027388 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top